Bagaimana melahirkan generasi ubudiyyah kepada Allah SWT?

 I'am muslim

 Tajuk ini saya pilih untuk dituliskan dalam muqaddimah wordpress saya yang baru saya baru bina ini. Dalam setiap ucapan dan perkongsian saya dengan rakan-rakan jamaah, seringkali saya menyebut soal pembentukan baitul dakwah dan mewujudkan keturunan yang mewarisi ubudiyyah kepada Allah SWT. Soalnya bagaimanakah caranya kita semua pencinta Islam untuk memastikan generasi kita akan datang terus dan meningkatkan lagi mutu ubudiyyah kepada al-Khalik.

Sebagaimana Nabi Zakaria berdoa kepada Allah SWT ” Ya Allah, kurniakanlah daku waris yang meneruskan amanah ini”. Nabi Zakaria yang sudah tua dan isterinya juga mandul sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan kepada mereka zuriat yang soleh. Ini menunjukkan kepada kita bahawa pewaris kepada penerusan Ubudiyyah kepada Allah SWT amat dicintai oleh para nabi. Mereka memohon waris/anak bukan atas tujuan untuk dipertontonkan kepada manusia. Sebagaimana ujian yang Allah SWT berikan kepada Nabi Ayub. Semua anaknya meninggal dunia, tetapi Nabi Ayub gagah menghadapi ujian Allah SWT.

Nabi Adam dengan anaknya Habil dan Qabil. Nabi Nuh dengan anaknya yang degil mengikuti ajarannya. Nabi Ibrahim dengan anaknya, Nabi Ismail yang taat kepada Allah. Siti Fatimah anak kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW pula menjadi penyambung zuriat Banginda SAW. Jika diperhatikan dengan teliti, tujuan kita berumah tangga selain daripada menyelamatkan diri daripada fitnah nafsu, kahwin juga bertujuan untuk mewujudkan generasi yang Taat dan Patuh kepada Allah SWT.

Tajuk ini agaknya menjadi satu tajuk yang agak penting kepada yang inginkan keturunan yang soleh. Saya cuba menyambung dan memperpanjangkan tajuk ini dengan sentuhan dan tambahan pandangan saya. Pertamanya jika anda inginkan ana yang soleh, maka semestinya anda dan pasangan anda juga soleh. Kesolehan anda sedikit sebanyak akan memberi impak kepada keturunan anda.

Keduanya, tarbiah baby/anak berlaku semenjak waktu pemilihan pasangan lagi. Bagaimana memilih pasangan untuk mendapatkan zuriat amat penting. Jika kita memilih yang beragama maka kita akan selamat kerana dia akan menjadi ayah atau ibu yang mendidik anaknya nanti ke arah ketaatan kepada Allah SWT.

Ketiganya, tarbiah baby juga bermula apabila dalam kandungan ibunya. Jika mahu anaknya jadi tahfiz al-Quran dan penghafaz hadith, maka sayugia dengarkanlah bacaan al-Quran dan al-Hadith kepada si anak yang masih dalam kandungan. Ini kerana anak yang masih dalam kandungan amat sensitif dengan bunyi-bunyian di luar rahim ibunya. Sentiasa melafazkan kalimah syahadah kepada anak dalam kandungan kerana ianya memberi kesan yang baik kepada aqidah anaknya bila ia dilahirkan di muka bumi.

Keempatnya, kita kena memahami apakah tujuan mendapatkan anak? Adakah semata untuk dikasihi? Adakah setakat untuk menjadi pewaris keluarga kita? Bukan setakat itu sahaja, kita mestilah memandang ke hadapan mungkin sampai 250 juta tahun ke hadapan kalau belum kiamat. Siapakah yang akan meneruskan Ubudiyyah kepada Allah SWT kalau bukan keturunan kita akan datang.

6 thoughts on “Bagaimana melahirkan generasi ubudiyyah kepada Allah SWT?

  1. To along,

    sebenarnya saya tertarik dengan cover dihadapannya yang menunjukkan seorang budak berkopiah. Kenapa tak setuju ke saya letak gambar nie?

  2. oh. igtkan ada apa2 maksud tersirat dengan buku tu. either nak promo or nak anti-. penah bace tak buku tu? kalo saya, mmg x suggest sesiapa baca kecuali org yg dah faham 🙂

  3. To along, saya sebenarnya tertarik dengan covernya, tapi setelah kenal dan tengok gambar penulisnya…..alamak! Kat dalam dia pun rasanya banyak berkaitan dengan pengalaman dan pandangan suara hati penulis. Sebagai da’ie, buku ini boleh menjadi rujukan kita memandangkan ramai yang berfikiran seperti penulis buku ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s