Jadikan Solat Berjemaah Agenda Utama

solat-jamaah.jpg 

Menulis terus menulis. Kali ini saya menulis untuk mengajak semua pembaca budiman untuk menjadikan Solat Berjemaah sebagai agenda utama dalam kehidupan seharian. Solat berjemaah bukan hanya agenda mengisi masa lapang sahaja, bahkan lebih jauh daripada itu.

Rasullullah SAW amat menitikberatkan ummatnya khusunya kaum adam untuk solat fardhu berjemaah di masjid ataupun tempat azan dilaungkan. Inilah antara kunci kekuatan dan perpaduan ummat Islam. Kepada semua anggota Gerakan Islam khususnya kita. Azan merupakan lambang ‘Seruan Allah SWT’ kepada seluruh ummat Islam kepada ketaatan dan ubudiyyah serta al-Falah kepada ummat Islam yang mukmin.

Dalam azan, terkandung tauhid dan syahadatain yang menjadi teras kepada orang-orang mukmin. Jelas, orang-orang yang menjawab seruan azan dengan pergi ke surau/masjid yang dilaungkan azan padanya untuk menunaikan solat berjemaah mempunyai salah satu ciri orang-orang mukmin. Hanyasanya orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah SWT adalah orang-orang yang beriman.

Akhirnya, saya seorang insan yang dhaif menyeru semua untuk menjadikan Solat Berjemaah sebagai Agenda Utama dalam kehidupan seharian. Sahutlah seruan setiap kali azan dilaungkan dengan pergi menunaikan solat berjemaah! InsyaAllah kitalah generasi yang dijanjikan Rasulullah SAW yang menjadi teras kepada kemenangan Islam!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s