Surau, Masjid dan Perangai Orang selepas Ramadhan

makkah.jpg 

Ikhwan & Akhawat, Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah SWT masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Dapat lagi menghirup kemanisan iman dan Islam di bulan Syawal 1428H. Mungkin Syawal ini adalah terakhir buat saya ataupun anda pembaca budiman.  Namun, banyakkanlah bedoa mudah-mudahan kita masih lagi menjadi tamu Allah SWT di bulan Ramadhan tahun hadapan. 

Ikhwan & Akhawat, Tersentuh dengan suasana surau, masjid dan perangai orang selepas Ramadhan, lantas jari-jemari saya rancak menulis sesuatu. Menulis untuk menyampaikan hasrat hati dan perasaan yang terbuku di hati. Bermula dengan hari Raya pertama, selepas solat sunat Hari Raya Idulfitri, surau dan masjid kembali lengang daripada jamaah solat. Masuk waktu maghrib dan isyak, tiada lagi kelibat-kelibat jamaah yang biasanya dapat dilihat di bulan Ramadhan. Kemanakah mereka pergi? Mungkin kita boleh menjawab mereka sudah balik kampung dan sebagainya. 

Ikhwan & Akhawat, Oklah alasan yang di atas mungkin  ada relevennya. Kita tunggu sampai semua balik memulakan kerja semula. Sewaktu hari pertama saya sampai ke apartment daripada kelantan, waktu maghrib baru sahaja masuk. Saya terus mengajak isteri untuk solat berjemaah di surau. Selepas melaungkan azan maghrib saya pun menunggu kehadiran jamaah lain. Nampaknya tak berapa ramai yang sudi hadir mengadap Allah SWT di surau. Keadaan ini berterusan sampailah ke waktu sekarang. Jamaah yang biasa turun surau waktu bulan Ramadhan dan jarang-jarang nampak, apatah lagi yang waktu bulan Ramadhan pun tak pernah nampak batang hidung. 

Ikhwan & Akhawat,Suasana ini seoalah-olah menjadi fenomena biasa setiap tahun. Mungkin ada yang memberi hujjah…”Tu pun alhamdulillah…bulan Ramadhan depa dapat mengimarahkan surau dan masjid…daripada tak turun langsung”..Ada jawapan sebahagian ahli jamaah apabila kita berbincang permasalahan ini. Tanpa disedari kita telah terlupa bahawa tujuan tarbiah Ramadhan ialah melahirkan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Apabila selepas Ramadhan, kita dah mula malas nak solat, apatah lagi solat berjemaah. Makan dah mula tak terkawal. Mata dan segala aggota badan dan mengganas membuat maksiat. Inikah natijah daripada tarbiah Ramadhan? 

Ikhwan & Akhawat,Sifir saya mudah. Antara ciri-ciri orang yang berjaya dalam tarbiah Ramadhan ialah sentiasa dan kekal solat berjamaah, kekal mengeluarkan sedekah, kekal menjaga makan dan minum, kekal mengawal anggota badan daripada melakukan maksiat. Dalam erti kata lain mereka telah beroleh ‘taqwa’ iaitu melaksanakan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangannya. Bersyukurlah jika anda salah seorang daripada mereka ini! 

Ikhwan & Akhawat,Tidak cukup sahaja kita berbangga dengan diri kita sahaja yang berjaya melalui tarbiah Ramadhan, tetapi isteri, anak-anak kita, jiran-jiran kita dan kenalan kita masih lagi berada di takuk lama. Masih lagi mempunyai sikap seperti orang kebanyakan. Habis aje Ramadhan, dah mula bertukar watak dan wajah. Pagi nie saya berkesempatan untuk menonton di TV3. Ada seorang pengacara yang biasa ‘handle’ program di waktu pagi. Di bulan Ramadhan bukan main baik lagi bertudung litup. Dalam hati saya, alhamdulillah pengacara ni dah berubah. Mudah-mudahan menjadi contoh buat yang lain. Tapi alih-alih lepas ramadhan, dah tak pakai tudung. Sedih rasanya hati…di Turki, walaupun wanita Islam ditekan jika memakia tudung, namun mereka bersemangat mempertahankan hak mereka untuk memakai tudung. Tapi keadaan sebaliknya di Malaysia..pemakaian tudung seolah-olah dipakai untuk majlis-majlis ugama dan bila tiba bulan Ramadhan sahaja. 

Ikhwan & Akhawat,Saya menulis bukan sekadar menulis. Saya menulis untuk memastikan saya mengajak anda semua pembaca mengubah sikap ini dan menggiatkan usaha dakwah bagi menyelamatkan keluarga, jiran dan kenalan kita daripada sentuhan api neraka Allah SWT. Jika tidak boleh gembira bila kita dah berjaya menjadi orang yang baik, tetapi keluarga, jiran tetangga dan kenalan kita masih lagi mengikut hawa nafsu. Kelak mereka inilah yang akan merosakkan generasi kita yang akan datang. Ikhwan & Akhawat,Kesimpulannya, ayulah para duat semua kita berganding bahu menyeru manusia kembali kepada Allah SWT secara sepenunhya dengan ikhlas hati kita. Mudah-mudahan usaha kita ini menjadi satu cetusan perubahan kepada masyarakat untuk membentuk “Negara Islam” yang diredhai Allah SWT.

2 thoughts on “Surau, Masjid dan Perangai Orang selepas Ramadhan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s