RUMAHTANGGA DA’WAH DAN PEMBINAAN GENERASI PEWARIS

RUMAHTANGGA DA’WAH DAN PEMBINAAN GENERASI PEWARIS

Dipetik daripada sebuah laman wb
Topic: 1. KONSEP RUMAHTANGGA

 family-dakwah.jpg

Pendahuluan.

Adalah satu hakikat yang telah kita sama sama fahami bahawa kita hidup di dalam suasana yang berlakunya pertembungan antara Islam dan jahiliyah. Pertembungan ini berlaku di setiap peringkat sama ada dari peringkat individu hinggalah keperingkat masyarakat dan negara. Setiap muslim yang merasai hakikat ini hendaklah menyedari bahawa dirinya perlu membuat persiapan yang rapi. Kegagalan di dalam pertarungan ini akan menjejaskan akhiratnya, dan juga keluarganya. Oleh yang demikian kita di tuntut untuk memahami amal Islami dan melaksanakannya dan juga menyediakan anggota anggota keluarga untuk sama sama mendukung tanggungjawab dakwah dan jihad ini.

Salah satu aspek dalam persiapan jihad ini ialah menyediakan rumahtangga dakwah. Asy Syahid Imam Hassan Al Banna telah meletakkan pembentukan rumahtangga muslim sebagai fasa ke dua dalam amal Islami. Kertas kerja ini cuba membincangkan persoalan rumahtangga dawah dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak anak kita yang mampu mewarisi dakwah Islam.

Apa Kata Islam Mengenai Pembinaan Rumahtangga.

Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini marilah kita memahami pengertian rumahtangga atau keluarga muslim. Apa yang dimaksudkan dengan keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan segala aktivitinya pada pembentukkan keluarga yang sesuai dengan syariat Islam. Berdasarkan Al quran dan as Sunnah terdapat beberapa tujuan terpenting pembentukkan rumahtangga muslim ini iaitu :

a) Mendirikan syariat Allah dalam segala permasalahan rumahtangga.

b) Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan ruh.

Allah berfirman:

“dan di antara tanda tanda kekuasannya ialah dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.dan dijadikan Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah.Sesungguhnya pada yang demikian benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir.“
(Surah ar-Rum :21)

Teruskan membaca