Kunci Malam Lailatul Qadr

Saya menulis lagi dalam ruangan maya ini kerana desakan dan perasaan hati yang seolah-olah memaksa saya untuk terus menulis dan menulis. Banyak idea yang nak ditulis tetapi terpaksa juga memikirkan qualiti apa yang hendak ditulis dan kesannya kepada pembaca tulisan kita.

Tajuk “Kunci Malam Lailatul Qadr” saya pilih bersempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini. Bagi saya ramadhan al-mubarak tahun ini amat bermakna kerana tahun pertama berpuasa dengan isteri tersayang dan baby yang bakal dilahirkan bulan 2 tahun depan. Pernahkah anda berjumpa ataupun pernah merasai kehadiran malam ini? Apakah bezanya dengan malam-malam yang lain? Persoalan ini sudah terungkai melalui perbahasan para ulama’ dengan merujuk kepada al-Quran, hadith Rasulullah SAW, para sahabat dan pengalaman-pengalaman para waliyullah.

Perkara pertama yang menjadi aspek penting kepada kita mendapatkan “Kunci Malam Lailatul Qadr” ialah ‘iman’ yang yakin kepada Allah SWT. Iman yang yakin sepenuhnya kepada Khalik dengan sendirinya akan membawa seseorang tamu ramadhan di bawa menuju ke majlis “malam lailatul qadr”. Orang-orang yang beriman dengan penuh keyakinan akan dapat menghirup lazatnya malam lailatul qadr. Sedangkan orang yang kosong hatinya daripada ‘iman yang yakin’, mereka akan merasai lazatnya tidur di malam lailatul qadr.

Kuncinya juga ada dengan sifat taqwa. Taqwa iaitu ‘menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT’ dengan hati yang ikhlas dan bersih. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang menunjukkan kata kunci hasil daripada tarbiyyah Ramadhan ialah “taqwa”. Renungi jauh-jauh ke dalam diri kita setakat mana kita ingin meraih pangkat ‘taqwa’, sedangkan perintah dan larangan Allah SWT kita seringkali lalai.

Kunci yang seterusnya ialah taubat. Sepuluh malam pertama merupakan pembukaan pintu taubat kepada orang-orang yang beriman. Bagaimana kita ingin menggapai lailatul qadr, sedangkan hati dan jiwa penuh dengan dosa dan noda. Antara noda yang paling besar menggelapkan hati ialah ‘iman yang syak’ kepada Allah SWT. Masih ragu dengan kebesaran Allah SWT.

Kunci yang seterusnya ialah sentiasa berdoa dengan penuh keihklasan. “Ya Allah, aku hambaMu yang lemah ini amat merindui untuk meneguk kemanisan lailatul qadr. Ya Allah permudahkanku untuk bertemu denganNya”. Hanya yang benar-benar ikhlas nak memasuki majlis lailatul qadr sahaja yang akan mengecapinya dengan doa yang sentiasa dibacanya dengan sepenuh hati.

Kunci yang seterusnya ialah banyakkan Selawat kepada Rasulullah SAW. Dengan berkat selawat kepada Junjungan Besar ini akan mempermudahkan laluan kita untuk berjumpa lailatul Qadr. Cintailah Allah dan Rasulullah SAW dengan cinta yang hakiki dan anda pasti menikmatinya.

2 thoughts on “Kunci Malam Lailatul Qadr

  1. teringat semasa kecil2, orang2 tua kata, kalo jumpa ‘LailatulQadar’, semua yg dihajati akan dipenuhi. sebagai budak2, menanti bertemu ‘LailatulQadar’ utk mintak jadi pandai🙂

    lewat kedewasaan, perlu ‘meminta’ utk bertemu LailatulQadar, via kunci2 yg disebutkan.

    Maha Besar Allah menyembunyikan malam itu dalam bulan ini, hingga mewujudkan pesta ibadah yg jarang dilihat di bulan lain. semoga apa yg dilaksanakan di bulan Ramadhan, menjadi batu loncatan utk beristiqamah sepanjang tahun, tidak hanya di bulan Ramadhan sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s