PENGARUH BOLA

30 07 2008

Malam ini sewaktu pergi mesyuarat di seksyen 9, saya telah melalui jalan stadium shah alam. Pelik juga kenapa ramai sangat orang malam ni. Bersusun-susun kereta.

Biasanya ramai macam ni kalau ada ceramah-ceramah umum anjuran PR. Tapi malam ni rasanya tak ada ceramah. Saya cuba berfikir sejenak apalah agak-agaknya. Tengok dari jauh stadium bergitu cerah. Sahlah ada perlawananan bola sepak.

Saya cuma tidak pasti kumpulan mana yang sedang bertanding. Tapi pastinya kumpulan yang bertanding ini bukan calang-calangnya kerana menarik begitu ramai penonton.

Mungkin perlawanan Chelesea dan Malaysia kot. Saya baru teringat. Wah adakah ini namanya pengaruh? Tidak perlu dipaksa hadir. Semua yang hadir datang dengan sukarela. Ingin melihat aksi setiap pasukan bola sepak yang mereka minat.

Saya cuba menyamakan dengan teori politik yang saya telah belajar melalui ILHAM. Sahlah ini dalam kategori pengaruh. Pengaruh bola! Ini kerana ramai yang datang sanggup menghabiskan wang, minyak, masa dan lain-lain kerana nak tengok bola.

Baca baki entri ini »





ILHAM SIRI-1

28 07 2008

KELAS PERTAMA ILHAM 26/7

Saya cuba menulis untuk berkongsi apa yang saya perolehi sewaktu pengajian ILHAM siri pertama. Apa yang saya tulis hanya point-point penting sahaja. Untuk kajian lanjut anda boleh mendapatkan melalui kelas-kelas ataupun merujuk kepada ustaz. Penulisan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut modul pengajaran ILHAM iaitu :

Bahasa Arab

Pengantar Pengajian Al-Quran

Politik Islam

Aqidah Islamiyyah

BAHASA ARAB (UST HUSNI)

Untuk sesi pertama saya terlepas kelas. InsyaAllah saya akan menulis semula selepas belajar kemudiannya.

PENGANTAR PENGAJIAN AL-QURAN (UST SYED HISYAM)

Isi kandungan pengajian :

Definisi Al-Quran dari sudut Bahasa dan Istilah.

Dari sudut bahasa

Al-Quran berasal daripada perkataan bahasa arab QA-RA-A yang membawa makna baca.

Dari sudut Istilah

Al-Quran merupakan panduan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk menjadi panduan kepada seluruh alam.

Nama-nama lain bagi Al-Quran. Diperbahaskan nama-nama lain al-Quran iaitu :

Al-Furqan (Pembeza antara yang hak dan yang batil)

An-Nur ( Cahaya Kebenaran)

As-Syifa (Penyembuh)

Al-Mauizah (Pengajaran)

Az-Zikr (Peringatan)

Ar-Roh (Penghidupan Jiwa)

Baca baki entri ini »





Kelas ILHAM

28 07 2008

HUJUNG MINGGU LEPAS 26/7 SAYA BERKESEMPATAN MENGHADIRI KELAS ILHAM DI TAMAN MELEWAR. ANTARA SUBJEK YANG DITAWARKAN IALAH BAHASA ARAB, PENGAJIAN AL-QURAN, POLITIK ISLAM DAN AQIDAH ISLAMIYYAH.

WALAUPUN TERLEWAT SAYA TETAP HADIR JUGA KE KELAS KERANA TERINGIN SANGAT MENJADI STUDENT SEMULA. PENGAJIAN ILMU SECARA BERTERUSAN MERUPAKAN SALAH SATU PERJUANGAN SAYA.

INSYA-ALLAH ADA KESEMPATAN SAYA AKAN MENULIS UNTUK BERKONGSI DENGAN PEMBACA SEMUA APA YANG SAYA PELAJARI DALAM KELAS ILHAM YANG LEPAS. SELAMAT BELAJAR!





Selamat Hari Lahir Ke-54 buat Ayah

24 07 2008

Ayah selamat hari lahir ke-54 dari kami sekeluarga. Semoga Allah SWT memberkati usiamu. Terima kasih di atas segala pengorbananmu yang tidak terbalas oleh kami.

Che Hassan b Hj Abd Rahman b Awang Hamat b Sulaiman.

Dilahirkan tanggal 24 Julai 1954. Pada tahun 2006 nie umurnya sudah menjangkau 52 tahun. Nama ibunda pula ialah Halimah bt Mat Diah. Ayah dilahirkan di Kampung Lundang Paku, Kota Bharu Kelantan. Dikurniakan 9 cahaya mata. Tiga cahaya mata dengan Che Halimah dan 6 cahaya mata dengan Zaharah.

 

 

BIODATA ISTERI
Zaharah bt Ismail merupakan isteri kedua kepada Che Hassan setelah beliau berpisah dengan Che Halimah (Ibu Saya). Zaharah dilahirkan pada 24 November 1960. Dikurniakan seramai 6 orang anak hasil perkahwinan dengan Che Hassan. Berasal daripada Bachock.

 

 

BIODATA ANAK-ANAK
Muhammad Ridzwan
Siti Khairiyyah 7 Julai 1980
Muhammad Amin 31 Ogos 1982

Nooraini dilahirkan pada 7 September 1985.

Norhassyati

Nor

Nurfaizah

Nurnajizah

Mohd Hafiz

 





Bingkisan Sdr Dzulkhairi

23 07 2008

Bingkisan seorang Mujahid Muda – Sdr Dzulkhairi Presiden PMIUM.

Ikuti kisahnya di http://dzulkhairi.blogspot.com/2008/07/inilah-hidupku.html

Juga lawati kisah perjuangan anak muda di http://mygamis.blogspot.com/

Kadang-kadang, rasa kecil juga hati, cemburu datang bertalu-talu, rasaingin ‘gugur’ bagaikan helainan dedauanan kering datang bersinggah. Rasa cemburu dan geram itu kerap kali juga mengusik hati, dan sering kali juga membuatkan aku terkedu dan sendu.

Menjadi orang penting dalam persatuan yang dinggap pemberontak no. 1 di UM kadang-kdang membuatkan hati pedih. Ada kala, ketika orang lain sibuk menyertai pelbagai seminar, kita pula terpaksa berhempas-pulas membuat kerja lain. Saya masih ingat, ketika itu ada seminar peringkat kebangsaan diadakan di Akademi Islam tetapi saya dengan berat hati terpaksa melupakannya kerana menumpukan gerak kerja pilihan raya kampus. Tapi hati mana tidak pedih.

Beberapa kali juga kursus kahwin diadakan namun tidak pernah sempat untuk saya meluangkan masa, sedangkan yang lain seronok je dengar cerita pasal kahwin. Kursus tu takpelah, tetapi bagaimana dengan seminar-seminar ilmu? Saya masih ingat program dakwah yang menghadirkan Siddiq Fadzil dan Shah Kirit, sekali lagi saya terpaksa melupakannya. Adik saya Wasif juga kerap kali menjemput saya untuk program keilmuan PKPIM tetapi banyak juga terpaksa saya lupakan.

Geram juga kadang-kadang. Jauh sudut hati, ah, pedulikan jamaah, pedulikan Islam, lebih baik aku masuh seminar je. Tetapi seminar hanya memberikan kebaikan untuk diriku seorang sedangkan gerak kerja jamaah adalah untuk umum.

Orang lain mungkin tidak tahu, bahawa kami hidup membela kebajikan mereka. Kami sanggup dihadapkan di mahkamah Universiti, dimarahi pihak pentadbiran, berdepan dengan pelbagai cabaran, semuanya untuk kebaikan student tetapi tengok-tengok, student pula menyalahkan kami. Kami berjuang untuk merendahkan kadar caj perkhidmatan Ptptn malah meniadakannya sama sekali, tengok-tengok student pula yang membenci kami. Walhal kami berjuang untuk mereka. Ah, pedulikan. Mereka bukan faham pun.

Baca baki entri ini »





Muzakarah PAS dan UMNO

22 07 2008

Pada pandangan peribadi saya, saya tidak bersetuju dilaksanakan muzakarah PAS dan UMNO waktu sekarang. Tapi untuk masa akan datang bleh dipertimbangkan.

Apapun saya sediakan link para pembaca membaca pandangan-pandangan di bawah :

Ust One-G

http://al-bakistani.blogspot.com/2008/07/muzakarah-ditayangkan-dalam-tv.html

Ust Nik Abduh

http://nikabduh.wordpress.com/2008/07/21/politik-damai/

Saya tinggalkan anda dengan pendapat ini. Mudah-mudahan membantu kita membuat pendirian.





Minggu Yang Sibuk

21 07 2008

Minggu ni adalah minggu sibuk buat kami sekeluarga. Jadual begitu padat. Setiap malam saya ada mesyuarat. Kadangkala, Isteri saya juga ada mesyuarat. Minggu ini memang sibuk.

Saya selaku Pengarah Program Induksi DPPSA perlu follow up AJK untuk memastikan program berjalan lancar pada 20/7/2008.

Hari Sabtu kami sekeluarga melawat Stokis HPA di Bukit Subang. Alhamdulillah saya dan isteri berusaha sedaya upaya untuk mempromosikan produk HPA. Gempur HPA!

Pagi Ahad, saya terus bergegas ke Sek 9 untuk program Induksi DPPSA. Sempat juga buka gerai HPA.

Penceramah pertama Ust Riduan Mohd Nor menyampaikan kuliah bertajuk Sejarah dan Pengenalan PAS. Penceramah kedua Ust Fadhli Ghani menyampaikan kuliah bertajuk Perlembagaan PAS.

Kehadiran pemuda sekitar 60 orang. Alhamdulillah kehadiran memberansangkan.

Saya juga membeli buku “Saat Cinta Bertasbih, Tribut untuk Tuan Guru” karangan Ust Riduan Mohd Nor. Bagus buku ni. Di dalamnya cerita-cerita kejayaan Kelantan selama 18 tahun PAS memerintah. Sedang berusaha mengkhatamnya.

jundi

Apapun minggu ni memang terisi. Banyak benda yang kena buat.

Terima kasih khusus buat isteri saya yang cukup memahami.






ANTARA CINTA DAN TANGGUNGJAWAB

15 07 2008

ANTARA CINTA DAN TANGGUNGJAWAB

“Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga”

Majalah anis

Begitulah ungkapan sisipan dalam majalah anis. Isteri saya yang menunjukkan sisipan itu kepada saya . Saya berfikir sejenak apabila membaca bait-bait kata di atas. Cuba menghayati apakah di sebalik pengertian kata-kata yang diungkapkan.

Sekilas pandang, saya tidak bersetuju. Saya nyatakan ketidak setujuan saya kepada isteri saya dengan beberapa alasan.

Pertamanya, cinta itulah melahirkan tanggungjawab. Tanpa cinta, tanggungjawab akan menjadi lesu dan tempang. Tanggungjawab tanpa cinta seolah-olah ‘kosong’ dari perasaan. Cinta dan tanggungjawab tidak dapat dipisahkan.

Seringakali saya berbincang dengan isteri. Kami bersetuju bahawa rumahtangga kami di bina atas prinsip aqidah Islam. Aqidah Islam yang membawa cinta (hubbul) kepada Allah dan RasulNya lebih tinggi daripada segala-galanya.

Keduanya, hujjah saya ialah cinta bukan sekadar keindahan perasaan. Cinta ialah makhluk Allah yang diletakkan dalam diri manusia sebagai pelengkap kepada insan.

Firman Allah SWT :

Cintalah yang melahirkan tanggungjawab. Jika kita cinta Allah dan Rasul lebih dari segalanya, maka kita akan bertanggungjawab untuk bekorban apa saja.

Ketiganya, hujjah saya cinta tidak akan berubah menjadi tanggungjawab apabila berumahtangga kerana cinta adalah seiringan dengan tanggungjawab. Cinta adalah adunan dengan tanggungjawab.

Saya menyampaikan hujjah kepada isteri. Nampaknya, isteri saya mengangguk-angguk tanda setuju.

Saya berfikir kembali ungkapan di atas dengan reality masyarakat hari ini. Dari satu sudut saya menolak ungkapan di atas dan dari sudut reality hari ini ia boleh diterima.

“Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga” inilah yang menyebabkan rumahtangga kosong dan tidak ceria sebagaimana awal perkahwinan. Cinta tidak dapat disuburkan kerana tanggungjawab bertumpuk-tumpuk.

Masalah duit, masalah anak-anak, masalah hutang dan pelbagai lagi telah menyebabkan pasangan kekasih (suami dan isteri) tidak dapat menyuburkan cinta dalam rumahtangga mereka.

Sebenarnya cinta tidaklah 100% bertukar menjadi tanggungjawab. Cinta itu tetap ada. Tidak berubah sepenuhnya menjadi tanggungjawab. Pada pandangan saya, cinta tetap ada cuma tidak disuburkan akibat tanggungjawab yang pelbagai. Fokus tidak lagi pada cinta tetapi fokus kini lebih kepada tanggungjawab.

Saya tinggalkan ulasan saya di sini. Saya pohon membaca memberi komen lebih lanjut. Komen pembaca setia semua saya amat alu-alukan. Wallahua’alam.





USAHAWANHPA

14 07 2008

Saya berkesempatan hadir kursus PBC Hpa di UNITEN dari 12/7 ~ 13/7. Peserta dalam lingkungan 60 orang. Saya hadir atas dorongan yang kuat dari isteri tersayang.

Apapun program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) anjuran HPA ini telah membuka mata saya berkaitan dengan HPA. Sebelum ini apabila mendengar MLM saya tidak tertarik untuk mendengar lebih lanjut.

Bila disebut MLM mesti tidak lari daripada Nilai Mata@point bila membeli produk mereka. Harga barangan MLM juga agak mahal untuk dibeli oleh pengguna.

Namun kehadiran saya ke PBC ini membuka mata saya. HPA adalah sebuah gagasan yang lebih besar daripada MLM. HPA merupakan gagasan ekonomi ummat Islam yang semakin subur.

Terbaru HPA telah melancarkan RFC (Radix Fried Chicken) khusus menyaingi KFC (Kentucky Fried Chicken) dan seangkatan dengannya. Kelebihan RFC ialah ayamnya di jamin halal dan organic.

HPA kini sudah mengorak langkah dengan membuka empayar ke Indonesia, Brunei dan Singapura. Sambutan dari sana amat memberangsangkan.

Selain itu, saya juga tertarik dengan Pengurus 1 Hpa, Tn, Hj Ismail yang bersikap bersederhana. Beliau juga mempelopori perubatan JAWI (perubatan islam) di Malaysia. Sekarang ini sudah aktif di seluruh Malaysia.

Saya sendiri waktu PBC, sempat mencuba berbekam. Berbekam merupakan sunnah Rasulullah SAW. Sakit juga mulanya sebab tak pernah cuba. Alhamdulillah saya dah mula mengenali kaedah berbekam.

Saya sebenarnya ingin mengulas lebih panjang lagi berkaitan dengan HPA ini. Namun saya tinggalkan pembaca di sini. Maklumat lebih lanjut berkaitan dengan HPA sila layari http://www.hpa.com.my.

Terakhir, saya berpesan pada diri saya dan pembaca semua, pastikan makanan yang dimakan anda halal, toyibban dan mubarakah. Maksudnya, makanan yang halal, baik dan penuh dengan barakah daripada RabbulJalil.

#saya nak mencadangkan kepada HPA untuk keluarkan produk susu untuk bayi sebagai alternative susu di pasaran kini#

Selamat menjadi UsahawanHpa.

http://www.hpa-sa.blogspot.com