Jiwa UMAT ISLAM tidak harus kecewa dengan kekalahan, kerana bukan kalah atau menang yang kita cari, tapi kebenaran yang kita kehendakkan” – Aqidah Perjuangan (Allahyarham Ustaz Fadhil Noor)
Month: Februari 2008
Pilih kerana Calon @ Parti? Jawab saya : Pilih kerana Allah!
Alhamdulillah PRU12 memasuki Bahagian ke-2 setelah pembubaran parlimen pada 13 Februari dan sesi penamaan calon pada 24 Februari. Masing-masing telah bergerak kerja dengan penuh semangat untuk memenangkan parti dan calon masing-masing. Yang jelas pertentangan sengit antara BN dan BA akan berlangsung.
Sekali lagi saya nyatakan saya bukanlah penganalisis politik. Saya juga bukan berlatarbelakangkan aliran politik. Tapi politik merupakan sebahagian kewajipan yang dituntut oleh agam saya Islam. Maka secara tidak langsung saya wajib mengambil tahu dan seterusnya berkecimpung dalam arena politik tanah air.
Baru-baru ini di salah satu siaran televisyen memperbincangkan bagaimana hendak memilih calon pada PRU12 kali ini. Tajuknya “Pilih kerana calon ataupun parti?”. Kebanyakkan pemanggil memilih untuk memberi keutamaan kepada kriteria calon berbanding semata-mata Parti.
Saya tidak menolak persoalan ini. Cuma sebagai seorang muslim segala persoalan mestilah dikembalikan kepada al-Quran dan Sunnah Rasululullah SAW. Dalam al-Quran ada menyatakan bahawa yang bermaksud ” Taatlah Allah dan taatlah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu”. Mentaati ataupun memilih pemimpin jelas mempunyai dua syarat yang paling utama. Iaitu yang pertama wajib taat kepada Allah dan taat kepada Rasulullah SAW barulah boleh mentaati pemimpin tersebut.
Jika dipersoalakn mana yang kamu hendak pilih dalam PRU 12 ini? Kerana calon atau kerana Parti? Jawab saya saya memilih kerana Allah SWT. Saya juga memilih calon dan parti yang mentaati Allah SWT dan Rasululullah SAW!.
Keliru, Nak Pilih Mana Yang Satu?
MANA SATU PILIHANKU??
Antara isu besar yang diperbincangkan dalam PRU 12 ialah mana satu yang hendak pilih calon. Calon BN atau BA atau BEBAS atau Parti Atas Pagar (PAP)-tidak keluar mengundi (keliru memilih yang mana satu). Masalah ini mungkin tidak berapa bermasalah kepada ahli yang tegar@teras kepada parti masing-masing. Semuanya sudah faham kenapa mereka memilih parti masing-masing. Sudah tahu matlamat parti masing-masing.
Pada masa yang sama saya dipersoalkan oleh beberapa rakan. Saya tidak mahu menyokong Parti Islam kerana calonnya bermasalah. Ada track record yang buruk. Saya pun tidak tahu daripada mana sumber maklumat tersebut. Siapakah rawinya dan sebagainya. Mungkin benar atau mungkin salah.
Habis saya tanya kepadanya “Habis itu kita hendak sokong parti yang tidak bekendak melaksanakan Islam?”.. Dia terdiam dengan soalan saya. Berfikir sejenak. Em…..tak menjawab persoalan itu. Mungkin akhirnya joint Parti Atas Pagar (PAP) akibat keliru untuk memilih. Akhirnya ramai juga yang memilih tidak perlu turun mengundi kerana semua calon yang dihantar dalam PRU 12 kali ini semuanya bermasalah.
Keliru terus keliru. Nampaknya jelas walaupun sesebuah parti itu membawa agenda yang baik dan menarik tetapi calon-calon yang dikedepankan bermasalah (pada pandangan pengundi bukan pada pandangan parti), tentulah memberi kesan yang besar kepada pengundi. Jangan kita hanya salahkan pengundi semata-mata tanpa meneliti apakah kesilapan kita.
Saya bukan pengulas politik, tapi saya salah seorang yang bakal mengundi. Saya ialah pengundi yang sah. Saya berhak untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan parti dan semua calon yang bertanding khususnya di Parlimen dan Dun saya. Sebahagian besar pengundi tidak akan turun mengundi kerana frust dengan parti tertentu. Janji tak serupa bikin. Sebelum PRU macam-macam dijanjikan. Apabila sudah menang, batang hidung pun tak nampak!
Kita wajib mendekati semua pengundi yang keliru ini. Wajib untuk memberi maklumat yang tepat. Kita juga wajib bersedia menjawab pelbagai persoalan daripada mereka. Kumpulkan sebagai bentuk culaan. Jika tidak mampu menjawab, tulis tanya orang yang lebih arif untuk menjawab kemudian. Yang penting kita kena jumpa mereka!
PRU-12 Bagaimana Memilih Pemimpin ?
Bahang PANAS PRU 12 semakin terasa di negara kita bermula dengan pembubaran parlimen pada 13 Februari 2008 baru-baru ini. Disebabkan bahang panas PRU 12 ini ada yang sudah demam dan ada yang tidak demam akibat tidak terkesan dengan suhu kepanasan PRU 12 ini. Mungkin bahang kepanasan itu terhalang disebabkan beberapa halangan.
Bagi yang secara terus terkena bahang kepanasan PRU 12 sudah tentu sudah demam. Demam bukan bermakna sakit dan sebagainya, tapi demam menyebabkan aktif untuk bergerak kerja untuk PRU 12. Saya sendiri terkesan dengan bahan kepanasan PRU 12 kali ini.
Apa yang saya hendak utarakan ialah bagaimana seseorang itu hendak memilih pemimpin? Pemimpin bagaimana yang hendak dipilih? Apa ciri-cirinya? Mampukan pemimpin ini bekerja untuk rakyat? Tentu persoalan ini bermain-main di fikiran setiap pengundi. Ada sebahagian pula langsung tidak membuat penilaian. Memilih yang sudah biasa dipilih setiap tahun. Cuma mengundi kerana tanggungjawab.
Saya bukanlah penganalisis politik yang hebat, cuma seorang rakyat biasa yang inginkan perubahan. Perubahan yang penting daripada segala yang penting iaitu “Pelaksanaan Islam secara menyeluruh” yang menjadi tuntutan setiap yang beriman. Persoalan memilih pemimpin tidak terhenti di atas dunia sahaja, bahkan sampai ke negeri akhirat persoalan ini akan ditanya.
Pilihanraya 8/3/08
Selamat Menyambut Hari Pilihanraya pada 8/3/08. Buatlah pilihan pemimpin anda berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Ingatlah setiap undi kita menentukan corak pentadbiran di negara kita.
Rahsia Tahun Masehi
Firman Allah S.W.T.:”……Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.” (Al-Baqarah: 140)
Setiap tahun, tanggal 1 Januari seluruh umat manusia di atas muka bumi ini seolah-olah sedang merayakan satu hari keramat dalam kalendar sejarah peradaban manusia. Sebelah malam sebelumnya, iaitu tanggal 31 Disember, pada detik 12 tengah malam mereka berkumpul di tempat-tempat tertentu bagi menyaksikan hiburan, bunga api, serta pelbagai aktiviti lagi yang semuanya boleh menjurus kepada kemaksiatan, pembaziran dan masalah sosial. Di Malaysia, tarikh ini juga diraikan juga oleh sebilangan umat. Pada hari tersebut, lazimnya akan diadakan majlis keraian yang tidak juga kalahnya dari segi kemeriahannya. Malah di media-media akan dipaparkan hiburan, pembakaran bunga api serta berbagai-bagai aktiviti lagi. Persoalannya di sini, wajarkah sambutan seperti ini diadakan? Apa yang disambut sebenarnya? Tahun baru…!! Bagi umat Islam, ini bukan tarikhnya. Lantas apakah yang diraikan dan disambut begitu beria-ia?
Istilah Tahun Masehi
Perkataan Masehi biasanya dirujuk pada tarikh tahun menurut kalendar Gregorian. Kata ini berasal dari Bahasa Arab. Awal tahun Masehi ini dirujuk pada tahun yang dianggap kononnya sebagai tahun kelahiran Nabi Isa a.s. (Al-Masih), maka kalendar ini dinamakan Masihiyah atau Yesus dari Nazareth. Manakala istilah “Sebelum Masehi” (SM) dirujuk pada masa sebelum tahun tersebut. Sebahagian besar orang-orang yang bukan penganut Kristian biasanya menggunakan singkatan M dan SM. Sistem Penanggalan yang merujuk pada awal tahun Masehi ini mula digunakan di Eropah Barat sejak abad ke-8. Melalui bahasa Inggeris dan dipergunakan secara antarabangsa, istilah Masehi disebut sebagai ‘Anno Domini’ (AD) dan sebelum Masehi disebut sebagai “Before Christ” (BC).
Asal Hitungan Tarikh Masehi
Sistem penentuan dan perhitungan hari bermula dari ilmu astrologi iaitu ilmu tentang pergerakan benda-benda di langit seperti matahari, bulan dan bintang. Ilmu ini berkembang sejak zaman pemerintahan Babylon kuno, iaitu lebih kurang 2000 SM. Teruskan membaca
Buatlah Pilihan Sebelum Hari Tiada Pilihan
Semenjak akhir-akhir ini kita telah dipanaskan dengan isu Pilihanraya Umum ke-12. Hari ini PM telah memberi isyarat bahawa betapa PRU 12 telah semakin hampir. Rujuk Berita Harian bertajuk Pak Lah dapat ilham. Lawatan Pak Lah ke Kelantan juga merupakan salah satu tanda hampirnya PRU 12.
Apapun sebagai rakyat yang cakna, sudah tentu menunggu-nunggu untuk memangkah pada hari pengundian parti mana yang mereka harapkan. Pelbagai janji-janji ditabur sempena PRU 12. Saya bukanlah seorang ahli politik yang mampu membuang ramalah bilakah tarikh PRU 12, namun ingin memberi komentar yang serba sedikit.
PRU 12 merupakan siri pilihanraya dalam sistem demokrasi di Malaysia. Siri pilihanraya ialah hasil daripada kemerdekaan yang dicapai oleh Tanah Melayu daripada penjajahan British dan penjajah-penjajah lain. Kalau sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu (Malaysia kininya), tersohor dengan sistem beraja.
Sebagai rakyat, kita mestilah menggunakan peluang ini untuk membuat pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang. Bukan setakat wawasan dunia, bahkan menggaapai wawasan akhirat. Allah SWT telah memberi janjiNya kepada semua makhluk manusia. Sesiapa yang memilih kebaikan akan diganjar dengan nikmat yang tak terbayang. Sesiapa yang memilih kejahatan akan diganjar dengan azab yang tak terperi sakitnya.
Setiap masa dan setiap detik kita mampu untuk membuat pilihan antara kebaikan ataupun kejahatan berlandaskan al-Quran dan Assunnah. Kita boleh memilih yang mana satu semasa kita masih hidup. Jika ajal sudah datang menjemput dan kita sudah berada di mahsyar, kita sudah tidak mampu membuat pilihan. Yang Berkuasa Penuh ialah Allah Azzawajjala Yang Maha Berkuasa pada hari pembalasan.
Jadi terserahlah kepada kita semua untuk membuat pilihan berlandasakan al-Quran dan Assunnah termasuklah memilih parti dalam PRU 12 akan datang. Selidikilah mana ciri-ciri Parti yang diredhai Allah SWT dan parti mana yang dimurkai oleh Allah SWT sebagaimana serinkali kita minta doa dalam al-Fatihah “Ya Allah Tolong tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan orang yang telah engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang engkau murkai dan jalan orang yang sesat”.
Ya Allah SWT berilah hidayah, taufik dan kekuatan kepada kami untuk memilih kebaikan! Selamat menyambut PRU 12.