Negara Islam, kenapa orang takut?

Entry kali ini saya cuba mengaitkan kenapa ramai orang takut dengan Negara Islam (Islamic State). Ketakutan ini bukan hanya di kalangan orang bukan Islam tetapi ia sendiri menghantui orang Islam.

Sebahagian umat Islam sendiri takut dengan perlaksanaan Negara Islam. Ada sebahagiannya ditakutkan dan ada sebahagiannya menakutkan orang lain.

Persoalaan Negara Islam ini menyebabkan ramai yang takut. Soalnya kenapa takut?

Kenapa Negara Islam orang takut? Itulah yang kita kena dapatkan jawapannya. Dalam ISLAM sesuatu hukuman HUDUD hanya dikenakan kepada yang bersalah. Yang tak bersalah kenapa takut?

Lihat kenyataan HUSAM MUSA dalam Malaysiakini :

http://www.malaysiakini.com/news/81046

Husam: Negara Islam bukan inti Pakatan
Fathi Aris Omar dan Beh Lih Yi | Apr 8, 08 2:00pm
Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS, kata naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.

“Pada zaman nabi Muhammad, tidak secara jelas menyebut negara Islam. Perdebatan tentang istilah ini boleh mengelirukan. Pada pendapat saya, kita perlu mencari istilah yang lebih disenangi atau dapat difahami oleh masyarakat ramai.

“Oleh negara Islam sebagai idealisme (PAS), maka ia memberikan satu panduan kepada petugas-petugas PAS.

“Inti daripada apa yang diperjuangkan mereka ialah tadbir urus Islam – perkara-perkara yang perlu bagi sesebuah kerajaan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam seperti amanah, telus, adil dan saksama, tanpa diskriminasi, membantu yang lemah, prihatin, …

“Prinsip-prinsip tadbir urus ini lebih mustahak kerana keadaan negara  hari ini – rasuah yang melanda, penghakisan (kebebasan) dalam badan kehakiman, kebebasan bersuara, kebebasan beragama,

“Pada pendapat saya, perkara yang paling kritikal yang memerlukan penyelesaian segera dan (agenda) ini semua selari dengan Islam.

“Jadi kita elakkan sesuatu yang kabur, yang menimbulkan kekeliruan, … kita pergi kepada sesuatu yang intipati yangg kritikal kepada negara kita.”

Berikan pandangan anda kenapa orang takut dengan Negara ISLAM?

12 thoughts on “Negara Islam, kenapa orang takut?

  1. Berikan pandangan,kenapa orang suka sangat nak jadikan malaysia sebagai Negara ISLAM?

    MACH : TERIMA KASIH TINAKARAN. KAMI SEBAGAI SEORANG MUSLIM MEMAHAMI BAHAWA ISLAM BUKAN HANYA UNTUK DIPRATIKKAN SECARA INDIVIDU. ISLAM MESTI DIPRATIKKAN DALAM SEGENAP KEHIDUPAN. ISLAM AGAMA YANG LENGKAP. JIKA ISLAM HANYA SESUAI UNTUK DIAMALKAN HANYA UNTUK INDIVIDU, SESUATU BANGSA SAHAJA, TEMPAT TERTENTU SAHAJA MAKA ISLAM TIDAK SESUAI UNTUK DIAMALKAN, TETAPI ISLAM SERBA LENGKAP. CUBA ANDA BUAT KAJIAN LANJUT DAN PERBANDINGAN ISLAM DENGAN AGAMA-AGAMA YANG LAIN SECARA TERPERINCI DAN IKHLAS.

  2. Sebenarnya orang Islam itu sendiri sembunyi atau mungkin menyembunyikan, disembunyikan atau tersembunyi dari Syariat AlQuran. Maka kitab Al Quran itu terus sepi dari pandangan, pengentahuan, kepercayaan mahupun amalan manusia, apatah lagi ingin perjelaskan kepada semua tentang Islam Hakikatnya orang Islam masih lagi jumud dengan Al Quran, mengapa begitu;

    MACH : MUNGKIN ADA BENARNYA PENDAPAT ANDA. PERSOALANNYA KENAPA DISEMBUNYIKAN, SIAPA MENYEMBUNYIKAN, APA YANG DISEMBUNYIKAN. BERAPA RAMAI UMAT ISLAM KHUSUSNYA ORANG MELAYU DI MALAYSIA TAHU BAHASA ARAB? FAHAM MAKNANYA SEKALI. PENENTANGAN ISLAM BUKAN SEKADAR DARIPADA BUKAN ISLAM, BAHKAN DATANG DARI ORANG YANG MENGAKU ISLAM.

    Ramai muslim itu sendiri berpandangan Al Quran itu adalah sebuah kitab (buku) suci. jika ingin memegang AlQuran mestilah ada wuduk. Sedangkan kitab Al Quran itu adalah Qalamullah perlu ada didada setiap insan apatah lagi bergelar islam(bukan hanya didalam sebuah buku). Bagaimana seorang bukan Islam ingin mendalami dan memahami Alquran. sedangkan kitab hanyalah bersifat makhluk, sehingakan kan orang bukan Islam perlu bersusah payah untuk mengetahui ilmu Allah.

    MACH : AL-QURAN MERUPAKAN QALAMULLAH YANG SUCI. ISINYA PUN TERJAGA SEPANJANG MASA. AL-QURAN DIKEHENDAKI DIPEGANG DALAM KEADAAN WUDUK ADA SEBABNYA. AL-QURAN ITU SENDIRI MULIA DAN HANYA ORANG YANG INGIN MENCARI KEBENARAN INGIN MERUJUKNYA. BUKAN ISLAM YANG INGIN MEMAHAMI AL-QURAN BOLEH MENCARI KITAB TAFSIR SEPERTI TAFSIR IBNU KHATIR, FI ZILALI QURAN DSBGNYA.

    Sedarlah Al Quran untuk manusia, Al Quran untuk makhluk dan bukan untuk orang Islam sahaja. Diharap para Alim ulama perjelaskan keaadan ini sebenar. Sedarlah Jika dengan Hidayah Allah orang bukan Islam dapat mendalami isi kandungan dengan sebaiknya, pasti mereka akan merasa bertuah disamping penyesalan yang teramat sangat kerana tidak medalami Al Quran dari dahulu lagi. Antara sebab Kristian diterima agama lain adalah kenana kitab Bible dibiarkan dibaca dan difahami oleh sesiapa sahaja. Perliharalah Al Quran di dalam diri, bukan hanya untuk dibaca atau dipertandingkan. Jelaskanlah kepada orang Islam langkah pertama ini. katakan kepada mereka Al Quran bukan mengajak berjuang untuk bangsa. Berdialog dengan mereka apa itu Islam, perjelaskan apa itu Al Quran. Orang Cina, India dan lain-lain pasti lebih terbela dari sekarang. Katakan kepada mereka dalam tempoh 7 tahun kiranya negara Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya PASTI tidak akan ada orang yang merempat di bumi Malaysia yang bertuah ini. Ini bukan janji saya ini janji Allah.

    MACH : KAMI BERSAMA KITA SEDARKAN DIRI KITA DAN UMMAT ISLAM KHUSUNYA!

    Oleh itu.

    langkahpertama. katakan kepada semua Tak perlu ada wuduk untuk memegang kitab Al Quran. kerana itu bidaah. (Zaman rasullullah belum ada lagi kitab Al quran yang ada adalah AlQuran).

    MACH : ITU KENA DAPAT PENJELASAN TERPERINCIN ULAMA’.

  3. Kata bidalan orang tua2 dahulu “Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah” maka sesuailah jika direnung2kan bila ada di kalangan ahli masyarakat hari ini bagaikan ‘takut pada bayang-bayang sendiri’ hinggakan meng’hantui’ ke dalam diri tentang betapa ISLAM itu suatu yang boleh ‘menghukum mereka’ yang berbuat salah.Kerana dalam Islam ada kelembutan dan ketegasan dalam perlaksanaan hukum.
    Ibarat sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW: “Selagi pintu taubat masih terbuka,kemaafan dan keampunan sentiasa ada” namun apa yang mutlak tetap hukumnya ‘mandatori’…fikir-fikirkan dan Insaflah! Islam itu yang terbaik dan tidak ada yang terbaik lebih daripadanya.

  4. “Dalam ISLAM sesuatu hukuman HUDUD hanya dikenakan kepada yang bersalah. Yang tak bersalah kenapa takut?”

    Tak perlu takut.Tapi kalau didapati tidak bersalah kemudian hari, selepas dihukum…macam mana?

  5. Orang Islam ada lah terrorists:bunuh budak sekolah-bomb bus sekolah,bunuh perempuan-Benazir Bhutoh,bunuh rakyat biasa-selatan Siam.Sebab ini lah orang takut kepada Islam.

  6. Kenapa orang takut dengan negara Islam? well good topic, firstly i m sorry that i have to pen down my comments in english, although i m a converted muslim i for one feels that people in general are not afraid with this country being islamic. its actually more towards who runs the country, most citizen of different ethnic groups or race can still accept islam in general as the national religion and bahasa malaysia as the national language, in general the malay race is linked wth islam, malays in general feels that they own this country, maybe not all but some, which is enough to set an example to others. they make the other race feels like outcast. the results of the 12th general election speaks for itself, as how most western countries linked islam wth terrorist, the same would happen to the malays in this country if nothing is done to change their mindset. in short, its not being a muslim that people are afraid of its actually the character, and arrogance of some malays that reflects the religion.

  7. Kebebasan orang ramai. Negara islam mengharamkan terlalu banyak perkara. Lelaki and perempuan pun kena pisah dengan jelas. Malaysia adalah satu negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang beragama lain, mempunyai latar belakang agama yang berbeza. lagipun sekarang zaman IT, zaman Tekno.. mana ada orang yang ingin terikat kepada undang undang islam?

    MACH : TERIMA KASIH SAUDARA CRIS. ISLAM MELARANG SESUATU PERKARA KERANA ADA SEBAB DAN MUSABAB. LELAKI DAN PEREMPUAN MEMPUNYAI BATAS-BATAS TERTENTU. INI MERUPAKAN KAEDAH UNTUK MEMASTIKAN TIADA PERGAULAN BEBAS SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK-ANAK LUAR NIKAH. UNDANG-UNDANG ISLAM SESUAI UNTUK SEMUA MANUSIA, SETIAP ZAMAN SEHINGGA HARI KIAMAT. CUBA DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN ISLAM.

  8. Hei, faham sikit! Negara ini bukan hanya kepunyaan orang Islam, Malayu atau Pas faham! Orang islam yang liberal dan bertamaddun sendiri tak nak negara Islam! Tah-tah nanti jadi macam Iran dan Arab Saudi yang berfikiran mundur tu! Kenapa tak habis-habis perjuangkan isu ini sedangkan isu yang lebih penting seperti kekejaman pemimpin-pemimpin Islam sendiri tak pula hang nak lawan!

    MACH : MADINAH SEMASA PEMERINTAHAN ISLAM DULU PUN BUKAN 100% ISLAM. ADA ISLAM, ADA YAHUDI, MAJUSI, KRISTIAN DLL. NEGARA ATAUPUN DUNIA NI MEMANG BUKAN MILIK ORANG ISLAM, MELAYU, PAS, UMNO, PKR ATAUPUN SIAPA-SIAPA. DUNIA INI MILIK AL-KHALIK, ALLAH SWT. ORANG ISLAM TAK AKAN BERHENTI BERJUANG SELAGI MANA ISLAM TIDAK DAPAT DITEGAKKAN!

    Baiklah hang perjuangkan isu-isu yang lebih penting seperti kemusnahan ISA, penindasan dan kekejaman terhadap kaum wanita, yang tukar agama dan bukan Islam terutamanya bawah “undang-undang” Sharia, pembunuhan terhadap rakyat Islam dan bukan islam yang tak berdosa, dan macam-macam lagi, semuanya oleh orang-orang islam sendiri!

    MACH : SEMUA PERKARA YANG ANDA SEBUT IALAH MASALAH CABANG! BUKAN MASALAH UTAMA! MASALAH UTAMA IALAH PERLEMBAGAAN KITA SEKARANG IALAH PERLEMBAGAAN LORD REID. BUKAN PERLEMBAGAAN ISLAM! SEBAB ITULAH KEZALIMAN BERLELUASA. ORANG ISLAM SENDIRI SUDAH TIDAK YAKIN DENGAN PENYELESAIAN ISLAM. KALAU BAB EKONOMI NAK PAKAI SISTEM ISLAM PULAK? ORANG BUKAN ISLAM DAH BERLUMBA-LUMBA. FIKIRKANLAH.

    ORANG ISLAM BERFIKIRAN FUNDAMENTALIST DAN FANATIK MACAM INILAH YANG MENJATUHKAN ISLAM! DAN JGN NAK PERSALAHKAN ORANG BUKAN ISLAM! SEDARLAH SIKIT KENAPA ORANG ISLAM LIBERAL YANG BERTAMADDUN DAN BUKAN ISLAM DAH MUAK DENGAN FIKIRAN ORANG ISLAM YANG BAHLUL MACAM NI! LIHATLAH SEKALI LAGI SIAPA YANG KEJAM KALAU BUKAN PEMIMPIN ISLAM SENDIRI, TERUTAMANYA DARI UMNO; LETAK ORANG DALAM PENJARA TANPA BICARA BAWAH ISA, GILAKAN KORUPSI, GILAKAN BERBINI SAMPAI 2/3 SEDANGKAN SATU TAK TERJAGA, KEGANASAN & PENINDASAN TERHADAP KAUM WANITA DALAM ISLAM, SIFAT TALAM DUA MUKA YANG AMAT KEJI SEPERTI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM DI TIMUR TENGAH DAN MALAYSIA SENDIRI YANG MENYEMBAH KERAJAAN KAPITALISMA AMERIKA DAN BRITAIN -KERANA KETAMAKAN, DAN MACAM-MACAM LAGILAH! JADI, HANG SEMUA JGN NAK MENYALAHKAN BUKAN ISLAM, CERMIN DIRI SENDIRI, TAK TAHU MALU PUNYA MANUSIA! DAN PAS, KALAU KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT LAGI BAGUS; TAK BOLEH PERCAYA – MACAM ULAR BERBISA DENGAN LIDAH BERCABANG!!!!!!!!!!

    MACH : TERIMA KASIH ATAS KOMEN SAUDARA/I. SAYA BUKAN BERCAKAP ATAS STAND PAS ATUPUN UMNO. SAYA BERCAKAP ATAS STAND SAYA SENDIRI. SEMUA MASALAH YANG SAUDARA KHABARKAN DI ATAS ADA PENYELESAIANNYA IAITU KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. SEGALA PENYELESAIAN KEPADA PERMASALAHAN YANG SAUDARA SEBUT ADA DALAM KEDUA-DUA SUMBER TERSEBUT. CUBA FIKIRKAN!

  9. Pingback: Negara Islam, Orang Bukan Islam perlu penjelasan! « MACH

  10. Assalamualaikum sahabat, bila melihatkan tajuk dan komentar para pengunjung blog enta, ana rasa inilah ‘Keindahan Islam’. Islam menggalakkan satu perbincangan, pendekatan bertukar pandangan untuk mencari kesahihan.
    Kepada para pengunjung, yang masih mencari ‘Keindahan Islam’ sama-sama didoakan semoga kalian bertemu dengan sinar Islam itu dengan sebaiknya.

    Saya selaku yang kurang ilmu dan pengetahuan ini, sama-sama belajar dengan semua. InsyaALLAH, kebenaran Islam itu pastinya akan menjelma.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s