Kecelaruan Identiti & Matlamat Hidup

 Hidup ini mesti diteruskan lagi untuk beribadah kepada Allah SWT. Namun dalam meniti kehidupan yang mencabar ini, seringkali kita terkeliru dengan identiti kita sendiri. Kira terkeliru antara identiti bangsa dan identiti Islam itu sendiri. Kecelaruan dan kekeliruan ini jelas apabila kita meneropong ke arah masyarakat kita khususnya bangsa Melayu.

Kita bangsa Melayu pernah membentuk kerajaan yang kuat suatu masa dulu iaitu kerajaan Islam Melaka. Bangsa kita dulu pernah melalui zaman gelap aqidah asas pegangan. Bangsa kita suatu masa dulu ada yang menyembah pokok, percaya yang karut-marut dan terdedah kepada ajaran Hindu.

Sebagaimana bangsa Arab begitu ketara perubahannya selepas menerima Islam, begitulah juga kepada bangsa Melayu. Bangsa kita sepantas menjadi kuat dan dikenali dunia apabila Islam mula menjadi cara hidup raja-raja dan rakyat. Kesan Islam terhadap bangsa Melayu tidak dapat dinafikan lagi. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besar perkara.

Hari ini bangsa Melayu sudah hilang idennti Melayunya. Identiti Melayu tidak dapat dipertahankan lagi akibat pengaruh yang kuat daripada bangsa Eropah yang telah menjajah begitu lama di Tanah Melayu. Namun perlu diingat Islam tidak pernah hilang identitinya dan ruhnya. Bangsa Eropah mungkin boleh melenyapkan budaya Melayu, tetapi tidak sekali-kali ajaran dan cara hidup Islam. Ini kerana Islam yang terkadung ajarannya dalam al-Quran tidak akan lenyap dimuka bumi ini.

Melayu lemah apabila agama Islam tidak menjadi teras utama cara hidup masyarakat hari ini. Kita bangsa Melayu mula menjadikan ‘ajaran Barat’ sebagai teras kehidupan masyarakat. Antara yang jelas kita boleh dapati hasil daripada ajaran Barat ialah menjadikan hiburan sebagai matlamat. Lainnya ialah kebebasan yang tidak dibatasi dengan peraturan Ilahi. Hukuman tidak lagi dihukumkan dengan hukuman al-Quran.

Bila kita bangsa Melayu celaru dalam mencari identiti sudah tentulah memberi impak kepada matlamat dan hala tuju masyarakat kita hari ini. Bangsa manakah yang ingin kita jadikan sebagai contoh tauladan? Bangsa China? Bangsa Barat? Bangsa Arab? Ataupun bangsa-bangsa yang lain? Bangsa Arab sendiri suatu hari dulu begitu gah kerana mereka menjadikan Islam sebagai teras utama dalam semua aspek kehiudpan. Tetapi hari ini suatu bala yang besar kerana Islam tidak lagi dijadikan teras utama.

Akhirnya, kita pemuda-pemuda bangsa Melayu harus menyedari hakikat ini. Bangsa kita tidak akan berjaya tanpa kita tidak menjadikan Islam sebagai teras perjuangan kita. Yakinlah bahawa andainya kita bangsa Melayu hari ini benar-benar menghayati Islam dan melaksanakannya dengan Ikhlas, bangsa kita boleh menjadi suatu bangsa yang mentadbir dunia dengan Islam. Ini kerana apabila suatu bangsa itu benar-benar ikhlas menjadikan ISlam sebagai terasnya, maka Allah SWT memperkuatkan mereka. Perhatikanlah!

One thought on “Kecelaruan Identiti & Matlamat Hidup

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s