Kisah Kaisara Pertaruhkan Ajaran Islam

Dukacita saya apabila membaca statement seorang artis baru kita yang telah berjaya dikaderkan oleh pihak-pihak tertentu. Sila baca statement di bawah yang saya petik dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31/10/07. Warna gelap merupakan statement artis tersebut dan warna merah merupakan ulasan saya:

Sari Yanti, 23, yang melakonkan watak utama sebagai Kaisara berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk melakonkan watak itu biarpun terpaksa bertudung.

Ulasan : Perkataan “terpaksa” yang ditulis oleh ABD. AZIZ ITAR dalam laporannya menunjukkan bahawa tudung yang dipakai oleh artis tersebut adalah “terpaksa” bukan kerana menurut perintah Allah SWT. Artis tersebut terpaksa memakai tudung sepanjang drama yang dilakonkannya kerana dipaksa oleh Pengarah!

Imej

Kata Sari, cabaran melakonkan watak Kaisara ialah untuk memberi imej positif terhadap pelajar wanita yang bertudung bahawa mereka juga boleh aktif dengan melakukan pelbagai aktiviti seperi kokurikulum di sekolah.

Ulasan : Bukan imej positif yang di bawa bahkan suatu imej yang teramat negatif. Pelajar wanita boleh bertudung di sekolah (kerana dipaksa oleh guru) dan tak payah bertudung di luar rumah atau sekolah (kerana tiada yang memaksa mereka). Ini memberikan kecelaruan yang mencelarukan kepada semua pelajar sekolah.

“Walaupun di luar lokasi saya tidak bertudung tetapi saya tidak terasa janggal apabila melakonkan watak Kaisara yang bertudung.

Ulasan : Sepatutnya merasa janggal bila diarahkan supaya tidak memakai tudung dalam drama kerana sentiasa memakai tudung di luar drama. Dan sepatutnya dia terus mengekalkan identiti bertudung di luar dan di dalam drama. Suatu lagi imej negatif yang dibawa!

“Watak yang saya lakonkan itu merupakan seorang pelajar yang baik kerana dia suka memberi nasihat kepada kawan-kawannya.

“Kaisara membuktikan bahawa bertudung tidak menghalangnya aktif seperti remaja-remaja lain yang tidak bertudung,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Ulasan : Apabila melihat iklan drama ‘Kaisara’, tertarik bila melihat seorang gadis berpakaian tudung. Harap-harap memang bertudung di luar dan di dalam drama. Tup-tup rupanya begini kisahnya. Ayulah umara dan ulama’ sedarkah kita bahawa anak-anak bangsa kita dalam krisis aqidah dan akhlak yang berada di paras yang merbahaya. Ingatlah bahawa kalian dan saya sendiri yang menulis ini juga akan dipersoalkan nanti jika ‘artis-artis’ kita tidak berada di jalan yang lurus!

Dipetik daripada Akhbar berita Utusan Online/31-10-07

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

4 thoughts on “Kisah Kaisara Pertaruhkan Ajaran Islam

  1. assalamualaikum

    lama ‘cuti’ dari alam online, skg baru berpeluang ke sini semula.

    saya menanti kemunculan seorang produser Islam yg menerbitkan filem/drama tentang kehidupan orang Islam yg Islami lagi mengislahkan, yg dilakonkan oleh pelakon2 Islam yg benar2 islam, bukan terpaksa menjadi Islam dalam cerita.
    🙂

  2. Waalaikumussalam

    Terima kasih atas kunjungan along. Filem sememangnya memainkan peranan besar dalam abad moden ini. Filem boleh mempengaruhi gaya pemikiran dan tindakan sesuatu ummah dan bangsa. Cuma yang sedihnya kebanyakkan filem di negara kita hari ini lebih menjurus kepada hiburan semata. Keadaan ini menyebabkan minda dan cara berfikir Ummah Islam begitu lemah. Alhamdulillah, kat astro dan diwujudkan satu channel 106 OASIS yang boleh menjadi alternatif kepada hiburan Islam.

  3. sungguh betul bagai dikata. tp sedihnya (dr pengalaman lepas2) bila filem2 ttg keislaman, kebanyakannya menonjolkan ‘mereka2 yg lslam ni adalah extremis & fanatik yg xmasuk akal’ i.e. filem pompuan mlayu terakhir. & kebanyakan drama2 pn mcm nk bgtau ‘berislam sikit2 je la…. xpayah nk teruk2 sgt’.

    citer2 skg ni mostly citer2 kosong utk hiburan semata2 + mengajar budak2 ttg kebebasan yg tahpaper….

  4. To Along,
    Itulah hakikat hiburan kita di Malaysia, Hiburan telah dijadikan matlamat bukan sebagai sampingan. Sebagaimana ulasa Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya mengulas, semua sistem mestilah tunduk kepada Allah SWT. Semua sistem termasuk politik, sosial, ekonomi, sukan, hiburan dan semua aspek mesti sujud dan patuh kepada Allah SWT sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.

    Walaupun ‘jelek’ dan ‘mual’ dengan filem2 sekarang, tak dapat tidak kita seorang da’ie memerhati dan meneliti ‘side effect’ filem-filem ini dalam masyarakat khususnya diri kita sendiri dan anak-anak dalam jagaan kita. Sudah sampai masanya semua penggerak Islam bersatu untuk menyediakan hiburan alternatif kepada ummah Islam! Cuba kita sama fikir-fikirkan bagaimana….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s