METHOD PENGAJARAN AQIDAH TAUHID

KEMBALILAH KEPADA METHOD PARA NABI DAN RASULULLAH SAW

 

Alhamdulillah, malam 14/8 saya telah dijemput untuk memberi kuliah berkaitan Aqidah Tauhid kepada pelajar CIAST di Seksyen 9.

 

Sebenarnya minat saya mendalami ilmu aqidah@ilmu kalam@ usuludin@ilmu tauhid sejak di bangku sekolah menengah. Melalui kuliah, tazkirah dan usrah saya memahami betapa pentingnya mendalami ilmu ini.

 

Sejak daripada itu, saya telah menanam azam untuk mendalami ilmu aqidah daripada para ustaz-ustaz. Sehingga kini, saya mengikuti Diploma ILHAM yang mengandungi subjek aqidah.

 

METHOD PARA NABI DAN RASUL

Saya sendiri sebenarnya bukanlah yang paling arif dalam disiplin ilmu aqidah tauhid. Saya menganggap diri sendiri berterusan sebagai seorang pelajar, walaupun sudah memulakan kuliah dalam bentuk perkongsian ilmu.

Hari pelbagai method digunakan untuk menyampaikan ilmu aqidah ini sehingga mewujudkan perselisihan. Masing-masing mempertahankan cara pemahaman mereka yang paling benar dan tepat mengikut salafussoleh.

 

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, bermulalah zaman khalifah 4. Seterusnya zaman khalifah, zaman tabien dan sampailah ke zaman kita sekarang.

 

Saya telah memulakan kuliah saya dengan membawakan satu hadith RAsulullah SAW  yang bermaksud :

 

Ertinya:
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan hadith :

Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.  

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid’ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid’ah hasanah).[1]

 

ASAS AJARAN PARA NABI DAN RASUL ADALAH SAMA

Setelah membawakan hadith di atas, saya mendatangkan satu firman Allah SWT :

إِنَّ هَـذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَاْ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُون

Maksudnya : Sesungguhnya Ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan Kamu, maka sembahlah kamu akan daku.

(Surah Al-Anbiyaa’ : 92)

Firman Allah Azzawajalla ini ditujukan kepada umat manusia seluruhnya Ya’ni ugama Islam. Ugama tauhid telah disampaikan oleh para rasul. Asas ugama tauhid ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT Yang Maha Esa. [2]

Saya telah memberi penekanan bahawa ugama Islam ialah ugama yang disampaikan oleh Nabi Adam A.S sehingga penutup sekelian anbiya Nabi Muhammad SAW. Perbezaannya adalah dalam sudut pensyariatan dan hokum-hukum.

Saya datangkan satu lagi dalil daripada Al-Quran untuk mengukuhkan pandangan ini. Firman Allah SWT :

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّ نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ أَنَاْ فَاعْبُدُونِ

Maksudnya : Dan Kami tidak mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami Wahyukan kepadanya : “Bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; Oleh itu beribadatlah kamu kepadaku”

(Surah Al-Anbiyaa’ : 25)

 

 

PEMBAHAGIAN AGAMA

Pada asasnya agama dibahagikan kepada dua bentuk. Pertama samawi dan wada’ie (ciptaan). Saya mendatangkan hujjah sebelum ini untuk menunjukkan agama samawi hanyalah satu iaitu ISLAM. Tidak kepada Kristian dan tidak kepada Yahudi. Andainya mereka mengikuti secara ikhlas dan benar ajaran Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS, pastinya mereka menganut ISLAM. Jelas, disebabkan mereka telah terpesong daripada ajaran Nabi, mereka menolak ISLAM. Kumpulan kedua ialah berpegang kepada ugama ciptaan seperti BUDDHA, HINDU, SIKH, TAISOME, CONFICUNIS dan bermacam-macam lagi bentuk ajaran.

PERBEZAAN

Perbezaan jelas antara agama samawi dan agama wada’ie ialah WAHI@WAHYU yang diturunkan kepada para rasul dan nabi.

 

PENGERTIAN AQIDAH TAUHID

PENGERTIAN AQIDAH

Bahasa : berasal daripada perkataan arab aqada iaitu membawa makna simpulan, ikatan.

Istilah  : pegangan/keimanan/keyakinan yang kuat

Dalil daripada al-Quran. Firman Allah SWt :

 

لاَ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّـغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

 

Maksudnya : Tidak ada paksaan untuk (menganut) ISLAM, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kpd thaghut dan beriman kepada Allah SWT, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Baqarah : 256)

 

PENGERTIAN TAUHID

Bahasa : berasal daripada perkataan arab ahada iaitu membawa makna Mengesakan.

Istilah : beriqtiqad dengan pegangan yang kuat bahawa Tiada tuhan selain Allah SWT.

Dalil daripada al-Quran. Firman Allah SWt :

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu ESA.

(surah al-Ikhlas : 1)

 

PENGERTIAN AQIDAH TAUHID

Keimanan/keyakinan yang kuat@jazam bahawasnya TIADA TUHAN SELAIN ALLAH SWT tempat kepatuhan dan ketaatan.

Saya juga membawakan pandangan daripada kitab karangan Haji Said Haji Ibrahim bekas mufti Negeri sabah bertajuk “Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah”. Beliau menulis mengenai aqidah tauhid. Aqidah-tauhid mempunyai maksud yang sama. Aqidah-tauhid merupakan ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dan sam’iyat dengan dalil-dalil yaqiniyah yang aqliyah dan naqliyah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada di dalam hati seseorang manusia.

DALIL AQLIYAH DAN DALIL NAQLIYAH

Dalil Aqliyah ialah dalil2 diambil daripada logic dan aqal. Saya turut mencadangkan para pelajar merujuk kepada kajian semasa di www.harunyahya.com.

Dalil Naqliyah ialah dalil2 yang bersumberkan wahyu (al-quran) dan sunnah Rasulullah SAW.

 

PENUTUP

Di akhir kuliah, saya menekankan kembali persoalan aqidah yang wajib dipelajari oleh setiap mu’min dan tidak terhenti setakat hari ini. Proses pembelajaran ini berterusan untuk kita memastikan pegangan dan keyakinan kita sentiasa berada di atas SIRATHAL MUSTAQIM. Saya turut memohon kepada pembaca memberi pandangan berkaitan method pengajaran ilmu aqidah @ ilmu tauhid ini.

 

 

RUJUKAN

[1] Ahmad Fahmi Zamzam, 42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman

[2] Tafsir Ar-Rahman.

[3] Haji Said Haji Ibrahim, Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

About these ads

2 thoughts on “METHOD PENGAJARAN AQIDAH TAUHID

  1. Saudara fariesya,

    Pada hemat saya, tiada perbezaan antara dua bentuk pengajaran tersebut. Saya cuma mengatakan Konsep Pengarajaran Aqidah TAuhid untuk memberi fokus yang lebih mendalam kepada persoalan Tauhid (Mengesakan Allah SWT).

    Jika hanya disebut hanya pengajaran Aqidah, perbincangan dan fokus kita terbuka kepada semua aqidah yang wujud di atas muka bumi ini termasuk yang benar dan yang salah.

    Harap menjawab persoalan anda.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s