Beriman Pada Perkara Ghaib

 Apabila membicarakan Islam, maka kita tidak dapat lari daripada beriman dengan perkara yang ghaib. Ghaib dapatlah kita fahami bahawa sesuatu yang tidak dapat dicapai melalui pacaindera yang tujuh (mata, telinga, mulut, tangan, kaki, hidung dan rasa) tetapi dapat dicapai dengan ‘mata hati’.

Apabila berbicara soal iman, sebenarnya kita tidak dapat lari daripada mempersoalkan keyakinan kepada perkara-perkara yang ghaib. Keyakinan kepada yang ghaib ini menjadi antara penentu kepada aqidah dan hala tuju kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

Antara perkara ghaib daripada pacaindera kita yang tujuh ialah Yang Maha Pencipta Allah SWT. Yang kedua para malaikat, hari akhirat, qada’ dan qadar, alam barzah, perhimpunan padang mahsyar, syurga, neraka, titian siratulmustaqim, bidadari, telaga al-kautar dan pelbagai lagi perkara ghaib yang disembunyikan Allah SWT daripada pacaindera manusia.

Namun, Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang telah mengutuskan RasulNya untuk memperingatkan manusia tentang perkara ini semua. Manusia disebabkan tidak dapat melihatnya dengan pacaindera yang tujuh, ada yang terus bertindak menentang para Rasul. Alasannya cukup mudah “Benarkah seorang yang mati dan hancur tulang belulangnya dihidupkan semula?”…Mustahil….Inilah antara alasan yang diguna pakai oleh mereka yang bertindak menentang dakwah para Rasul.

Manusia di zaman sekarang juga berdepan dengan situasi ini. Keyakinan yang lemah terhadap perkara-perkara ghaib ini menyebabkan mereka melanggar arahan Allah SWT dah RasulNYa. Tetapi di kalangan orang Melayu khususnya amat yakin dengan hantu dan jin, tetapi dengan azab kubur, padang mahsyar masih lagi tak yakin. Fikir-fikirkanlah!

About these ads

One thought on “Beriman Pada Perkara Ghaib

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s