Buatlah Pilihan Sebelum Hari Tiada Pilihan

Semenjak akhir-akhir ini kita telah dipanaskan dengan isu Pilihanraya Umum ke-12. Hari ini PM telah memberi isyarat bahawa betapa PRU 12 telah semakin hampir. Rujuk Berita Harian bertajuk Pak Lah dapat ilham. Lawatan Pak Lah ke Kelantan juga merupakan salah satu tanda hampirnya PRU 12.

Apapun sebagai rakyat yang cakna, sudah tentu menunggu-nunggu untuk memangkah pada hari pengundian parti mana yang mereka harapkan. Pelbagai janji-janji ditabur sempena PRU 12. Saya bukanlah seorang ahli politik yang mampu membuang ramalah bilakah tarikh PRU 12, namun ingin memberi komentar yang serba sedikit.

PRU 12 merupakan siri pilihanraya dalam sistem demokrasi di Malaysia. Siri pilihanraya ialah hasil daripada kemerdekaan yang dicapai oleh Tanah Melayu daripada penjajahan British dan penjajah-penjajah lain. Kalau sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu (Malaysia kininya), tersohor dengan sistem beraja.

Sebagai rakyat, kita mestilah menggunakan peluang ini untuk membuat pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang. Bukan setakat wawasan dunia, bahkan menggaapai wawasan akhirat. Allah SWT telah memberi janjiNya kepada semua makhluk manusia. Sesiapa yang memilih kebaikan akan diganjar dengan nikmat yang tak terbayang. Sesiapa yang memilih kejahatan akan diganjar dengan azab yang tak terperi sakitnya.

Setiap masa dan setiap detik kita mampu untuk membuat pilihan antara kebaikan ataupun kejahatan berlandaskan al-Quran dan Assunnah. Kita boleh memilih yang mana satu semasa kita masih hidup. Jika ajal sudah datang menjemput dan kita sudah berada di mahsyar, kita sudah tidak mampu membuat pilihan. Yang Berkuasa Penuh ialah Allah Azzawajjala Yang Maha Berkuasa pada hari pembalasan.

Jadi terserahlah kepada kita semua untuk membuat pilihan berlandasakan al-Quran dan Assunnah termasuklah memilih parti dalam PRU 12 akan datang. Selidikilah mana ciri-ciri Parti yang diredhai Allah SWT dan parti mana yang dimurkai oleh Allah SWT sebagaimana serinkali kita minta doa dalam al-Fatihah “Ya Allah Tolong tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan orang yang telah engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang engkau murkai dan jalan orang yang sesat”.

Ya Allah SWT berilah hidayah, taufik dan kekuatan kepada kami untuk memilih kebaikan! Selamat menyambut PRU 12.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s