‘Islam’ yang tak ISLAM

Pembaca yang berfikir, 

Syukur kepada Allah SWT hari ini dapat lagi saya mengadap laptop untuk menulis apa yang bermain dalam fikiran. Tadi, selepas solat dhuha sempat berbual dan berdiskusi dengan seorang sahabat sekerja. Bincang-bincang pasal perhimpunan 10nov/100k di ibu negara. Macam-macam kami borak.

 Pembaca yang mendengar,

Tengah-tengah kami berbual dan berbincang, terlintas dalam kepala saya untuk menulis perkara bertajuk ‘Islam’ yang tak Islam. Saya akan cuba huraikan tajuk ini dengan rapi dan tersusun agar semua dapat memahaminya dengan tepat dan sampai maksudnya. ‘Islam’ yang tak Islam ini saya tujukan kepada semua orang yang mengaku Islam, tapi bila diajukan untuk melaksanakan Islam yang sempurna dia menolak! Pada masa yang sama masih lagi mengatakan dirinya Islam! Tak tahu malu!

 Pembaca yang bijak,

Senario dunia Islam hari ini dipenuhi dengan ‘Islam’ yang tak Islam. Mendabik dada ingin mempertahankan Islam, walhal pada masa yang sama menentang Islam. Saudara pembaca semua, adakah kita termasuk dalam golongan ini? Tepuk Dada, tanyalah Iman! Jadilah kita orang yang Islam yang ber’iman’ yang sebenar-benar Iman. Melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Bila kita buat semua ini kita naik ke satu pangkat iaitu taqwa.

Pembaca yang rajin berfikir,

Islam yang kita anuti ini adakah merupakan kebenaran? Persoalan ini jika dibahas, dijawab, diperhalusi, dikaji, diperbincangkan barulah kita boleh buat satu kesimpulan. Islam adalah merupakan kebenaran yang hakiki. Bagaimana nak mengesahkan Islam itu benar? Gunakanlah akal dan fikiran kita untuk berfikir. Jangan kita jadi Islam bertaklid buta semata-mata tanpa berdalil dan berfikir. Bila menghadapi permasalahan yang besar, ada yang sanggup bertukar ke ‘cara hidup’ yang lain! Orang jenis  inilah yang sebelum ini mendabik dia Islam walhal dia masih belum Islam! Fikir-fikirkanlah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s