Ramadhan dan Doa

berdoa selalu

Ikhwan dan akhawat seperjuangan, 

Ramadhan sudah berada pada fasa pertengahan iaitu nisfu ramadhan. Tidak lama lagi ummat Islam akan menyambut ulangtahun penurunan al-Quran pada 17 Ramadhan ini. Pelbagai cara ummat Islam menyambut ulangtahun penurunan al-Quran. Ada yang menangis sedih kerana teringatkan perjuangan Rasulullah SAW sepanjang penerimaan wahyu. Ada yang gembira kerana ummat manusia telah beroleh pertunjuk. Ada juga yang tidak peduli apa-apapun tentang sejarah ini. Ada yang lebih teruk menyambutnya dengan penuh kebencian dan sifat permusuhan. Ini kerana bagi mereka al-Quran diturunkan mengakibatkan perbalahan, kucar kacir dan permusuhan. 

Ikhwan dan akhawat seperjuangan, 

Ana menulis tajuk ‘Ramadhan & Doa’ kerana ingin mengesa semua ahli memastikan rutin harian kita berserta dengan doa. Ramadhan merupakan bulan yang amat sesuai untuk kita semua membiasakan diri dengan doa. Doa yang dibaca dengan penuh ikhlas akan membawa suatu ketenangan dan kedamaian. Doa juga akan membuatkan individu muslim sentiasa dalam ‘dizkruLlah’ dan selamat daripada gangguan dan godaan syaitan. Doa orang yang berpuasa merupakan salah satu doa yang dikabulkan oleh Allah SWT. 

Ikhwan dan akhawat seperjuangan, 

Di sini ana mengambil inisiatif menyusun doa-doa mengikut aturan aktiviti kita seharian agar boleh menjadi rujukan buat sahabat-sahabat semua. Ini kerana tidak berapa ramai di kalangan kita yang gemar memulakan sesuatu dengan doa. Doa ini saya susun bermula kita bangun daripada tidur sehingga kita tidur semula. Semoga usaha saya yang sedikit ini membantu sahabat-sahabat semua beramal dengan doa-doa ini. 

  1. Doa ketika bangun daripada tidur.
  2. Doa ketika ke tandas.
  3. Doa memakai pakaian.
  4. Doa melihat cermin.
  5. Doa ke masjid.
  6. Doa naik kenderaan.
  7. Doa memulakan pekerjaan.
  8. Doa sebelum tidur.

InsyaAllah saya akan menyambung semula tajuk ini dengan menyertakan doa-doa tersebut untuk menjadi amalan muslimin dan muslimat. Yang paling penting saya nak menyeru diri saya dan keluarga saya serta seluruh kaum muslimin khusunya yang mengelarkan dirinya ‘pejuang agama Allah’ kembali menjadikan doa sebagai suatu amalan harian.

Rujukan :

1. http://www.frim.gov.my/masjid/DOAGIF.HTM#DOA1

Advertisement

Ramadhan & Kemenangan!

Ramadhan al-MUbarak telah masuk ke pusingan yang ke-2. Yang disebut pusingan ke-2 ini ialah Allah SWT akan membuka seluas-luasnya pintu maghfirah (keampunan) kepada seluruh hambanya yang mukmin.  Di dalam sejarah perjuangan Islam, di dalam bulan ramadhan telah memahat kenangan yang manis bagi ummah Islam di seluruh dunia.Semalam 23/9/07 bersamaan 11 Ramadhan 1428H, aku sempat menghadiri satu kuliah yang disampaikan TG Abdul Hadi Awang di Shah Alam.

Antara yang ditekankan oleh TG ialah pengisian bulan Ramadhan dan sejarah kemengan ummah Islam di dalam bulan Ramadhan.Ramadhan telah menjadi satu sejarah kemengan ummah Islam dalam peperangan Badar. 313 orang Islam melawan 1000 orang kafir yang penuh dengan alat kelengkapan perang, sedangkan dipehak Islam tidak lengkap. Ada yang hanya bersenjatakan kayu sahaja.

Bila RAsulullah SAW bertanya “ Wahai sahabatku, yakinkan kalian semua untuk berlawan dengan pehak kuffar!” Sahabat-sahabat menjawab teruskan Ya Rasulullah! Kita tetap akan berlawan dengan mereka demi Islam yang tercinta!.Di pehak musuh diketuai oleh Abu Jahal. Abu Jahal menadah tangan sambil berdoa “ Ya Allah, kalahkan Muhammad dan tenteranya kerana mereka telah memperondak-perandakan silaturrahim” Doa Abu JAhal dengan kesungguhan. Di pehak Islam, Rasulullah SAW berdoa dengan doa “ Ya Allah, selamatkanlah kami kerananya andainya kami kalah tiada lagi yang akan mengabdi kepadaMU!” Doa NAbi Muhammad SAW penuh keyakinan kepada Allah SWT.Abu Jahal memohon kerana keduniaan semata-mata, sedangkan RAsulullah SAW memohon doa kerana membesarkan Allah al-Khalik.

Ketika pertembungan ini berlaku, jelas orang mukmin menang kerana keyakinan kepada Allah yang kuat.  Turunlah bantuan daripada Allah SWT membantu orang-orang mukmin.Badar telah berlalu, kita ummah Islam mesti mengambil ikhtibar daripada peperangan Badar ini untuk mencipta kemenangan kita! Kita mesti menang menawan hawa nafsu dan menang dalam melepaskan diri kita daripada api neraka Allah SWT dan menang dalam mendapat anugerah ‘taqwa’ selepas melalui madrasah dan training ramadhan! Ciptakan kemenangan untuk ramadhan tahun ini!

Ramdhan, al-Quran dan anak-anak anda!

Perbincangan saya masih lagi berkisar dengan ‘tarbiyahtul walad’ iaitu pendidikan anak-anak bersempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan al-Mubarak 1428H tahun ini akan menjadi ‘tuning point’ kepada seluruh ummah Islam di dunia yang berjumlah 1,902,095,000 (2000) untuk mendekatkan diri kepada Allah azzawajjala. ‘Tuning point’ yang saya maksudkan ialah titik perubahan yang menjadikan ummah Islam semakin mengenal Allah SWT.

Ramadhan juga merupakan medan tarbiah yang luas untuk anak-anak kita mendekatkan diri kepada al-Quran yang menjadi sumber utama aqidah kepada kita ummah Islam. Saya tertarik apabila melihat anak-anak kecil yang masih lingkungan 10-12 tahun ikut bertadarus bersama dengan saya selepas tarawikh. Bacaan mereka amat baik dan boleh menegur bacaan ‘orang-orang lama’. Saya agak malu kepada mereka kerana sewaktu di usia peringkat mereka saya masih lagi merangkak-rangkak untuk membaca al-Quran.

Sekarang ini saya sudah melatih aqidah dan tauhid anak saya melalui pembacaan al-Quran walaupun anak saya masih dalam kandungan. Saya dan isteri ingin anak saya sudah mengenal Allah SWT sejak dalam kandungan lagi. Itulah yang saya dan isteri memastikan tiga surah utama di baca iaitu al-luqman, maryam dan yusuf. Bukan untuk tujuan anak lahir menjadi cantik dhahir sahaja, bahkan cantik rohaninya juga.

Anak-anak yang dididik di bulan Ramadhan lebih lembut hatinya dan lebih mudah menerima nasihat dan teguran. Ramadhan adalah bulan yang menjadi rahsia kekuatan kepada ummah Islam jika kita mampu memahami dan mengisinya dengan bersungguh-sungguh. Pastikan al-Quran menjadi antara agenda yang utama anda, pasangan anda dan anak-anak anda walaupun masih dalam kandungan. InsyaAllah dengan usahan ini kita mampu membentuk generasi al-Quran yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Kunci Malam Lailatul Qadr

Saya menulis lagi dalam ruangan maya ini kerana desakan dan perasaan hati yang seolah-olah memaksa saya untuk terus menulis dan menulis. Banyak idea yang nak ditulis tetapi terpaksa juga memikirkan qualiti apa yang hendak ditulis dan kesannya kepada pembaca tulisan kita.

Tajuk “Kunci Malam Lailatul Qadr” saya pilih bersempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini. Bagi saya ramadhan al-mubarak tahun ini amat bermakna kerana tahun pertama berpuasa dengan isteri tersayang dan baby yang bakal dilahirkan bulan 2 tahun depan. Pernahkah anda berjumpa ataupun pernah merasai kehadiran malam ini? Apakah bezanya dengan malam-malam yang lain? Persoalan ini sudah terungkai melalui perbahasan para ulama’ dengan merujuk kepada al-Quran, hadith Rasulullah SAW, para sahabat dan pengalaman-pengalaman para waliyullah.

Perkara pertama yang menjadi aspek penting kepada kita mendapatkan “Kunci Malam Lailatul Qadr” ialah ‘iman’ yang yakin kepada Allah SWT. Iman yang yakin sepenuhnya kepada Khalik dengan sendirinya akan membawa seseorang tamu ramadhan di bawa menuju ke majlis “malam lailatul qadr”. Orang-orang yang beriman dengan penuh keyakinan akan dapat menghirup lazatnya malam lailatul qadr. Sedangkan orang yang kosong hatinya daripada ‘iman yang yakin’, mereka akan merasai lazatnya tidur di malam lailatul qadr.

Kuncinya juga ada dengan sifat taqwa. Taqwa iaitu ‘menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT’ dengan hati yang ikhlas dan bersih. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang menunjukkan kata kunci hasil daripada tarbiyyah Ramadhan ialah “taqwa”. Renungi jauh-jauh ke dalam diri kita setakat mana kita ingin meraih pangkat ‘taqwa’, sedangkan perintah dan larangan Allah SWT kita seringkali lalai.

Kunci yang seterusnya ialah taubat. Sepuluh malam pertama merupakan pembukaan pintu taubat kepada orang-orang yang beriman. Bagaimana kita ingin menggapai lailatul qadr, sedangkan hati dan jiwa penuh dengan dosa dan noda. Antara noda yang paling besar menggelapkan hati ialah ‘iman yang syak’ kepada Allah SWT. Masih ragu dengan kebesaran Allah SWT.

Kunci yang seterusnya ialah sentiasa berdoa dengan penuh keihklasan. “Ya Allah, aku hambaMu yang lemah ini amat merindui untuk meneguk kemanisan lailatul qadr. Ya Allah permudahkanku untuk bertemu denganNya”. Hanya yang benar-benar ikhlas nak memasuki majlis lailatul qadr sahaja yang akan mengecapinya dengan doa yang sentiasa dibacanya dengan sepenuh hati.

Kunci yang seterusnya ialah banyakkan Selawat kepada Rasulullah SAW. Dengan berkat selawat kepada Junjungan Besar ini akan mempermudahkan laluan kita untuk berjumpa lailatul Qadr. Cintailah Allah dan Rasulullah SAW dengan cinta yang hakiki dan anda pasti menikmatinya.

Tetamu Ramadhan

Selamat Datang Kepada Tamu Ramadhan. Ingatlah “Jika kamu beribadat kerana Ramadhan, apabila berlalunya ramadhan maka berlalulah juga segala amal yang dikau laksanakan dalam bulan Ramadhan. Jika kamu beribadat kerana Allah SWT, maka Allah SWT tetap akan ada sentiasa!”

Pendidikan Anak-Anak

 

1.0 Muqaddimah

Anak-anak yang dilahirkan oleh isteri kita merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telahdisebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :   al-anfal-28.jpg

 Maksudnya “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28) Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.  

 2.0 Bilakah pendidikan bermula ?

Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua-ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri. 

3.0 Rahsia Mendidik Anak-anak.

Di sini saya akan mengupas sedikit sebanyak rahsia mendidik anak-anak daripada pengalaman dan juga pemerhatian saya. Saya akan mengupasnya dengan sedikit ilmu yang ada pada saya melalui pembacaan, kuliah-kuliah, perbincangan dan sedikit pemerhatian. Mungkin ada sedikit kelemahan kerana ia tidak dibuktikan dengan sebarang kajian dan penyelidikan. Apapun saya ingin berkongsi dengan pembaca.  

3.1 Sentiasa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh

Berkaitan berdoa ini, kita sepatutnya mengambil contoh daripada doa Nabi Ibrahim AS. Ketika banginda berdoa dengan doa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi : as-shafaat-100.jpg   

Maksudnya “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”

[As-Shafaat :100] Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang berbunyi: as-shafaat-101.jpg   
Maksudnya : “Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101] Dan banyak lagi khazanah doa para nabi dan para waliyullah yang terkandung dalam al-Quran yang saya tidak letakkan dalam risalah ini. Doa merupakan rahsia utama kepada kunci berolehnya anak-anak yang soleh. Kepada ibu bapa dan bakal bergelar ibu bapa doa amat memainkan peranan utama jika anda bekehendak anak yang soleh dan solehah. Jadi sentiasalah amalkan doa sewaktu memilih pasangan hidup, ketika bersama dengan isteri ataupun suami dan dalam semua pekerjaan. Anda akan dapat tahu natijahnya. 

3.2 Memelihara pendengaran dan penglihatan anak-anak

Rahsia pertama ialah kita sebagai ibubapa mesti mengawasi penglihatan ataupun pandangan anak-anak dan pendengarannya sejak dalam kandungan dan selepas dilahirkan.Pandangan saya ini berpandukan satu firman Allah SWT yang berbunyi :   Maksudnya “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat Di dalam ayat-ayat al-Quran Allah SWT selalu mendahulukan “pendengaran” dan dipadankan dengan “penglihatan”. Jika diamati mengikut kajian sains semasa hari ini, semasa dalam kandungan, antara organ yang pertama terbentuk ialah telinga kemudian disusuli dengan mata. Telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.  Disebabkan itulah disunatkan kepada setiap bapa mengazankan anaknya disebelah telinga kanan dan diiqamahkan disebelah telinga kiri apabila anaknya dilahirkan. Inilah kunci pertama untuk memastikan pendengaran anaknya mendengar kebesaran Allah SWT apabila pertama kali keluar daripada perut bumi dan akan menjadi salah seorang penduduk bumi.  Setelah beberapa hari, bayi mula membuka matanya buat kali yang pertama. Alangkah indahnya jika sewaktu dia membuka mata buat kali pertama, matanya memandang kepada kebesaran Allah SWT. Saya terfikir untuk menunjukkan bayi saya jika lahir nanti dengan al-Quran. Agar kekal dalam ingatannya bahawa al-Quran menjadi panduannya. Jadi pada anggapan saya apa yang dilihat dan didengar buat kali pertama merupakan satu perkara yang besar bagi anak-anak. 

3.3 Mendidik anak-anak dengan penuh ikhlas

Seorang ibu dan seorang bapa semestinya menyambut bayi mereka dengan penuh kegembiraan dan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Tetapi sejak anaknya dalam kandungan, ibubapa mestilah ikhlas untuk mendidik anak-anak. 

3.4 Mengetahui tujuan manusia diciptakan dan dilahirkan

Pemahaman dan pengetahuan tujuan Khalik menciptakan manusia mestilah difahami dan dihadam oleh para ibubapa. Bagi pandangan saya, apabila ibubapa mengetahui tentang penciptaan manusia maka akan mempengaruhi cara kasih-sayang kepada anaknya. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia selain daripada mengabdi kepadaKu” Maknanya jelas di sini ialah tujuan penciptaan diri kita, anak kita dan keturunan yang mungkin tidak sempat kita temui masa yang akan datang ialah satu tujuan. Tujuannya ialah untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati.  Lantaran daripada kefahaman inilah seorang wanita di zaman Rasulullah SAW menangis apabila mengetahui masih ada anaknya yang tidak syahid dalam perang Jihad Fisabillillah. Inilah hati dan seorang ibu yang mempunyai aqal dipandu oleh wahyu bukan dipandu oleh nafsu.  

3.5 Memastikan sahabat karib anaknya 

4.0 Cabaran pendidikan anak-anak di zaman moden

Satu hal yang amat penting diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Hari ini, rangkaian television, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber ilmu pengetahuan kebanyakkannya tidak menjurus kepada ketaatan.

5.0 Penutup 

Betapa pentingnya kita mengetahui ilmu untuk mendidik anak-anak dan rahsia untuk mendapat keturunan yang sholeh dan sholehah. Hanya abdi mereka kepada Khalik semata.      

Rajin Membaca, Mendengar, Menulis dan Memberi Peringatan

eyes_lg.jpg 

Saat ini saya cuba menghabiskan buku yang bertajuk Falsafah Hidup yang telah dikarang oleh  Hj Abdul Malik K.A (HAMKA). Saya tersentuh membacanya pada muka yang ketujuh yang beliau catatkan kepada gurunya. Dengan membaca buku beliau juga, saya dapat menyelami dan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh penulisnya. Bila membaca buku yang ikhlas ditulis, saya merasakan seolah-olah penulisnya ada di hadapan saya dan membacakannya untuk saya.

Rajin membaca merupakan kata kunci utama dalam mendapat ilmu pengetahuan. Sebab itulah Allah SWT menurunkan kuncinya daripada wahyu yang pertama yang berbunyi “Iqra”. Wahyu ini mengambarkan  kepada kita Allah SWT telah menggesa hambaNya untuk membaca. Membaca dalam erti kata yang amat luas. Antaranya ialah membaca keadaan manusia sekarang, membaca apa erti ketuhananan dan membaca bagaimana mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apabila membaca surah al-insan saya terpukau dan menangis dengan firman Allah SWT yang berbunyi :

ayat dua al-insan    

 Maksudnya “Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?”

Dan apabila membaca ayat yang kedua seolah-olah jiwaku luruh dan berdengup kencang.

ayat-kedua-al-insan.jpg 

Maksudnya “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat”

Gunakan pendengaran kita untuk mendengar arahan dan larangan Allah SWT. Dan jadikanlah penglihatan untuk membaca ayat-ayat Allah SWT. Dan dua sumber ilmu ini iaitu pendengaran dan penglihatan disampaikan melalui percakapan, tulisan dan akhlak yang mewakili hasil kita menggunakan kedua-dua sumber ini. Lalu saya menyeru kepada semua pembaca budiman rajinlah membaca, rajinlah mendengar, rajinlah menulis dan rajinlah memberi peringatan! Semua ini terkandung dalam seruan Allah SWT yang menjadi kekuatan kepada saya yang berbunyi :

 ayat-kedua-al-mudatthir.jpg 

Maksudnya “Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)”

Bagaimana melahirkan generasi ubudiyyah kepada Allah SWT?

 I'am muslim

 Tajuk ini saya pilih untuk dituliskan dalam muqaddimah wordpress saya yang baru saya baru bina ini. Dalam setiap ucapan dan perkongsian saya dengan rakan-rakan jamaah, seringkali saya menyebut soal pembentukan baitul dakwah dan mewujudkan keturunan yang mewarisi ubudiyyah kepada Allah SWT. Soalnya bagaimanakah caranya kita semua pencinta Islam untuk memastikan generasi kita akan datang terus dan meningkatkan lagi mutu ubudiyyah kepada al-Khalik.

Sebagaimana Nabi Zakaria berdoa kepada Allah SWT ” Ya Allah, kurniakanlah daku waris yang meneruskan amanah ini”. Nabi Zakaria yang sudah tua dan isterinya juga mandul sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan kepada mereka zuriat yang soleh. Ini menunjukkan kepada kita bahawa pewaris kepada penerusan Ubudiyyah kepada Allah SWT amat dicintai oleh para nabi. Mereka memohon waris/anak bukan atas tujuan untuk dipertontonkan kepada manusia. Sebagaimana ujian yang Allah SWT berikan kepada Nabi Ayub. Semua anaknya meninggal dunia, tetapi Nabi Ayub gagah menghadapi ujian Allah SWT.

Nabi Adam dengan anaknya Habil dan Qabil. Nabi Nuh dengan anaknya yang degil mengikuti ajarannya. Nabi Ibrahim dengan anaknya, Nabi Ismail yang taat kepada Allah. Siti Fatimah anak kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW pula menjadi penyambung zuriat Banginda SAW. Jika diperhatikan dengan teliti, tujuan kita berumah tangga selain daripada menyelamatkan diri daripada fitnah nafsu, kahwin juga bertujuan untuk mewujudkan generasi yang Taat dan Patuh kepada Allah SWT.

Tajuk ini agaknya menjadi satu tajuk yang agak penting kepada yang inginkan keturunan yang soleh. Saya cuba menyambung dan memperpanjangkan tajuk ini dengan sentuhan dan tambahan pandangan saya. Pertamanya jika anda inginkan ana yang soleh, maka semestinya anda dan pasangan anda juga soleh. Kesolehan anda sedikit sebanyak akan memberi impak kepada keturunan anda.

Keduanya, tarbiah baby/anak berlaku semenjak waktu pemilihan pasangan lagi. Bagaimana memilih pasangan untuk mendapatkan zuriat amat penting. Jika kita memilih yang beragama maka kita akan selamat kerana dia akan menjadi ayah atau ibu yang mendidik anaknya nanti ke arah ketaatan kepada Allah SWT.

Ketiganya, tarbiah baby juga bermula apabila dalam kandungan ibunya. Jika mahu anaknya jadi tahfiz al-Quran dan penghafaz hadith, maka sayugia dengarkanlah bacaan al-Quran dan al-Hadith kepada si anak yang masih dalam kandungan. Ini kerana anak yang masih dalam kandungan amat sensitif dengan bunyi-bunyian di luar rahim ibunya. Sentiasa melafazkan kalimah syahadah kepada anak dalam kandungan kerana ianya memberi kesan yang baik kepada aqidah anaknya bila ia dilahirkan di muka bumi.

Keempatnya, kita kena memahami apakah tujuan mendapatkan anak? Adakah semata untuk dikasihi? Adakah setakat untuk menjadi pewaris keluarga kita? Bukan setakat itu sahaja, kita mestilah memandang ke hadapan mungkin sampai 250 juta tahun ke hadapan kalau belum kiamat. Siapakah yang akan meneruskan Ubudiyyah kepada Allah SWT kalau bukan keturunan kita akan datang.

Laman Web Baru Sempena Ramadhan

Countdown Ramadhan.

 Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Itulah istilah yang saya guna pakai dalam menyatakan perasaan hati menyambut bulan yang mulia Ramadhan al-Mubarak, penghulu segala bulan. Jika sambutan ulangtahun dan ulangtahun kemerdekaan disambut dengan laungan dan bunga api, bagaimana pula kita hendak menyambut Ramadhan?