Keliru, Nak Pilih Mana Yang Satu?

 MANA SATU PILIHANKU??

Antara isu besar yang diperbincangkan dalam PRU 12 ialah mana satu yang hendak pilih calon. Calon BN atau BA atau BEBAS atau Parti Atas Pagar (PAP)-tidak keluar mengundi (keliru memilih yang mana satu). Masalah ini mungkin tidak berapa bermasalah kepada ahli yang tegar@teras kepada parti masing-masing. Semuanya sudah faham kenapa mereka memilih parti masing-masing. Sudah tahu matlamat parti masing-masing.

Pada masa yang sama saya dipersoalkan oleh beberapa rakan. Saya tidak mahu menyokong Parti Islam kerana calonnya bermasalah. Ada track record yang buruk. Saya pun tidak tahu daripada mana sumber maklumat tersebut. Siapakah rawinya dan sebagainya. Mungkin benar atau mungkin salah.

Habis saya tanya kepadanya “Habis itu kita hendak sokong parti yang tidak bekendak melaksanakan Islam?”.. Dia terdiam dengan soalan saya. Berfikir sejenak. Em…..tak menjawab persoalan itu. Mungkin akhirnya joint Parti Atas Pagar (PAP) akibat keliru untuk memilih. Akhirnya ramai juga yang memilih tidak perlu turun mengundi kerana semua calon yang dihantar dalam PRU 12 kali ini semuanya bermasalah.

Keliru terus keliru. Nampaknya jelas walaupun sesebuah parti itu membawa agenda yang baik dan menarik tetapi calon-calon yang dikedepankan bermasalah (pada pandangan pengundi bukan pada pandangan parti), tentulah memberi kesan yang besar kepada pengundi. Jangan kita hanya salahkan pengundi semata-mata tanpa meneliti apakah kesilapan kita.

Saya bukan pengulas politik, tapi saya salah seorang yang bakal mengundi. Saya ialah pengundi yang sah. Saya berhak untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan parti dan semua calon yang bertanding khususnya di Parlimen dan Dun saya. Sebahagian besar pengundi tidak akan turun mengundi kerana frust dengan parti tertentu. Janji tak serupa bikin. Sebelum PRU macam-macam dijanjikan. Apabila sudah menang, batang hidung pun tak nampak!

Kita wajib mendekati semua pengundi yang keliru ini. Wajib untuk memberi maklumat yang tepat. Kita juga wajib bersedia menjawab pelbagai persoalan daripada mereka. Kumpulkan sebagai bentuk culaan. Jika tidak mampu menjawab, tulis tanya orang yang lebih arif untuk menjawab kemudian. Yang penting kita kena jumpa mereka!

2 thoughts on “Keliru, Nak Pilih Mana Yang Satu?

  1. Salam kunjungan saudara AMin, saya ingin bertanya pandangan saudara. Jika kedua-kedua Parti yang bertanding bukan matlmatnya untuk meletakkan Islam sebagai asas memimpin negara, contohnya PKR dan BN. BN meletakkan calon bangsa Melayu dan PKR sebaliknya bagaimana anda melihat situasi ini. Tentunya pengundi Melayu akan cenderung kepada sebangsa dengannya. Dalam aspek ini, saya risau faktor perkauman menjadi langkah akhir pemilih. Sekadar perkongsian. Terima kasih.

  2. Syukran buat saudara Rahman,

    Untuk menjawab soalan saudara saya bukanlah yang paling arif.
    Mudahnya gunakan istilah feqh “Ambilah yang kurang mudarat daripada mudarat!” Fikir-fikirkanlah!

Tinggalkan Jawapan kepada aminchehassan Batal balasan