Saya ingin menjadi orang yang pertama melaung-laungkan sambutan Ma’al Hijrah 1429. Tahun 1429 bakal melakar banyak sejarah baru dalam hidup saya dan isteri sempena bakal kelahiran cahaya mata yang pertama. Tidak dinafikan lagi bahawa pasangan suami isteri pastinya begitu gembira dengan anugerah ini termasuk kami. Doakan kami semua! Semoga 1429 melakar sejarah yang manis kepada semua ummat Islam.
Month: Disember 2007
Selamat Menyambut Iduladha
Hari ini tanggal 16 Dzulkaedah 1428H, walaupun terlewat saya nak selitkan juga di weblog saya ini ucapan Selamat Menyambut Iduladha 1428H. Alhamdulillah sambutan Iduladha kali ini penuh dengan cabaran yang dihadapi dan memerlukan pengorbanan.
Saya dan isteri berangkat pulang ke Kelantan pada 19/12 (9 Dzulhijjah) bersama dengan adik dan seorang sepupu. Bertolak jam 11 pagi dan tiba di kampung Tunku Abdul Rahman pada 7 petang. Perjalanan kali ini cukup mencabar kerana jalan Gua Musang ke Kuala Krai ditutup terpaksa melalui jalan alternatif melalui dabong. MasyaAllah jalannya cukup mencabar. Tanah runtuh 38Km sebelum dabong. Jalan hanya dibuka satu laluan.
Walaupun terpaksa meredah jalan yang menyukarkan ini, tetapi demi hasrat untuk beraya di kampung menguatkan semangat. Isteriku yang sarat mengandung alhamdulillah tetap tabah disebelah walaupun keadaan ini sungguh menyesakkan. Masing-masing melakukan pengorbanan.
Hari raya pertama, aku,ibu, nenek dan datuk bergegas ke masjid seawal 8 pagi. Isteriku tak dapat ikut serta solat sunat hari raya kerana demam. Itu satu lagi pengorbanan isteriku walaupun demam dan tak berapa larat sanggup bersama-samaku pulang ke kampung sejauh 558Km dari Shah Alam. Terima kasih wahai isteriku!
Hari raya kedua, kami terus menyambung perjalanan ke Shah Alam melalui Terengganu. Perjalanan sekitar 600KM .Sempat singgah di 7 Pantai melihat keindahan pantai ciptaan al-Khalik antaranya Pantai Penarik, Pantai Rhu Sepuluh, Pantai Merang, Pantai Marang, Pantai Kelulut dan Pantai Cherating. Alhamdulillah sampai di Shah Alam waktu maghrib terus menjadi imam di Surau Apartment Delima.
Hari Raya Ketiga, kami menyambung perjalanan ke Batu Pahat, Johor iaitu rumah mak mertuaku sejauh 283KM. Raya tahun ni memang cukup mencabar khususnya kepada isteriku yang sarat mengandung 7 bulan. Apapun masing-masing berkorban demi tujuan murni bertemu dengan bonda tercinta.
Lelaki Acuan Al-Quran
Selimut Putih buka jalan pengislaman Yusuf

Yusuf Abdullah
Oleh ZUARIDA MOHYIN
BAIT-BAIT yang terkandung dalam lirik lagu Selimut Putih di atas pastinya mengundang satu peringatan yang cukup menusuk kalbu. Malah tidak keterlaluan jika penulis katakan yang ia bukan sahaja begitu syahdu, penuh keinsafan tetapi cukup meremangkan bulu roma setiap orang yang mendengarnya.
Hakikatnya, inilah realiti perjalanan kehidupan manusia di atas muka bumi iaitu melalui detik di ambang maut. Yang pasti, setiap yang hidup itu akan menemui kematian.
Sebagai seorang Muslim, kita sentiasa berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman. Apatah lagi, kehidupan selepas kematian itulah yang kekal.
Jadikan Solat Berjemaah Agenda Utama
Menulis terus menulis. Kali ini saya menulis untuk mengajak semua pembaca budiman untuk menjadikan Solat Berjemaah sebagai agenda utama dalam kehidupan seharian. Solat berjemaah bukan hanya agenda mengisi masa lapang sahaja, bahkan lebih jauh daripada itu.
Rasullullah SAW amat menitikberatkan ummatnya khusunya kaum adam untuk solat fardhu berjemaah di masjid ataupun tempat azan dilaungkan. Inilah antara kunci kekuatan dan perpaduan ummat Islam. Kepada semua anggota Gerakan Islam khususnya kita. Azan merupakan lambang ‘Seruan Allah SWT’ kepada seluruh ummat Islam kepada ketaatan dan ubudiyyah serta al-Falah kepada ummat Islam yang mukmin.
Dalam azan, terkandung tauhid dan syahadatain yang menjadi teras kepada orang-orang mukmin. Jelas, orang-orang yang menjawab seruan azan dengan pergi ke surau/masjid yang dilaungkan azan padanya untuk menunaikan solat berjemaah mempunyai salah satu ciri orang-orang mukmin. Hanyasanya orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah SWT adalah orang-orang yang beriman.
Akhirnya, saya seorang insan yang dhaif menyeru semua untuk menjadikan Solat Berjemaah sebagai Agenda Utama dalam kehidupan seharian. Sahutlah seruan setiap kali azan dilaungkan dengan pergi menunaikan solat berjemaah! InsyaAllah kitalah generasi yang dijanjikan Rasulullah SAW yang menjadi teras kepada kemenangan Islam!
Usiaku Bertambah 3 Tahun Dalam Setahun
Ditulis pada Desember 7, 2007 oleh Musadiq Marhaban
Tahun 2008 akan berisi berturut-turut tiga tahun hijriyah, yakni tahun 1428, 1429, dan 1430 H, kata pakar ilmu falak Arab asal Kuwait seperti dilaporkan hari Kamis.
“Hari-hari terakhir 1428 H bertepatan dengan awal tahun 2008, sedangkan tahun 1429 H secara utuh berada dalam tahun 2008, kemudian tahun 1430 H dimulai pada ujung 2008,” kata pakar tersebut seperti dilansir harian “Al-Riyadh”.
Lebih jelasnya, tanggal 9 Januari 2008 adalah akhir tahun 1428 H, sedangkan 10 Januari 2008 adalah awal tahun 1429 H, sementara 29 Desember 2008 adalah awal tahun 1430 H.
Menurut dia, itu bisa terjadi, karena setahun kalender hijriyah, yang menggunakan hitungan tata edar bulan, adalah 354 hari atau lebih, sedangkan tahun masehi 365 hari peredaran matahari atau terdapat perbedaan 11 hari dalam setahun.
“Setiap 32 tahun masehi sama dengan 33 tahun hijrah, sehingga keadaan itu dapat berlangsung tiga kali dalam setiap 100 tahun,” katanya dengan menjelaskan dalil dari Al-Quran dalam surat Al-Kahfi.
Dalil tersebut adalah “Mereka (para pemuda itu) berdiam di dalam gua selama 300 tahun lebih sembilan tahun. Katakanlah (hai Muhammad), Allah lebih mengetahui lama mereka berdiam di gua, karena Dia mengetahui hal gaib di langit dan bumi”.
“Dari ayat tersebut, jelas bahwa yang dimaksud 300 tahun dan lebih 9 tahun adalah 300 tahun perhitungan peredaran matahari atau 309 tahun peredaran bulan,” katanya.
Sumber: Antara
Muhasabah Diri Setiap Hari
Peringatan merupakan satu nikmat dan anugerah Allah SWT kepada hambaNya yang bergelar manusia. Idea merupakan anugerah daripada Allah SWT hasil ketekunan dan penilitian seseorang dalam mencapai sesuatu perkara. Peringatan yang paling baik ialah datang daripada orang mukmin kerana dengan peringatan mereka kita semakin hampir kepada ALlah SWT.
Peringatan saya hari ini ialah hasil cetusan daripada perkataan Muhasabah. Semua orang kena muhasabah termasuk yang paling tinggi atau yang paling bawah. Pemimpin dunia kena muhasabah. Pemimpin negara kena muhasabah. Pemimpin negeri kena muhasabah. Pemimpin jajahan kena muhasabah. Pemimpin kawasan kena muhasabah. Pemimpin syarikat kena muhasabah. Pemimpin rumahtangga kena muhasabah. Pemimpin diri pun kena muhasabah.
Ini bermakna kita semua adalah pemimpin dan kita wajib melaksanakan muhasabah. Muhasabah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bukan digunakan muhasabah untuk semakin menjauhkan diri daripada Allah SWT. Muhasabah gerakan juga mesti dilaksanakan. Ada orang panggil ‘Perhimpunan Agung’, ‘Muktamar’, Ijtima’ Tahunan dan pelbagai nama lagi. Apapun namanya, ia adalah bertujuan untuk muhasabah.
Kita sebagai orang mukmin, Allah SWT telah mentarbiah kita supaya sentiasa bermuhasabah. Muhasabah kita setiap hari ialah melalui solat lima waktu dan muhasabah paling kurang seumur hidup ialah ibadah haji. Program ini bukan program ciptaan manusia, tetapi program khusus yang ALlah SWT telah aturkan kepada kita semua orang mukmin.
Akhirnya saya menyeru diri saya dan tuan-tuan semua, laksanakan muhasabah ini dengan baik!
Ujub dengan Ilmu dan Amal
Hari ini tanggal 27 Dzulkaedah 1428H. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana saya di antara yang masih dapat menghirup udara segar di bumi ini. Saya memilih tajuk ‘ujub dengan ilmu & amal’ sebagai tajuk ulasan pada Sayyidul Ayyam kerana kepentingannya. Ilmu dan Amal merupakan adik beradik yang tidak boleh dipisahkan.
Ilmu yang sempurna akan membawa amalan yang sempurna. Ilmu yang benar membawa amalan yang benar. Ilmu yang bertambah membawa amalan yang bertambah. Ilmu yang yakin membawa amalan yang yakin. Ilmu yang ikhlas akan membawa amalan yang ikhlas. Begitulah seterusnya.
Ilmu tak dapat dipisahkan daripada insan yang bernama ‘guru’, mursyid, murabbi, pendidik, pembimbing dan pelbagai nama lagi yang dikaitkan dengan ilmu. Namun tugas guru yang mursyid dan murabbi lebih jauh nilainya berbanding konteks guru yang biasa kita fahami. Guru yang mursyid memainkan peranan mengajarkan ilmu dan memerhatikan amal anak muridnya agar ilmu dan amal adalah selaras.
Tapi niat saya menulis bukan untuk memperjelaskan apa itu mursyid apa itu murabbi apa itu muaddib dan sebagainya. Ada yang lebih penting disebalik itu iaitu berkaitan dengan sikap. Sikap malas menuntut ilmu. Kita khususnya Melayu ISlam kebanyakannya termasuk saya, begitu bangga dengan apa yang telah kita pelajari selama ini sehingga tidak mahu lagi memperdalami dan memperbaiki ilmu yang ada.
Sikap malas dan lalai dalam menuntut Ilmu akan membawa padah yang besar kepada amalan dan gaya kehidupan ummah. Kita sudah merasa cukup dengan apa yang ada, dan tiada sebarang usaha untuk mempertingkatkan ilmu khsususnya ilmu yang paling wajib itu ilmu mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Syaitan musuh yang nyata bagi kita telah berjaya melemahkan semangat juang kita untuk mendalami dan meneruskan pengajian untuk kita mencari ilmu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan pelbagai cara.
Salah satu cara syaitan ialah menyuburkan rasa sempurnanya ilmu pada kita dan kita rasa sudah cukup dengan amalan seharian yang kita laksanakan. Dengan cara ini, mereka telah berjaya memperdayakan kita supaya tidak berusaha untuk meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT. Mereka juga berusaha sedaya upaya menyibukkan kita dengan urusan dunia yang lagha, sehingga kita tidak mempunyai agenda khusus meningkatkan ilmu.
Kita pernah mendengar pepatah “tidur orang yang alim beroleh pahala, sedangkan ibadah orang yang jahil menjadi sia-sia”. Pepaptah ini mengambarkan betapa tingginya nilai ilmu dalam kita melaksanakan sesuatu amalan. Akhirnya saya berseru pada diri saya sendiri dan antum semua belajarlah dan sempurnakanlah ilmu kita khususnya berkaitan dengan syahadah, solat lima waktu dan yang semua yang wajib yang lain. Mudah-mudahan kita mati sebagai seorang penuntut ilmu.
Sila ikuti satu kisah di bawah :
Ulang Tahun Pertama Perkahwinan
Sedar tak sedar, tanggal 26 Dzulkaedah 1428 hari ini, maka genaplah setahun usia perkahwinan kami. Usia yang masih setahun jagung. Jika usia ini disandarkan kepada seorang bayi. Maka kami barulah peringkat untuk belajar merangkak dan sedang belajar macam-macam untuk mencapai tahap kematangan.
Sesungguhnya hidup berumahtangga merupakan satu kerahmatan daripada Allah SWT kepada kita semua hambaNya. Allah SWT menjadikan setiap sesuatu berpasang-pasangan sebagai tanda Maha Bijaksana Allah. Di samping itu, Allah juga menjadikan sifat kasih sayang antara suami dan isteri, anak kepada ibubapa, orang beriman sesama orang beriman.
Ulang tahun pertama perkahwinan merupakan pengalaman yang cukup berharga bagi setiap pasangan rumahtangga. Usia setahun boleh dijadikan muhasabah dalam mempertingkatkan lagi mutu dan qualiti rumahtangga. Jika ada sebarang kelemahan dalam mentadbir Negara Kecil ini, maka wajiblah dimuhasabah dan dinilai semula secara serius oleh suami dan isteri.
Usia setahun perkahwinan juga, kebanyakan Negara Kecil ini sudah bertambah ahlinya. Paling kurang seorang cahaya mata penyejuk hati. Maka bertambah-tambahlah kasih sayang suami isteri dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Keluarga bertambah berseri dan meriah. Dalam kemeriahan dan kegembiraan itu, sewajibnya suami isteri bermuhasabah. Anda sudah naik pangkat ke satu tahap ayah dan ibu. Maknanya bertambahlah lagi satu kewajipan dan amanah.
Kepada semua yang bertandang ke blog saya yang serba dhaif ini, doakanlah kami berdua sentiasa istiqomah dengan Islam. Sesungguhnya di sebalik perkahwinan itu terdapat 1001 kerahmatan Allah SWT kepada manusia.