MENJAUHKAN DIRI DARIPADA HUTANG

Seorang Muslim hendaklah menimbang antara permasukan dan pengeluarannya, juga antara pendapatan dan pembelanjaannya, sehingga dia tidak terpaksa berhutang dan merasa dirinya hina kerana berhutang kepada orang lain.

Islam telah berusaha memperingatkan kita dengan pelbagai cara agar kita menjauhkan diri dari berhutang. Dalam satu hadith sahih Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang. (Riwayat Muslim)

Dari Muhammad ibn Abdullah ibn Jahsh berkata : Pernah Rasulullah SAW duduk semasa jenazah diletak, banginda mengangkat kepalanya ke langit, kemudian menundukkan pandangannya dan meletakkan tangannya di atas kening. Kemudian Baginda SAW bersabda :

Maksudnya : SubhanaAllah….subhanaAllah, betapa beratnya yang diturunkan. “Ibn Jahsh berkata, “Kami memperhatikan (keadaan Rasulullah SAW itu) tetapi kami diam, sehinggalah keesokkan harinya saya bertanya kepada Rasulullah SAW. “Apakah keberatan yang diturunkan itu?” Rasulullah bersabda : “Hutang! Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, jikalau seseorang terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup, kemudian terbunuh, kemudian hidup kemudian terbunuh, sedangkan ia mempunyai hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sehingga dia menunaikan hutangnya. (Riwayat an-Nasai)

Ini menunjukkan betapa amat mustahaknya hak-hak manusia (huquq al ‘ibad), terutama hak-hak yang berkenaan dengan harta, sehingga pahala seorang yang syahid di jalan Allah SWT yang merupakan cita-cita tertinggi orang-orang beriman, tidak berkesan untuk menyelesaikannya. Bahkan juga, jika kematian secara syahid itu berlaku berulang-ulang sekalipun, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas.

Oleh itu, pada mulanya Rasulullah enggan menyembahyangkan jenazah orang yang meninggalkan hutang dan tidak meninggalkan harta yang cukup bagi menjelaskan hutangnya. Apalagi jikalau tidak ada seorang pun yang mahu menanggung hutangnya itu. Beberapa hadith sahih telah diriwayatkan sempena perkara ini.

Dari Uqbah ibn Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : Janganlah engkau takut-takuti jiwa setelah ia tenteram. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah (yang menakut-nakutkan jiwa) itu? “Baginda menjawab: “Hutang.” (Riwayat Ahmad)

Diriwayatkan oleh kedua-dua Syeikh hadith (Imam Bukhari dan Imam Muslim), daripada Anas, daripada Nabi SAW, dalam doanya menyebut :

Maksudnya “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kebaculan dan kebakhilan, dan daripada beratnya hutang dan penindasan orang.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Perkataan ‘dhal’ud dayn’, yang terdapat dalam hadith di atas bermakna : orang yang berhutang tetapi tidak tahu bagaimana dia membayar hutangnya. Ia diambil dari perkataan Arab, ‘himl mudhla’ yakni beban yang berat, atau ‘dabbah mudhla’, yakni binatang tunggangan yang tidak kuat memikul beban.

Dalam beberapa riwayat dikatakan:

Maksudnya: “Hutang membawa cela kepada agama.”

Sabda Baginda SAW pula :

Maksudnya : “Hutang mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari.”

Para ulama mengatakan bahawa hutang dapat mendatangkan celaan dan kehinaan kerana ia meresahkan hati dan perasaan serta menyebabkan kesusahan untuk membayar.

Ia juga menyebabkan seseorang merendahkan diri kepada orang yang member hutang apabila bertemu, di samping menanggung beban apabila terlambat untuk membayarnya.

Mungkin dia terlanjur berjanji untuk membayar tetapi tidak dapat menepatinya. Oleh sebab itu dia terpaksa member alas an dusta kepada orang yang member hutang, atau bersumpah lalu dilanggarnya sendiri sumpahnya itu. Demikianlah seterusnya.

Itulah mengapa Rasulullah SAW sentiasa memohon perlindungan dari hutang sehingga sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, alangkah banyaknya engkau meminta perlindungan dari hutang?”. Baginda SAW menjawab :

Maksudnya: “Sesungguhnya apabila seseorang berhutang maka dia akan berbicara lalu berbohong, atau berjanji lalu mengingkari (janji)nya.”  (Muttafaqun ‘alaihi)

Barangkali seseorang telah meninggal dan belum membayar hutangnya, maka dirinya dijadikan cagaran bagi hutangnya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Jiwa seorang mukmin di dalam kuburnya merupakan cagaran bagi hutangnya, sehingga ia dibayar”.

Kesemua perkara inilah yang menyebabkan rendahnya nilai agama, hilang kecantikannya dan berkurang kesempurnaannya.

Hutang tidak hanya berbahaya kepada seseorang sehingga membawa aib kepada agamanya. Ia juga berbahaya terhadap kehidupan masyarakat pada satu Negara. Dewasa ini betapa ramai kita saksikan masyarakat pada satu Negara berhutang kepada Negara yang lain.

Perbuatan inilah yang membuat sebahagian Negara-negara miskin terjerumus ke dalam jerangkap Negara-negara kaya. Mereka tenggelam dalam hutang yang berjumlah puluhan billion dolar yang berkekalan.

Kalaulah dahulu mereka membiasakan diri untuk bersandar kepada Allah SWT dan bertumpu kepada potensi diri sendiri, kemudian bertekad untuk menjalani kehidupan dengan sedikit harta yang dimiliki, walaupun terpaksa harus berjimat dengan standart kehidupan yang jauh daripada ukuran kesempurnaan dan kemewahan, nescaya ketabahan itu akan membuat tubuhnya menjadi kuat dan sempurna. Sesungguhnya cara sedemikian itu lebih baik, lebih bermanfaat dan lebih dekat kepada keredhaan Tuhan.

Dipetik daripada buku bertajuk : Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam terjemahan daripada tulisan Yusuf al-Qaradawi muka surat 324 – 328.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s