TIDUR BERKUALITI

وَمِنْ ءايَـتِهِ مَنَامُكُم بِالَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَآؤُكُمْ مِّن فَضْلِهِ إِنَّ فِى ذَلِكَ لاّيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

And among His signs is your sleep by night and by day, and your seeking His bounty. Verily, in that are indeed signs for a people who listen.

(ar-rum :23)

Pernahkah anda tidur dengan berkualiti? Atau anda tidak ambil peduli dengan qualiti tidur anda? Asal boleh tidur aja, sudah cukuplaa…

Saya mengajak anda peduli terhadap qualiti tidur kita. Mengapa? Tanpa disedari tidur yang kita alami setiap hari adalah ubat yang mujarab menyembuh penyakit rohani dan jasmani.

Tidur dari sudut ilmiah

Permulaannya mari kita meneliti huraian ‘tidur’ secara ilmiah. Tidur merupakan aktiviti fitrah kepada semua makhluk khususnya manusia. Saya cuba mencari terms tidur di Wikimedia.

Hasilnya Dalam Bahasa Melayu:

Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain, dan kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji — seperti ikan, burung, semut, dan bari-bari??? — tidur secara kerap adalah penting untuk kemandirian. Namun, tujuan tidur tidak jelas sepenuhnya, sebaliknya masih menjadi titik tengah kaji selidik yang berterusan.[1]

Lanjut sila ke Tidur Wikimedia

Mengikut Bahasa Indonesia

Tidur adalah keadaan istirahat alami pada berbagai binatang menyusui, burung, ikan, dan binatang tidak bertulang belakang seperti lalat buah Drosophila. Pada manusia dan banyak spesies lainnya, tidur adalah penting untuk kesehatan. Tanda tanda kehidupan seperti kesadaran, puls, dan frekuensi pernafasan mengalami perubahan. Dalam tidur normal biasanya fungsi saraf motorik juga saraf sensorik untuk kegiatan yang memerlukan koordinasi dengan sistem saraf pusat akan di blokade, sehingga pada saat tidur cenderung untuk tidak bergerak dan daya tanggappun berkurang. Fase peralihan dari sadar ke tidur disebut sebagai Pradormitium dan fase peralihan dari tidur kembali ke sadar disebut sebagai postdormitium. Didalam ilmu kedokteran ilmu yang mempelajari gangguan tidur disebut sebagai Somnologie.

Lanjut sila ke Tidur Wikimedia

Dalam English

Sleep is a natural state of bodily rest observed throughout the animal kingdom. It is common to all mammals and birds, and is also seen in many reptiles, amphibians and fish. In humans, other mammals, and a substantial majority of other animals which have been studied — such as fish, birds, ants, and fruit-flies — regular sleep is essential for survival.[1] However, its purposes are only partly clear and are the subject of intense research.[2]

Saya bawakan tiga penjelasan ilmiah ringkas dalam Wikimedia.

Jika dibuat kajian tidur adalah suatu yang kompleks.

Kepentingan tidur yang berkualiti

Anggaran satu per tiga hayat kita dihabiskan untuk tidur. Tidur mendalam berkualiti adalah amat penting kepada kita. Kita memerlukan tidur seperti juga kita memerlukan oksigen. Beberapa perkara penting yang berlaku apabila kita tidur yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan emosi kita. Tidur berkualiti baik mampu memberikan kesan menakjubkan : ia membantu meningkatkan kecekapan kerja seseorang, menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif serta kesejahteraan emosi.. Memiliki bantal yang sesuai membantu mendapatkan tidur berkualiti baik yang diinginkan.

Pertumbuhan Sihat
Pertumbuhan fizikal juga berlaku semasa tidur. Pertumbuhan tersebut berlaku semasa tidur mendalam berkualiti baikberlaku dan ia adalah salah satu sebab mengapa kanak-kanak memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa.

Memperbaiki memori
Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi, otak menguruskan maklumat yang tersimpan. Otak berbuat demikian bagi membolehkan penyimpanan, pengekalan dan penyusunan memori.

Meningkatkan Kesejahteraan Emosi
Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi berlaku, ia menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan emosi. Seseorang yang tidak mendapat tidur yang mencukupi menunjukkan peningkatan kejengkelan dan ketidaksabaran

RUjukan : Tidur yang berkualiti

Tidur mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Bagi kita seorang muslim, quality tidur kita hendaklah berpaksikan kepada sunnah Rasulullah SAW. Saya cuba mencari dalam internet tajuk ini. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita.

Saya cuma menyediakan beberapa pautan kepada perbahasan tersebut. Untuk perbahasan lanjut sila klik :

Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains

Tidur sebagaimana sunnah Rasullullah

Tidur Mengikut Sunnah

Penutup

Betapa pentingnya kita memberi focus kepada quality tidur. Ini kerana tidur merupakan aktivti harian yang wajib kita laksanakan. Persoalannya adakah tidur kita setiap hari itu berkualiti? Kualiti dalam ukuran ISLAM ialah sejauh mana kita dapat mengikuti sunnah RAsulullah SAW.

Tidur yang berkualiti juga akan membuahkan ibadat yang berkualiti. Saya menyeru pada semua anggota gerakan ISLAM khususnya dan para daie agar meneliti quality tidur kita setiap hari. Mudah-mudahan tidur itu lebih bermakna buat kita semua. Semoga anda mendapat tidur yang berkualiti.

Link untuk anda

5 Things You Must Know About Sleep

About these ads

One thought on “TIDUR BERKUALITI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s