Month: April 2008
Religion Population
Sumber : www.adherents.com
YB Khalid Samad
26/4/2008 – Satu detik bersejarah bagi penghuni Bukit Jelutong kerana kehadiran MB Selangor ke Dewan Bukit Jelutong. Saya telah diberi amanah sebagai anggota Unit Amal mengawasi kelancaran trafik dan juga tugas-tugas khas.
Alhamdulillah dapat bergambar bersama dengan tokoh YB IR Khalid Abdul Samad. Tinggi betul YB berbanding aku.
ERTI KEBAHAGIAAN
Beberapa hari yang lalu, saya menerima sms dari seorang pelajar yang pernah mengikuti kursus yang saya kendalikan.
Katanya, “Ustaz, apa yang saya sedar selama ini, ramai orang merasa bahagia dan gembira apabila dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Namun, pada hemat saya, ustaz mempunyai masa yang amat terhad bersama keluarga. Jadi, apa erti kebahagiaan dalam hidup ustaz? Harap, soalan ini mudah untuk dijawab. Bukan soalan, tetapi minta ustaz kongsi dengan saya jika tidak keberatan.”
Saya termenung. Kebetulan semasa itu saya sedang out station di Labuan. Berikut adalah jawapan saya kepadanya,
“Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri dan anak-anak, digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama. Lihatlah Ismail alayhi al-Salaam. Sering ditinggalkan bapanya. Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. Mereka bertemu kerana Allah, mereka berpisah kerana-Nya jua.”
Ustaz Hasrizal@Saifulislam.com
Piagam Negara Islam Madinah
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.
Senarai kandungan[tutup] |
Teruskan membaca
Perkembangan Islam
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
Teruskan membaca
Negara Islam vs Negara Sekular
Topik ini saya suka hendak panjangkan kerana ia salah satu isu hangat yang diperkatakan sejak dulu lagi sehingga kini.
Kenyataan Karpal Singh
Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP.
“Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam”
Ada juga kenyataan lain daripada beberapa individu yang menolak secara total negara Islam. Mereka lebih selesa berada dalam sistem sekular sekarang ini walaupun sudah terbukti negara sekular tidak mampu mengawal kerakusan manusia.
Saya menyatakan ” Jika telah terbukti sistem sekular tidak mampu mengawal kerakusan manusia, maka adakah masih logik untuk mempertahankannya?”
“Adakah jika kita menukar pemimpin sedia ada dan digantikan dengan pemimpin baru, tetapi sistem masih sama. Adakah kita masih dapat menjamin kronisme, nepotisme, rasuahnisme, zalimisme dan pelbagai lagi tidak akan berulang?”
“Saya jamin jika sistem sedia ada dikekalkan masalah yang sama yang wujud! Sebaik manapun manusia, jika terdedah kepada wang dan kekayaan dia boleh berubah serta-merta”
Nah, jika Negara Sekular penuh dengan permasalahan, ayuh kita sama-sama memberi laluan kepada Islam untuk mentadbir. Bila Islam mentadbir, semua akan merasa aman. Ini telah terbukti melalui sejarah-sejarah Islam yang dibaca dengan penuh ikhlas bukan penuh curiga.
Ayuh bawakan lagi pada saya contoh negara-negara Sekular yang tiada mempunyai masalah kronik? Walaupun tidak dinafikan negara Islam yang mempunyai isu tertentu tetapi ini bukan disebabkan Islam. Ini disebabkan mereka tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh!
Ilmuwan Islam syor guna Saat Makkah ganti GMT
MAKKAH: Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa ‘Greenwich Meridian Time’ atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi.
Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.
Penangan blog
Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.Oleh Ziauddin Sharuddin zia@nstp.com.my |
MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.
Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.
Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.
DAP desak PAS gugur negara Islam
Isu negara Islam semakin hangat diperkatakan oleh DAP sejak akhir-akhir ini. Kali ini Karpal Singh membuat kenyataan lagi.
Saya mengulangi sekali lagi persoalan, negara Islam kenapa masih takut?
Lihat berita di Malaysia kini tajuk “DAP desak PAS gugur negara Islam”
Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah mungkar dengan kekuasaan
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
|
|
Teruskan membaca |
Tafsir al-Maidah 80-82: Ilmu di kalangan orang fasik
![]()
Tuan Guru Abdul Hadi Awang |
|
Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik.Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.?Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu.Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya. Teruskan membaca |