Sertai Kelab Al-Quds Malaysia

Pohon ramaikan lagi sukarelawan Kelab AlQuds Malaysia, daftar segera dengan menaip;

ALQUDS  #NamaAnda  #NoIC  #Email  #Negeri,

Hantar ke : 013-222 6018

>>>> contoh; ALQUDS  #Ali bin Abu #750604083425 #aliabu@gmail. com #Perak


Email daripada seorang sabahat saya untuk diteliti :

Ana nak mengambil kesempatan ini, setelah 2 mgu Allah beri ujian besar pd ummat Islam dlm isu Palestine, banyak rakyat bangun atas kesedaran mereka utnuk membantu Palestine, serta berharap Hamas dapat terus berdepan tentera Zionist tersebut dlm apa jua cara sekali pun. Hasil dari itu juga banyak sumbangan diberikan dgn niat khas untuk Hamas semata, bukan untuk pertubuhan2 lain yg walau mereka turut membantu disana. Ramai sangat yg bertanya ana apakah channel-channel yg ada pd kerajaan dan beberapa NGO skrg ini akan sampai kpd Hamas?

Jawapan dari ana TIDAK untuk Hamas secara langsung, walau turut diserahkan untuk kegiatan membantu rakyat Palestine. Malah channel yg digunakan oleh kerajaan Malaysia amat mendukacitakan tatkala UMNO serahkan kpd Kedutaan Palestine yg jelas menentang dan tak mengiktiraf Hamas.

Ramai yg tanya ana adakah Aman Palestine pergi direct pd Hamas seperti yg disangka2 oleh ramai? Pun ana kata TIDAK. Ana harap antum semua dapat CLEAR isu ini, terlalu banyak soalan dihujani sejak minggu sudah apatah lagi setelah rapat umum mereka yg digerakkan oleh adik2 PAS di kampus dan ramai sahabat2 PAS yg hadir (untuk maklum, Aman Palestine = ISMA = serpihan JIM yg dah tak walak pd JIM & menubuhkan satu lagi jamaah di Malaysia mengikut acuan mereka sendiri, merek yg lebih ikhwan dari yang lain….). Terlalu panjang utk dibicarakan isu depa ni serta halatuju depa dlm berjamaah, tak sesuai di forum ini. Moga Allah beri hidayah pd semua untuk memahami isu kepelbagaian jamaah mengikut kepala masing yg menjadi2 sekarang ini.

Tapi ikhwah kena yakin buat masa ini Lajnah Antarabangsa melalui saluran Muassasah AlQuds melaksanakan amanah ini dgn penuh berhati-hati. Insya Allah amanah yg diterima ini telah mampu dilaksanakan atas hubungan rasmi yg ada antara PAS & Hamas sejak sekian lama.

PAS telah meletakkan juga kesemua dana yg dikutip melalui PAS dan mana2 sumber yg berkaitan juga mesti diserahkan ke Lujnah Antarabangsa shj, tidak ke channnel2 lain. Jadi ikhwah, jika itu amanah yg diminta oleh penderma, ana pohon ikhwah pastikan ianya dimasukkan dlm salah satu akaun di bawah;

Muslim Care : RHB 26-2120-0000- 4747 (resit disediakan jika mahu, rasmi)

Lajnah Antarabangsa : Maybank 5640-7070-3248 (Pasti Islam SeMalaysia), di bawah kelolaan Al-Quds Institute Malaysia Chapter.

p/s – Atas permintaan ramai sahabat

Sedikit update dan photo tentang pgm Malam Intifadhah Palestine 2009 baru2 ini, Jumaat 2/1/2009, betul2 pd hari ke 7 serangan, dan hari ke 7 juga Intifadhah Ke-3 di lancarkan oleh Hamas. Pgm hasil perancangan 3 hari bersama Lajnah Antarabangsa PAS, dan digerakkan oleh NGO yg terlibat, dengan bantuan JAIS & MBSA. Ia juga sebagai suatu action daripada ketetapan khas yg telah diambil di peringkat Ahli Majlis MBSA 2 hari sblm itu yg telah mengemukan usul khas mengutuk tindakan Zionist Yahudi serta mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan drastik menangani isu Palestine demi menyedarkan rakyat perkara yg sebenarnya.. . Alhamdulillah semua meyokong penuh termasuk DAP dgn hujjah masing2 .

Sebahagian sukarelawan Kelab AlQuds Malaysia drpd MuslimCare & Unit AMAL (Shah Alam, Kota Raja, Kelanan Jaya, Kelang…)



Dihangatkan pgm dengan persembahan lagu2 intifadhah dan jihad, berkonsepkan multimedia & skrin gergasi. Tq pd yg membantu.

Antara hadirin yg hadir, bersantai… ramai alhamdulillah.

Setting khas 2 unit skrin amat gergasi dan sound system besar yg mantap & gegar.

MC merangkap penyampai sajak Syeih Yassin yg amat terkesan, Dr Azhar Yaakob. MC ni sebenarnya dia pun kena jadi penceramah juga akhirnya…!

Barisan Unit AMAL yg amat membantu menjayakan pgm sejak awal, beratur khas untuk melangkah mengutip dana

Semangat ditiupkan oleh MC untuk gerakkan Dana Jihad Hamas, digerakkan oleh Unit AMAL dalam saf yg tersusun.

Barisan penceramah dan VIP. YB Yaakob Sapari pun hadir selain Timbalan Datuk Bandar yg beredar awal. Alhamdulillah Dr Hafidzi dari PACE membantu perkongsian banyak.

Sebahagian kutipan khas untuk Hamas, RM75k dalam 2 jam termasuk matawang asing dan juga pelbagai barang kemas. Jumlah terkini dah melangkau RM100k apabila dana terus disumbangkan dalam akaun.

Penceramah utama, YB Tuan Haji Khalid Samad berkongsi sirah Palestin dan Negara Haram Yahudi. Tak ada yg mengantuk dan beredar awal walau melangkaui 12.10tgh malam.

Booth pameran yg dipasang tanpa izin penganjur oleh Hizbut Tahrir, quotation “penyelesaian isu Palestine hanya dengan menjadi tentera ke sana, bukan lagi dengan demo jalanan …” (isk ???)

Antara ribuan hadirin bangun disaat akhir untuk melaungkan solawat dan takbir sokongan terhadap intifadhah Palestine. Jam dah 12.10 tgh malam.

Solawat jihad bersama seluruh yg hadir beserta doa khas.

Takbir dan laungan jihad menghalau Yahudi dari tanah Palestine, “khaibar ya yahud…”.


Wak Kasiran dgn videocam dia, paling berjasa & amat letih berdiri selama hamper 3 jam demi memastikan siaran tak terganggu. Tq WebTV8 & team…

Team Audio Visual yg amat membantu sejak awal pgm. Tq for sponsorship dan pandangan teknikal dalam pelbagai sudut. Moga tuhan balas jasa kalian. Good job.

Team teknikal yg membantu idea dan persembahan, serta ad-hoc event management. Tq to Mahadie Nasyeed.com, insya Allah kita blh digerakkan suatu yg lebih besar di masa hadapan.

Penceramah dan pembahas dan YB2 bertukar pandangan dan update isu semasa sambil minum teh di hening malam, simple setting tanpa lapik meja!

__._,_.___

About these ads

3 thoughts on “Sertai Kelab Al-Quds Malaysia

  1. Pingback: Latar Belakang ISMA Menurut Riwayat yang Dhoif « Risalah Kami

  2. saya nak tanya ckit abang….kat mana saluran nak pergi berjihad d palestin? sya nak kutip info ckit psl ni…mna la tahu ada prtubuhan2 bawah tanah kat Malaysia ni yang sukarela untuk prgi brjihad kat sana

    • Syabas kepada amzar di atas semangat anda.
      Soalan itu saya tidak dapat jawab. Setakat ini yang boleh sampai ke Palestin ialah melalui NGO-NGO.
      Bawah tanah? Rasanya tak ada saluran untuk ke Palestin. Semuanya kena melalui atas tanah.
      Jika anda benar-benar nak membantu saudara kita di Palestin daftarlah melaui NGO-NGO seperti AMAN MALAYSIA, AMAN PALESTIN, MUSLIMCARE & lain-lain lagi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s