Kecelaruan Identiti & Matlamat Hidup

30 11 2007

 Hidup ini mesti diteruskan lagi untuk beribadah kepada Allah SWT. Namun dalam meniti kehidupan yang mencabar ini, seringkali kita terkeliru dengan identiti kita sendiri. Kira terkeliru antara identiti bangsa dan identiti Islam itu sendiri. Kecelaruan dan kekeliruan ini jelas apabila kita meneropong ke arah masyarakat kita khususnya bangsa Melayu.

Kita bangsa Melayu pernah membentuk kerajaan yang kuat suatu masa dulu iaitu kerajaan Islam Melaka. Bangsa kita dulu pernah melalui zaman gelap aqidah asas pegangan. Bangsa kita suatu masa dulu ada yang menyembah pokok, percaya yang karut-marut dan terdedah kepada ajaran Hindu.

Sebagaimana bangsa Arab begitu ketara perubahannya selepas menerima Islam, begitulah juga kepada bangsa Melayu. Bangsa kita sepantas menjadi kuat dan dikenali dunia apabila Islam mula menjadi cara hidup raja-raja dan rakyat. Kesan Islam terhadap bangsa Melayu tidak dapat dinafikan lagi. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besar perkara.

Baca baki entri ini »





7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat

30 11 2007
Monday, 19 November 2007 PDF Print E-mail
Oleh: Miss Jannatulfirdaus

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim1. Pemimpin (imam) yang adil. Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

Baca baki entri ini »





Generasi Al-Muzammil

27 11 2007
Generasi Al-Muzammil

http://dakwah.info

PDF Print E-mail 
Written by Administrator   
Friday, 16 November 2007

solatImam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dari Ummul Mukmin Aisyah ra bahwa Allah telah mewajibkan qiyamullail kepada Rasulullah Saw. di awal surat ini. Beliau dan para sahabat telah menegakkannya di sebagian malam sehingga kaki-kaki mereka bengkak. Setelah genap dua belas bulan, Allah memberikan keringanan dengan diturunkannya ayat kedua puluh dari surat ini pula.

Maka berubahlah hukum qiyamu lail yang tadinya wajib menjadi satu ibadah yang sunnah.Surat Al Muzammil turun pada marhalah bina’. Marhalah penggemblengan ruh. Para sahabat merupakan calon dai dan mujahid digembleng dengan gemblengan yang berat. Selama satu tahun mereka harus bangun di tiap tengah malam untuk berdiri shalat berjam-jam. Mereka dituntut untuk taat, tunduk, patuh dan berpegang teguh pada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Baca baki entri ini »





Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim

27 11 2007
Tegakkanlah Rumah Tangga Muslimhttp://dakwah.info PDF Print E-mail
Written by mufias muslim   
Monday, 19 November 2007

Oleh: Mustafa Masyhur

simplyislam.gifMemperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.

 

Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.

Baca baki entri ini »





Kembalilah Pada Al-Quran, Ikutilah Rasulullah!

27 11 2007

 

Semua manusia mempunyai keinginan masing-masing yang ingin dicapai dalam hidup. Semua manusia juga ada perasaan kasih dan rindu yang merupakan fitrah kejadian manusia. Sejahat-jahat manusia manapun, mesti ada perasaan kasih dan rindu. Tak boleh dinafikan lagi.

Semalam dalam kuliah tafsir saya di surau Apartment Delima, saya mengingatkan kepada semua jamaah agar kasih kepada al-Quran dan rindulah kepada Rasulullah SAW. Kasih kepada al-Quran dalam erti kata yang sebenar. Bukan sekadar menghormati al-quran dalam bentuk “buku” tetapi melepasi kepada menghormati dan mengamalkan segala isi kandungan dalam al-Quran. Bukan sekadar membacanya, tetapi mesti mempertingkatkan kecintaan kita dengan cuba memhaminya dan melaksanakan tuntutannya.

Baca baki entri ini »





Gantungkan dirimu kepada Allah!

26 11 2007

 

Di saat-saat getir ketika perpisahan ruh dan jasad berlaku, saat itulah iman di dada akan teruji. Itulah saat yang paling kritikal kepada setiap antara kita. Inilah ujian menentukan adakah kita digolongkan orang beriman ataupun kufur kepada Allah SWT. Inilah ujian yang paling besar bakat kita hadapi. Saat itu tiada siapa kita boleh mengharap selain kepada al-Khalik Rabul Jalil.

Tapi pergantungan yang terakhir itu tidak berguna lagi sebagaimana yang berlaku kepada Firaun ketika mengakui keesaan Allah SWT di saat-saat akhir hidupnya. Sewaktu hidupnya penuh dengan kesyirikan dan kekufuran tidak yakin kepada Allah SWT mencipta sekelian alam. Bahkan bersifat menentang bila utusan Allah SWT datang kepadanya mengingatkan bahawa adanya hari pembalasan.

Sewajibnya kita manusia yang beriman, yakin kepada Allah SWT, yakin kepada Rasul-rasulnya, yakin kepada al-Kitab, yakin kepada adanya malaikat, yakin adanya hari akhirat dan yakin kepada qadha’ dan qadar meletakkan pergantungan penuh kepada Allah SWT. Setiap langkah dan usaha kita mesti disandarkan dan digantungkan kepada RAbbul Jalil walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Natijahnya, Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun pasti akan menolong manusia yang beriman yang sentiasa bergantung penuh kepadaNya hatta di saat yang paling kritikal. Saat kritikal itu ialah “mati”! Cuba selidikilah setakat mana pergantungan kita kepada Allah SWT. Jika masih belum jelas pergantungannya tentu ada beberapa silap faham dan kekurangan ilmu kita dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Yakinlah akan Allah dengan sebenar-benar yakin sebelum ajal datang menjemput kita!





Syukur yang dilupakan!

22 11 2007

 syukur & sujud

Kebanyakan manusia hari ini tidak sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Kebanyakan antara orang Islam hari ini terlepas pandang dan tidak mahu berfikir! Atau sememangnya malas berfikir! Nikmat Allah SWT dilihat dalam skop yang amat kecil dalam kehidupan. Hari ini kita majoritinya memandang duit/keuntungan/material itulah rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Apabila mendapat gaji RM 5,000 setiap bulan maka semua mendabik dada tengoklah Allah SWT telah mengurniakan rezeki yang melimpah pada aku.

Tetapi bila dirundung masalah seperti excident, sakit, kehilangan wang, dan masalah-masalah lain kita dah mula lupakan Allah SWT. Mula nak marah itu dan ini. Menyumpah itu dan ini. Atau paling lembut ada yang menyebut “Dah Takda rezeki nak buat macamana!”.  Kefahaman ini sudah lama diwarisi turun temurun dalam masyarakat Melayu Islam (MI). Akibat kedangkalan ilmu dan kemalasan mengkaji apakah itu makna rezki, cara berfikir kita kebanyakan salah dan mengelirukan.

Apabila kita memahami apa itu rezeki, barulah kita akan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dalam apa-apa keadaan dan situasi. Tidak kira situasi menyedihkan, mengembirakan, menakutkan, menggerunkan, susah, payah dan sebagainya kita tetap dalam golongan orang yang bersyukur. Itulah salah satu tulisan saya ” Manusia Mudah Lupa” menggambarkan betapa kita terlupa akan segala nikmat dan rezeki Allah SWT kepada kita setiap detik dan setiap saat.

Pembaca budiman semua, kenapa kita kena bersyukur kepada Allah SWT dalam setiap detik dan setiap apa-apa situasi? Saya mengajak anda berfikir satu perkara. Siapakah yang memberi supply oksigen di muka bumi ini yang sentiasa ada dan berterusan. Yang kita sedut hari-hari dan setiap masa? Siapakah yang menghidupkan kita daripada tidur? Siapakah yang menjadikan kita daripada tiada? Siapakah yang memelihara kita? Siapakah yang menciptakan tempat kita berpijak ini? Siapakah yang menjadikan alam semesta yang begitu tersusun ini?

Jika persoalan-persolan ini sentiasa berada dalam fikiran kita, kita tidak mudah merasa kecewa dan marah jika sesuatu masalah merundung kita. Apabila kita juga dapat menjawab soalan ini, kita juga akan tergolong dalam orang-orang yang sentiasa bersyukur dalam setiap saat dan setiap nafas. Tiada masa untuk tidak bersyukur! Itukah orang berjaya daripada kalangan anbiya, mursalin, sahabat, tabi’in dan orang-orang yang sholeh. Kita di mana?





Usiaku Menjangkau 26 Tahun

22 11 2007

ayah-abe-wan-aku.jpg 

Begambar dengan ayah dan abang sulungku, Rizdwan pada hari perkahwinan kakaku Siti Khairiyah

Hari ini tanggal 12 Dzulkaedah 1428H usiaku sudah menjangkau 26 Tahun. Kalau mengikut tahun masihi umurku masih 25 Tahun 3 bulan. Walaubagaiamanapun dengan mengambil ruh hijriah apabila mengambil tahun kelahiran tahun hijriah adalah lebih bermakna. Walaupun tarikh lahirku kalau ikut tahun masihi ialah 31 August 1957 adalah hari cuti setiap tahun bagi Malaysia sempena hari kemerdekaan.

26 tahun merupakan satu usia yang masih muda dan putik. Saya sendiri sekarang masih berusaha dan menanam keazaman untuk belajar dan belajar khususnya dalam pengajian Dinul Islam dan al-Quran serta al-Hadith Rasulullah SAW. Keazaman itu seolah-olah sentiasa melaung-laung jauh dalam lubuk hati saya. Cuma menunggu saya untuk berusaha dengan lebih giat untuk menrealisasikan keazaman itu.

Tahn 1428H adalah penun bermakna kerana inilah tahun kedua saya bergelar suami. Suami kepada seorang isteri tersayang dan bakal ayah kepada anak yang dikasihi. Keadaan ini sesungguhnya lebih mematangkan saya berbanding sewaktu bujang dahulu kala. Kalau dulu sebelum bujang makan tak ikut time, baju jarang-jarang sekali bergosok, baju kadang-kadang malas nak basuh dan pelbagai lagi tak dapat disebut di sini.

Natijah darippada pernikahan di usia 25 tahun (mengikut tahun Hijri), Allah SWT telah mengurniakan kepada saya pelbagai anugerah dan nikmat yang tak terhingga. Nikmat yang banyak saya alpa dan tak bersyukur. Ya Allah ampunilah dosa atas kealpaanku Ya Allah! Engkau jadikanlah keluargaku dan zuriatku daripada orang-orang yang soleh dan memberi manfaat kepada orang lain.





Manusia Mudah Lupa

20 11 2007

 al-Quran

Saya masih teringat kata-kata seorang bekas perdana menteri kita suatu masa dulu. Kata-katanya “Melayu Mudah Lupa”. Saya ingin mengutarakan satu penyataan yang lebih luas dari itu “Manusia Mudah Lupa”. Jika diperhatikan daripada segi bahasa Arab. Perkataan ‘nasia’ yang membawa makna lupa. Perkataan “Manusia” juga berkait rapat dengan istilah bahasa Arab yang membawa makna lupa.

Manusia sebenarnya mudah lupa. Sebab itulah Allah SWT mengutuskan para nabi (pemberita), rasul (utusan) kepada manusia seluruhnya. Tugas para nabi dan rasul menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Setiap zaman Allah SWT pasti akan mengutuskan seseorang untuk memperingatkan manusia supaya menyembah Allah SWT dengan sebenar-benar Ubudiyyah.

Semenjak manusia diciptakan oleh Allah SWT, manusia mudah lupa segala soal jawab yang telah Allah SWT utarakan kepada mereka di alam malakut. Allah SWT telah bersoal jawab dengan roh “Siapakah Tuhan kamu?” Semua roh bersaksi bahawa Allah SWT sebagai Rab. Tetapi setelah mereka diberi peluang untuk diuji di bumi. Ramai yang terlupa perjanjian tersebut. Ramai yang dah tak ingat. Maka Allah SWT utuskan tukang-tukang peringat.

Ada sebahagian yang mendengar apa yang diperingatkan oleh para utusan ALlah SWT, bahkan ada pula yang menentang dengan bersungguh-sungguh. Mereka lupa mereka pernah berjanji kepada ALlah SWT mereka akan tetap patuh kepada perintah Allah SWT jika berada di dunia nanti.

Selain itu juga Allah SWT sentiasa memperingatkan manusia melalui lidah para anbiya’ dan mursalin bahawa selepas mati nanti akan ada hari pembalasan. Membalas segala amal baik dan amal jahat. Peringatan ini penting kerana manusia mudah lupa. Bila mendengar perkhabaran ini, manusia terpecah kepada dua golongan. Pertama beriman dan kedua engkar. Berbahagialah yang beriman dan celakalah yang engkar.

Utusan terakhir ialah Baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda diutuskan untuk menyampaikan dakwah Islam ke pelusuk alam. Baginda sudah wafat, namun peringatan Allah SWT terkandung dalam al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat yang besar kepada ummah Nabi Muhammad SAW. Beruntunglah orang-orang yang mendengar dan taat kepada segala peringatan ALlah SWT dalam al-Quran.