Rajin Membaca, Mendengar, Menulis dan Memberi Peringatan

eyes_lg.jpg 

Saat ini saya cuba menghabiskan buku yang bertajuk Falsafah Hidup yang telah dikarang oleh  Hj Abdul Malik K.A (HAMKA). Saya tersentuh membacanya pada muka yang ketujuh yang beliau catatkan kepada gurunya. Dengan membaca buku beliau juga, saya dapat menyelami dan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh penulisnya. Bila membaca buku yang ikhlas ditulis, saya merasakan seolah-olah penulisnya ada di hadapan saya dan membacakannya untuk saya.

Rajin membaca merupakan kata kunci utama dalam mendapat ilmu pengetahuan. Sebab itulah Allah SWT menurunkan kuncinya daripada wahyu yang pertama yang berbunyi “Iqra”. Wahyu ini mengambarkan  kepada kita Allah SWT telah menggesa hambaNya untuk membaca. Membaca dalam erti kata yang amat luas. Antaranya ialah membaca keadaan manusia sekarang, membaca apa erti ketuhananan dan membaca bagaimana mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apabila membaca surah al-insan saya terpukau dan menangis dengan firman Allah SWT yang berbunyi :

ayat dua al-insan    

 Maksudnya “Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?”

Dan apabila membaca ayat yang kedua seolah-olah jiwaku luruh dan berdengup kencang.

ayat-kedua-al-insan.jpg 

Maksudnya “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat”

Gunakan pendengaran kita untuk mendengar arahan dan larangan Allah SWT. Dan jadikanlah penglihatan untuk membaca ayat-ayat Allah SWT. Dan dua sumber ilmu ini iaitu pendengaran dan penglihatan disampaikan melalui percakapan, tulisan dan akhlak yang mewakili hasil kita menggunakan kedua-dua sumber ini. Lalu saya menyeru kepada semua pembaca budiman rajinlah membaca, rajinlah mendengar, rajinlah menulis dan rajinlah memberi peringatan! Semua ini terkandung dalam seruan Allah SWT yang menjadi kekuatan kepada saya yang berbunyi :

 ayat-kedua-al-mudatthir.jpg 

Maksudnya “Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s