Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian I

Alhamdulillah malam ini saya mengambil sedikit masa untuk membelek-belek beberapa buku yang berada dalam simpanan Maktabah AMRA.

Suasana semasa banyak memperihalkan soal-soal politik yang begitu PANAS dan GEMPAR.

Di celah-celah itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri.

Sebagai ahli gerakan Islam, kita wajib meneliti tajuk ini supaya generasi yang benar-benar ampuh dan mantap jiwanya dapat dibina bagi menegakkan panji-panji Islam.

Saya pilih dua buku untuk diulas dan diperbincangkan di sini.

Buku pertama bertajuk ‘Taubat Untuk Allah’ karangan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi yang ditejemahkan oleh Ustaz Mohammad Zaini bin Yahya.

Buku ini mengandungi 7 bab keseluruhannya.

Bab 1 : Kewajipan dan keperluan bertaubat

Bab 2 : Ciri-ciri asas taubat

Bab 3 : Kesempurnaan taubat serta hukum-hukum berkaitan dengannya

Bab 4 : Dosa yang dituntut bertaubat serta pembahagiannya

Bab 5 : Faedah bertaubat

Bab 6: Penghalang-penghalang taubat

Bab 7 : Pendorong-pendorong taubat

Buku kedua ialah Penyakit Rohani dan Penyembuhannya karangan Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

Buku ini dibahagikan kepada beberapa fasal. Saya akan memfokuskan kepada beberapa fasal yang bersangkutan tajuk di atas.

Continue reading

Perang Besar Melawan Syaitan

-Selamat Hari Raya Idulfitri-

Saya sebenarnya ingin mengambil keputusan berhenti seketika untuk posting di amin1982.wordpress.com ini. Mood selepas raya menyebabkan saya rasa malas nak menulis. Saya just menerewang (ziarah) blog rakan-rakan dan ustaz-ustaz.

Alhamdulillah, kekadang tu kita kena bagi masa untuk melompat ke blog orang lain untuk mendapat manfaat daripada penulisnya yang mukhlis. Hari ini saya ziarah ke web Habib Munzir. Suka saya untuk kongsikan bersama di sini beberapa nasihat yang menghidupkan jiwa kita selepas medan perjuangan di bulan Ramadhan.

Saya cuba mengambil beberapa perenggan yang saya rasakan penting untuk kita hayati. Untuk pembacaan penuh sila ke web tersebut di http://majelisrasulullah.org

Tajuk Penulisan :

Dahsyatnya Kekuatan Syaitan Untuk Mempengaruhi Keturunan Adam

قَالَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ (صحيح البخاري

Sabda Rasulullah saw :
“Sungguh syaitan mengalir pada tubuh keturunan Adam pada aliran darahnya” (Shahih Bukhari)

  1. Sebagaimana sabda Nabiyyuna Muhammad Saw bahwa syaitan itu mengalir di darah keturunan Adam. Demikian dahsyatnya kekuatan syaitan untuk mempengaruhi panca indera, menundukkan telinga manusia agar tunduk pada hawa nafsu dan dosa, menundukkan penglihatan manusia agar ikut pada hawa nafsu dan dosa. Demikian panca inderanya terus dimasukki oleh kekuatan syaitan sampai ke jiwanya hingga semakin waktu syaitan makin berkuasa pada jiwanya, makin tertutup jiwanya dari keinginan mulia. Makin banyak sangka buruknya, makin banyak sombongnya, makin banyak menghina hamba Allah, semakin gelap keadaan itu maka semakin sempit terasa kehidupannya walaupun ia dalam keluasan harta, walaupun ia dalam kemudahan, walaupun ia dalam kebahagiaan. Akan tetapi ketika jiwanya tersempitkan maka ia tidak merasakan terkecuali azab.
  2. Hadirin – hadirat yang dimuliakan Allah, Ketika jiwa bercahaya dengan cahaya Allah di majelis – majelis dzikir, di majelis – majelis taklim atau di tempat lain yang jiwa itu bercahaya dengan keagungan Nama Allah Swt maka disaat itulah terang – benderang sanubarinya, terang – benderang ruhnya dan akan terang – benderang seluruh panca inderanya dengan cahaya Allah, maka disaat itulah jiwanya berat untuk berbuat maksiat, berat untuk sangka buruk, berat untuk berbuat hal – hal yang hina diikuti seluruh panca inderanya yang juga merasa enggan berbuat dosa. Matanya, telinganya, bibirnya, kaki dan tangannya selalu berat untuk melakukan dosa. Kenapa? Karena cahaya Allah mengungguli di dalam jiwanya.
  3. Diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari, ketika gumpalan daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika gumpalan daging itu buruk maka buruklah seluruh tubuhnya, ketahuilah gumpalan daging itu adalah hati, kata Sang Nabi Saw.
  4. Demikianlah hadirin – hadirat yang dimuliakan Allah ,Allah Swt memuliakan kita dengan kehidupan ini disertai tuntunan Sang Nabi yang dengan itu runtuhlah kekuatan syaitan. Sungguh hamba – hambaKu, kau tidak akan punya kemampuan untuk meruntuhkan mereka, sebesar apapun kekuatan syaitan kekuatan Allah lebih besar menolong hamba – hambaNya. Syaitan menjebak manusia kepada dosa dan kemaksiatan sejauh- jauhnya, dalam sekejap Allah bisa hapuskan dosanya jika ia banyak bertaubat. Puluhan tahun hamba-Nya berbuat dosa dan kesalahan ternyata ia menebusnya dengan air mata taubatnya maka sirna seluruh dosanya.

Continue reading

Selamat Kembali Kepada Fitrah (Eidulfitri)

Catatan ini saya tulis sempena ketibaan syawal yang semakin hampir.
Saya cuba mengubah ucapan SELAMAT HARI RAYA kepada SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH. (IDULFITRI).

Perbezaan ucapan SELAMAT HARI RAYA dan ucapan SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH.

Ucapan SELAMAT HARI RAYA selalunya ;
1)Terbayangkan suasana gembira
2)Terbayangkan kueh muih pelbagai
3)Terbayangkan duit raya
4)Terbayangkan nyanyian lagu2 raya

ucapan SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH (IDULFITRI):
1)Menilai semula apa itu FITRAH insan?
2)Sudahkah kita kembali kepada FITRAH selepas RAMADHAN?…
3)Ataupun sebaliknya?

FITRAH INSAN
Saya cuba mencari beberapa penjelasan daripada beberapa sesawang.
Tertarik dengan satu penjelasan mengenai fitrah;

1)Allah menegaskan bahawa ‘fitrah’ adalah ‘ketetapan’ Allah yang ditentukan kepada umat manusia sejak awal penciptaannya. Imam al-Ghazali, Ismail Raji al-Faruqi dan Sayyed Naquib al-Attas adalah kalangan sarjana Islam yang membincangkan secara terperinci berkaitan fitrah dalam karya ilmiah mereka.

2)Secara umumnya, mereka menyimpulkan bahawa fitrah sebagai suatu potensi dalam diri manusia yang cenderung kepada nilai
positif sejagat meliputi kecenderungan kepada kehidupan beragama dan nilai dipegang agama.

3)Dalam konteks ini, al-Quran menjelaskan fitrah sebagai agama Hanif, agama yang lurus, agama pertama ditakdirkan untuk dianuti seluruh manusia. Tidak hairanlah mengapa manusia mempunyai potensi yang asli terhadap nilai positif sejagat yang sememangnya didukung agama pertama ini.

http://nurjeehan.wordpress.com

PANDANGAN SAYA TERHADAP FITRAH

Continue reading

5 Umur Manusia

Saya masih terkial-kial mencari mood untuk menulis setelah seminggu memberi fokus yang maksima kepada projek yang hendak disiapkan.
Alhamdulillah hari ini ada sedikit kekuatan untuk menyambung penulisan saya.Sejak kebelakangan ini saya menghadapi masalah untuk copy and paste daripada word kepada wordpress.
Bila copy and paste, ada semacam script yang keluar. Saya pun tak tahu apa masalahnya. Jika anda ada solution tunjukkan saya! :-)
Pada 23/9/2008 sekali lagi saya memberi kuliah di CIAST. Saya bawakan tajuk umur manusia yang dipetik daripada buku Renungan Tentang Umur Manusia karangan ahli sufi Sayyid Abdullah bin Alwi Alhaddad  yang disunting oleh Hasanain M.Makhruf (mantan mufti mesir).

Buku ini telah diterbitkan pada Januari 1984.
Buku ini saya telah pinjam daripada bapa saudara saya di Johor. Saya hanya mengambil point2 penting dalam buku ini untuk disampaikan kepada pelajar CIAST dalam muka surat 21. Saudara boleh merujuk buku berkenaan.
Tajuk iaitu ialah 5 umur manusia.

Ada 5 umur manusia
Continue reading

Amalan di bulan Rejab

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas limpah dan inayahNya sehingga hari ini saya masih lagi dapat menulis di blog ini yang semakin hampir berusia 1 tahun pada 9/7/2008 nanti.

Sedar tidak sedar bulan Rejab datang lagi. Inilah yang menjadi perbezaan yang jelas antara ‘Ruh” bulan Qamariah (Hijriah) berbanding ‘Ruh’ di bulan Syamsiah (Masihi).

Bulan masihi tidak memberi pengertian yang cukup besar berbanding bulan Qamariah. Jika hari ini 5/7/2008 kita berpuasa adalah kerana sunat berpuasa pada 1 Rejab 2008.

Bulan masihi akan menjadi bermakna jika menuruti bulan Hijriah. ‘Ruh’ orang Islam dalam melipatgandakan amalan bersangkutan bulan Hijriah.

Antara amalan-amalan di bulan Rejab yang dianjurkan:

1. Perbanyakkan istighfar

2. Perbanyakkan puasa sunat dan amalan-amalan sunat yang lain

3. Perbanyakkan selawat

4. Perbanyakkan sedekah

Rasulullah SAW juga antara lain menganjurkan kita dengan bacaan doa “Ya Allah berkati kami di bulan rejab dan sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan!”

Di sisi mujahid, ada mujahidah…

Di sisi mujahid, ada mujahidah…. PDF Print E-mail
Written by Firdaus Shah
Monday, 19 November 2007

Oleh: Seruan

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

Jaminan Rezeki dan Tuntutan Untuk Bekerja

Allah SWT telah memberi jaminan rezeki kepada seluruh makhluk yang hidup di muka bumi. Allah SWT berfirnan:

Terjemahan : Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya (akhirat).

(Surah Hud 11 : 6)

Allah SWT telah menjadikan anugerah kebaikan kepada manusia sebagai salah satu di antara tanda ketuhanan Allah Yang Maha Memelihara.

Terjemahan : Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.

(Surah Ghafir 40:64)

Anugerah kenikmatan yang dilimpahkan Allah kepada manusia itu juga merupakan bukti kemuliaan manusia di sisi Allah. Firman Allah SWT :

Terjemahan : Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

(Surah al-Isra’ 17:70)

Namun sunatullah dan kebijaksanaan-Nya menentukan bahawa rezeki yang dijamin oleh-Nya itu tidak dapat diperolehi kecuali dengan usaha dan kerja serta dengan cara menjelajahi muka bumi yang luas untuk mencari kurnia Allah SWT :

Terjemahan : Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

(Surah al-Mulk 67:15)