Kembalilah Pada Al-Quran, Ikutilah Rasulullah!

 

Semua manusia mempunyai keinginan masing-masing yang ingin dicapai dalam hidup. Semua manusia juga ada perasaan kasih dan rindu yang merupakan fitrah kejadian manusia. Sejahat-jahat manusia manapun, mesti ada perasaan kasih dan rindu. Tak boleh dinafikan lagi.

Semalam dalam kuliah tafsir saya di surau Apartment Delima, saya mengingatkan kepada semua jamaah agar kasih kepada al-Quran dan rindulah kepada Rasulullah SAW. Kasih kepada al-Quran dalam erti kata yang sebenar. Bukan sekadar menghormati al-quran dalam bentuk “buku” tetapi melepasi kepada menghormati dan mengamalkan segala isi kandungan dalam al-Quran. Bukan sekadar membacanya, tetapi mesti mempertingkatkan kecintaan kita dengan cuba memhaminya dan melaksanakan tuntutannya.

Al-Quran jika hanya dipandang sebagai “buku”, maka kita akan menjadikan ianya sebagai salah satu perhiasan dalam rumah semata-mata. Cuma apabila ada majlis kematian, yasin, tahlil, majlis khatam al-Quran barulah al-Quran akan dipegang dan dibaca. Kebanyakan antara kita khusunya Melayu Islam (MI), lebih seronok mendengar bacaan yang sedap daripada seronok mendengar tafsir dan makna al-Quran.

Al-Quran juga merupakan warisan Rasullah SAW kepada ummahnya. Warisan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan. Warisan yang lebih bernilai daripada semua warisan yang ada di atas muka bumi yang wajib dijaga dan diamalkan. Jika kita begitu kasih dan sayang pada benda-benda yang diwariskan oleh ibubapa kita yang sudah mati misalnya seperti cincin, keris, pakaian dan lain-lain lagi kita pasti menjaganya dengan kemas dan teliti kerana bukan pada harga benda tersebut tetapi kepada nilai disebalik benda tersebut

Inikah lagi al-Quran, merupakan waris daripada Rasulullah SAW kepada kita semua. Menjadi kewajipan kita menjaga dan melaksanakannya dengan sepenuh hati. Menjadi kewajipan kita untuk berjuang untuk menjadikan segala isi kandungannya itu terlaksana secara syamil.

Saya mengajak jamaah surau supaya kasih kepada al-Quran dan mengingati semula perit jerih Rasulullah SAW dalam memperjuangkan isi kandungan al-Quran. Jika al-Quran diturunkan kepada Baginda hanya semata-mata untuk dibaca tanpa mengamalkannya pastilah tiada penentangan yang keras daripada kafir Quraisy.

Sejarah panjang perjuangan Rasulullah SAW menempuh pelbagai ujian dan dugaan akhirnya diberi kemenangan oleh Allah SWT. Perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam mendaulatkan Islam dipersada dunia sewajibnya menjadi ikutan kita semua. Aku mencintai dan merinduimu Ya Rasulullah SAW. Semoga usahaku yang sedikit ini menjadi sebabku mendapaat syafaatmu di Mahsyar Kelak!

One thought on “Kembalilah Pada Al-Quran, Ikutilah Rasulullah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s