Selamat Menyambut Iduladha

Hari ini tanggal 16 Dzulkaedah 1428H, walaupun terlewat saya nak selitkan juga di weblog saya ini ucapan Selamat Menyambut Iduladha 1428H. Alhamdulillah sambutan Iduladha kali ini penuh dengan cabaran yang dihadapi dan memerlukan pengorbanan.

Saya dan isteri berangkat pulang ke Kelantan pada 19/12 (9 Dzulhijjah) bersama dengan adik dan seorang sepupu. Bertolak jam 11 pagi dan tiba di kampung Tunku Abdul Rahman pada 7 petang. Perjalanan kali ini cukup mencabar kerana jalan Gua Musang ke Kuala Krai ditutup terpaksa melalui jalan alternatif melalui dabong. MasyaAllah jalannya cukup mencabar. Tanah runtuh 38Km sebelum dabong. Jalan hanya dibuka satu laluan.

Walaupun terpaksa meredah jalan yang menyukarkan ini, tetapi demi hasrat untuk beraya di kampung menguatkan semangat. Isteriku yang sarat mengandung alhamdulillah tetap tabah disebelah walaupun keadaan ini sungguh menyesakkan. Masing-masing melakukan pengorbanan.

Hari raya pertama, aku,ibu, nenek dan datuk bergegas ke masjid seawal 8 pagi. Isteriku tak dapat ikut serta solat sunat hari raya kerana demam. Itu satu lagi pengorbanan isteriku walaupun demam dan tak berapa larat sanggup bersama-samaku pulang ke kampung sejauh 558Km dari Shah Alam. Terima kasih wahai isteriku!

Hari raya kedua, kami terus menyambung perjalanan ke Shah Alam melalui Terengganu. Perjalanan sekitar 600KM .Sempat singgah di 7 Pantai melihat keindahan pantai ciptaan al-Khalik antaranya Pantai Penarik, Pantai Rhu Sepuluh, Pantai Merang, Pantai Marang, Pantai Kelulut dan Pantai Cherating. Alhamdulillah sampai di Shah Alam waktu maghrib terus menjadi imam di Surau Apartment Delima.

Hari Raya Ketiga, kami menyambung perjalanan ke Batu Pahat, Johor iaitu rumah mak mertuaku sejauh 283KM. Raya tahun ni memang cukup mencabar khususnya kepada isteriku yang sarat mengandung 7 bulan. Apapun masing-masing berkorban demi tujuan murni bertemu dengan bonda tercinta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s