Syukur yang dilupakan!

 syukur & sujud

Kebanyakan manusia hari ini tidak sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Kebanyakan antara orang Islam hari ini terlepas pandang dan tidak mahu berfikir! Atau sememangnya malas berfikir! Nikmat Allah SWT dilihat dalam skop yang amat kecil dalam kehidupan. Hari ini kita majoritinya memandang duit/keuntungan/material itulah rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Apabila mendapat gaji RM 5,000 setiap bulan maka semua mendabik dada tengoklah Allah SWT telah mengurniakan rezeki yang melimpah pada aku.

Tetapi bila dirundung masalah seperti excident, sakit, kehilangan wang, dan masalah-masalah lain kita dah mula lupakan Allah SWT. Mula nak marah itu dan ini. Menyumpah itu dan ini. Atau paling lembut ada yang menyebut “Dah Takda rezeki nak buat macamana!”.  Kefahaman ini sudah lama diwarisi turun temurun dalam masyarakat Melayu Islam (MI). Akibat kedangkalan ilmu dan kemalasan mengkaji apakah itu makna rezki, cara berfikir kita kebanyakan salah dan mengelirukan.

Apabila kita memahami apa itu rezeki, barulah kita akan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dalam apa-apa keadaan dan situasi. Tidak kira situasi menyedihkan, mengembirakan, menakutkan, menggerunkan, susah, payah dan sebagainya kita tetap dalam golongan orang yang bersyukur. Itulah salah satu tulisan saya ” Manusia Mudah Lupa” menggambarkan betapa kita terlupa akan segala nikmat dan rezeki Allah SWT kepada kita setiap detik dan setiap saat.

Pembaca budiman semua, kenapa kita kena bersyukur kepada Allah SWT dalam setiap detik dan setiap apa-apa situasi? Saya mengajak anda berfikir satu perkara. Siapakah yang memberi supply oksigen di muka bumi ini yang sentiasa ada dan berterusan. Yang kita sedut hari-hari dan setiap masa? Siapakah yang menghidupkan kita daripada tidur? Siapakah yang menjadikan kita daripada tiada? Siapakah yang memelihara kita? Siapakah yang menciptakan tempat kita berpijak ini? Siapakah yang menjadikan alam semesta yang begitu tersusun ini?

Jika persoalan-persolan ini sentiasa berada dalam fikiran kita, kita tidak mudah merasa kecewa dan marah jika sesuatu masalah merundung kita. Apabila kita juga dapat menjawab soalan ini, kita juga akan tergolong dalam orang-orang yang sentiasa bersyukur dalam setiap saat dan setiap nafas. Tiada masa untuk tidak bersyukur! Itukah orang berjaya daripada kalangan anbiya, mursalin, sahabat, tabi’in dan orang-orang yang sholeh. Kita di mana?

2 thoughts on “Syukur yang dilupakan!

  1. hmm… mmg sudah sifat manusia dilahirkan dgn keadaan berkeluh-kesah lagi tergesa2. bila mengusahakan sesuatu, mengharapkan hasil yg esok. apabila esok masih belum ada hasil, mula la berasa tidak seronok dan gelisah.

    betul, mmg kita selalu salahtafsirkan rezeki itu bagaimana. bila benda yg menggembirakan, menyeronokkan, itulah rezeki. dan bila dikurniakan rezeki, maka org itu dikasihi Allah. bila kita tak dapat apa yg dihajati, maka tiada rezeki & Allah ‘tak kasih’ pd kita.

    sedangkan kita yg asyik lupa nak berterima kasih atas apa yg kita ada. kehidupan, iman, pekerjaan, etc.

    bila kita tak dapat apa yg kita nak, sebenarnya kita tak dapat apa yg kita taknak. syukur pada Allah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s