Doa Untuk Adik Sharlinie

doa-untuk-sharlinie.gif 

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga
serta sahabat baginda

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami lemah ya Allah, hanya kepada Mu kami mohon
pertolongan ya Allah
Tolonglah kami mencari adik Sharlinie binti Mohd
Nashar
Agar kami dapat menjumpainya dalam keadaan yang
selamat

Ya Allah ya Tuhan kami yang melembutkan hati manusia
Lembutkanlah hati penculik adik Sharlinie binti Mohd
Nashar
Agar dia dapat memelihara dan mengembalikan adik
Sharlinie kepada ibu bapanya

Ya Allah, segala usaha telah kami lakukan
Segala tenaga telah kami kerahkan
Namun Engkau Yang Lebih Berkuasa sebenarnya

Ya Allah, teguhkanlah iman kami ini
Teguhkanlah iman Puan Suraya binti Ahmad dan Encik
Mohd Nashar bin Mat Hussain
Ya Allah, apalah cubaan yang menimpa negara Malaysia
sekarang ini
Ya Allah, jadikanlah kejiranan kami, kejiranan yang
berkasih sayang

Ya Allah, peliharakanlah kami, lindungilah kami dari
orang yang zalim dan berbuat aniaya di Malaysia ini.

Hanya kepada Mu kami berserah
Kami hanya insan yang amat lemah

Perkenankanlah doa kami ini ya Allah.
Amin

Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Kelab AMAL NS http://amal- ns.blogspot. com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com

Rahsia Kejayaan Orang Mukmin

solat-berjemaah.jpg  

Tajuk ini saya tulis untuk memberi pandangan apakah rahsia kejayaan orang-orang mukmin. Kejayaan orang mukmin berkait rapat dengan solat yang dilakukan lima kali sehari. Hari ini saya cuba mengupas di sebalik khusyu’ itu terkandung rahsia kejayaan mukmin.

Sebelum ini saya telah membicarakan perihal peri pentingnya kita mujahadah untuk mencapai solat yang khusyu’. Terdapat pelbagai teknik dan strategi untuk kita mempertingkatkan khusyu’ dalam solat. Strategi ini saya bahagikan kepada dua iaitu strategi sebelum solat, semasa solat dan selepas solat.

 Strategi Sebelum Solat

  1. Pastikan kita betul-betul mengawali anggota badan kita khususnya mata, telinga, mulut serta anggota lain daripada melakukan maksiat di sisi Allah SWT.
  2. Pastikan sumber kewangan seharian kita adalah daripada yang halal dan tayibba.
  3. Pastikan pakaian yang dipakai bersih dzahir dan batin.
  4. Pastikan berwudhu’ dengan sempurna.
  5. Pastikan memahami makna setiap bacaan dalam solat.
  6. Pastikan sudah memahami rukun yang wajib, sunat.
  7. Pastikah sudah memahami perkara yang membatalkan solat.

 Strategi Semasa Solat

  1. Pastikan anda solat berjamaah di masjid khususnya muslimin.
  2. Pastikan anda bersegera datang ke masjid.
  3. Pastikan anda menjaga dan mengawal anggota badan daripada perkara yang membatalkan solat.
  4. Pastikan anda menjaga hati anda dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada solat.
  5. Pastikan anda membaca bacaan dalam solat dengan ‘tartil’
  6. Pastikan anda menghayati setiap bacaan dalam solat.
  7. Pastikan anda mengikut imam dengan tertib

Teruskan membaca