PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1429

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1429

Mari Bersama Menghayati Bulan-Bulan Islam

maal-hijrah.gif

 AssalamualaikumwarahmatuLlahiwabarakatuh 

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429H kepada semua ummat Islam. Semoga 1429H ini akan menjadi tahun mujahadah yang lebih kuat dalam kita menentang iblis dan syaitan. Ma’al Hijrah yang kita sambut merupakan ibadah, berbeza dengan dengan acara sambutan 2008 yang penuh upacara fasik dan maksiat. Saya sendiri bersama dengan Dewan Pemuda Shah Alam turun ke Stadium Shah Alam dalam program XPDC dakwah.

Ramai orang yang datang bersesak-sesak untuk beberapa tujuan. Yang jelasnya ialah ingin melihat cahaya bunga api yang begitu mengkagumkan. Mat Rempit pula mengambil peluang keemasan ini untuk merempit sempena 2008. Nampaknya tidak bersalah kerana merempit untuk sambutan 2008. 

Bagi kita pendokong Islam, tahun 1429H dilihat bukan sekadar percikan cahaya bunga api yang waktu dilancarkan indah, tetapi hilang beberapa ketika. Kita melihat lebih jauh lagi dengan cahaya Islam yang tetap tidak akan padam dan tetap bersinar dan menyerlah walaupun ada segolongan kafir dan munafiq ingin memadamkannya. 

Saya menyeru semua ahli membuat suatu reformasi minda. Marilah kita sama-sama mendahului bulah Hijriah daripada bulan Masihi. Ini telah dimulakan oleh Mursyidul Am PAS selaku Menteri Besar Kelantan, TG Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam sistem pentadbiran Kelantan dengan mengeluarkan kalender Hijriah. Setelah lama penjajah menjajah Tanah Melayu, mereka telah berjaya membutakan masyarakat dengan bulan-bulan Masihi. 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita pemuda-pemuda pendokong Islam mesti mengutamakan bulan Islam. Jika sebelum ini sambutan hari lahir disambut mengikut tahun masihi, maka berubahlah dengan menyambutnya ikut bulan Islam. Jika sebelum ini menyambut Ulang Tahun perkahwinan dalam tahun masihi, maka berubahlah dengan menyambutnya mengikut bulan Islam. 

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan bin Hj Abdul Rahman bin Awang Hamat bin Sulaiman al-Kalantani 

29 Dzulhijjah 1428H bersamaan 8 Januari 2008

http://amin1982.worpress.com

4 thoughts on “PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1429

  1. Nta orang pertama nampak buat perutusan Hijrah 1429H. Semoga dalam menempuh tahun baru ini kita bertambah dengan amal soleh serta komited dalam menegakkan kebenaran di bumi Malaysia ini. Sememangnya usaha kita berhadapan dengan kebenjatan gejala sosial yang semakin merunsingkan perlu mengambil tindakan segera. Wahai pemuda pemudi Islam yang sayangkan agama Islam ayuh bangunlah dari buaian mimpi ,berjuanglah dalam menghadapi mehnah tribulasi kehidupan dengan menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Salam Hijrah 1429H buat sahabat dan sahabiah semua.

  2. Pingback: 1430 « AMIN AL-KALANTANI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s