Manusia Mudah Lupa

 al-Quran

Saya masih teringat kata-kata seorang bekas perdana menteri kita suatu masa dulu. Kata-katanya “Melayu Mudah Lupa”. Saya ingin mengutarakan satu penyataan yang lebih luas dari itu “Manusia Mudah Lupa”. Jika diperhatikan daripada segi bahasa Arab. Perkataan ‘nasia’ yang membawa makna lupa. Perkataan “Manusia” juga berkait rapat dengan istilah bahasa Arab yang membawa makna lupa.

Manusia sebenarnya mudah lupa. Sebab itulah Allah SWT mengutuskan para nabi (pemberita), rasul (utusan) kepada manusia seluruhnya. Tugas para nabi dan rasul menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Setiap zaman Allah SWT pasti akan mengutuskan seseorang untuk memperingatkan manusia supaya menyembah Allah SWT dengan sebenar-benar Ubudiyyah.

Semenjak manusia diciptakan oleh Allah SWT, manusia mudah lupa segala soal jawab yang telah Allah SWT utarakan kepada mereka di alam malakut. Allah SWT telah bersoal jawab dengan roh “Siapakah Tuhan kamu?” Semua roh bersaksi bahawa Allah SWT sebagai Rab. Tetapi setelah mereka diberi peluang untuk diuji di bumi. Ramai yang terlupa perjanjian tersebut. Ramai yang dah tak ingat. Maka Allah SWT utuskan tukang-tukang peringat.

Ada sebahagian yang mendengar apa yang diperingatkan oleh para utusan ALlah SWT, bahkan ada pula yang menentang dengan bersungguh-sungguh. Mereka lupa mereka pernah berjanji kepada ALlah SWT mereka akan tetap patuh kepada perintah Allah SWT jika berada di dunia nanti.

Selain itu juga Allah SWT sentiasa memperingatkan manusia melalui lidah para anbiya’ dan mursalin bahawa selepas mati nanti akan ada hari pembalasan. Membalas segala amal baik dan amal jahat. Peringatan ini penting kerana manusia mudah lupa. Bila mendengar perkhabaran ini, manusia terpecah kepada dua golongan. Pertama beriman dan kedua engkar. Berbahagialah yang beriman dan celakalah yang engkar.

Utusan terakhir ialah Baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda diutuskan untuk menyampaikan dakwah Islam ke pelusuk alam. Baginda sudah wafat, namun peringatan Allah SWT terkandung dalam al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat yang besar kepada ummah Nabi Muhammad SAW. Beruntunglah orang-orang yang mendengar dan taat kepada segala peringatan ALlah SWT dalam al-Quran. 

One thought on “Manusia Mudah Lupa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s