Negara Islam, kenapa orang takut?

Entry kali ini saya cuba mengaitkan kenapa ramai orang takut dengan Negara Islam (Islamic State). Ketakutan ini bukan hanya di kalangan orang bukan Islam tetapi ia sendiri menghantui orang Islam.

Sebahagian umat Islam sendiri takut dengan perlaksanaan Negara Islam. Ada sebahagiannya ditakutkan dan ada sebahagiannya menakutkan orang lain.

Persoalaan Negara Islam ini menyebabkan ramai yang takut. Soalnya kenapa takut?

Kenapa Negara Islam orang takut? Itulah yang kita kena dapatkan jawapannya. Dalam ISLAM sesuatu hukuman HUDUD hanya dikenakan kepada yang bersalah. Yang tak bersalah kenapa takut?

Lihat kenyataan HUSAM MUSA dalam Malaysiakini :

http://www.malaysiakini.com/news/81046

Husam: Negara Islam bukan inti Pakatan
Fathi Aris Omar dan Beh Lih Yi | Apr 8, 08 2:00pm
Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS, kata naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.

“Pada zaman nabi Muhammad, tidak secara jelas menyebut negara Islam. Perdebatan tentang istilah ini boleh mengelirukan. Pada pendapat saya, kita perlu mencari istilah yang lebih disenangi atau dapat difahami oleh masyarakat ramai.

“Oleh negara Islam sebagai idealisme (PAS), maka ia memberikan satu panduan kepada petugas-petugas PAS.

“Inti daripada apa yang diperjuangkan mereka ialah tadbir urus Islam – perkara-perkara yang perlu bagi sesebuah kerajaan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam seperti amanah, telus, adil dan saksama, tanpa diskriminasi, membantu yang lemah, prihatin, …

“Prinsip-prinsip tadbir urus ini lebih mustahak kerana keadaan negara  hari ini – rasuah yang melanda, penghakisan (kebebasan) dalam badan kehakiman, kebebasan bersuara, kebebasan beragama,

“Pada pendapat saya, perkara yang paling kritikal yang memerlukan penyelesaian segera dan (agenda) ini semua selari dengan Islam.

“Jadi kita elakkan sesuatu yang kabur, yang menimbulkan kekeliruan, … kita pergi kepada sesuatu yang intipati yangg kritikal kepada negara kita.”

Berikan pandangan anda kenapa orang takut dengan Negara ISLAM?