PRU-12 Bagaimana Memilih Pemimpin ?

pilihanraya.jpg

Bahang PANAS PRU 12 semakin terasa di negara kita bermula dengan pembubaran parlimen pada 13 Februari 2008 baru-baru ini. Disebabkan bahang panas PRU 12 ini ada yang sudah demam dan ada yang tidak demam akibat tidak terkesan dengan suhu kepanasan PRU 12 ini. Mungkin bahang kepanasan itu terhalang disebabkan beberapa halangan.

Bagi yang secara terus terkena bahang kepanasan PRU 12 sudah tentu sudah demam. Demam bukan bermakna sakit dan sebagainya, tapi demam menyebabkan aktif untuk bergerak kerja untuk PRU 12. Saya sendiri terkesan dengan bahan kepanasan PRU 12 kali ini.

Apa yang saya hendak utarakan ialah bagaimana seseorang itu hendak memilih pemimpin? Pemimpin bagaimana yang hendak dipilih? Apa ciri-cirinya? Mampukan pemimpin ini bekerja untuk rakyat? Tentu persoalan ini bermain-main di fikiran setiap pengundi. Ada sebahagian pula langsung tidak membuat penilaian. Memilih yang sudah biasa dipilih setiap tahun. Cuma mengundi kerana tanggungjawab.

Saya bukanlah penganalisis politik yang hebat, cuma seorang rakyat biasa yang inginkan perubahan. Perubahan yang penting daripada segala yang penting iaitu “Pelaksanaan Islam secara menyeluruh” yang menjadi tuntutan setiap yang beriman. Persoalan memilih pemimpin tidak terhenti di atas dunia sahaja, bahkan sampai ke negeri akhirat persoalan ini akan ditanya.

Sebab itu setiap hari kita berdoa dalam solat “Ya Allah tunjuki kami Jalan Yang Lurus!” Jalan yang mana? “Iaitu jalan orang-orang yang engkau telah beri nikmat kepada mereka!” Kita tak mahu “Jalan orang yang dimurkai dan sesat!”. Persoalannya setiap hari kita membaca doa ini, tetapi berusahakah kita untuk memahami tuntutan daripada doa kita ini? Atau sekadar membaca doa yang kita tidak memahaminya! Sungguh dikesali!

Semua pembaca yang singgah di blog saya ini, apa yang pasti Islam tetap akan menggunguli cara hidup di atas muka bumi ini. Cuma yang menjadi permasalahannya, Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Jika Islam dilaksanakan menyeluruh amanlah penduduk Bumi sekeliannya termasuk manusia, jin, binatang ternak dan semuanya!

Kita berhak untuk melawan perkara yang mungkar. Ini kerana kemungkaran mesti dicegah dengan sekuat hati. Cara pencegahan yang paling baik ialah dengan adanya kuasa pemerintahan. Kerajaan yang melaksanakan Islam yang sepenuhnya pasti melaksanakan kesemua perintah Allah dalam al-Quran. Di saat itu kita akan melihat sebuah Kerajaan Cerminan Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk tambahahan maklumat berkaitan PRU 12 sila layari

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=670&Itemid=72.

Bersama Memenangkan Parti Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s