Formula Kesatuan Melayu

Selepas PRU 12, isu berkaitan dengan perpaduan Melayu banyak dipersoalkan. Kenapa selepas PRU 12? Selepas BN gagal mendapat 2/3 kuasa parlimen? . Selepas UMNO hanya mendapat 77 kerusi parlimen?

Saya bukanlah yang paling alim tentang formula kesatuan Melayu. Saya juga bukanlah pakar dalam menghasilkan formula. Namun jauh di dalam hati kita orang Melayu ingin melihat bangsa kita bersatu.

Bukan orang Melayu sahaja yang ingin bersatu, orang Cina, orang India dan lain-lain pun di ajak bersatu. Kesatuan dan perpaduan bukan hanya terhad sesama Melayu bahkan seluruh bangsa Manusia.

Agenda kesatuan Melayu harus digerakkan secara serius. Orang Melayu tidak boleh disatukan kecuali dengan berpegang kepada sumber yang kuat dan utuh. Tidak lain dan tidak bukan ialah Al-Quran dan As-sunnah!

Sepatutnya kepimpinan Melayu duduk bersama merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah untuk mendapat penyatuan. Orang Melayu tidak akan dapat bersatu sampai kiamat jika tidak menjadikan dua sumber rujukan ini sebagai sumber utama. Bukan soal penyatuan Melayu sahaja tidak dapat, bahkan lebih besar lagi penyatuan bangsa manusia.

Sedarlah kita dalam abad ke-21 ini, apa-apapun boleh berlaku. Penjajahan bentuk baru akan terus diteruskan oleh penjajah. Bangsa kita, Melayu sepatutnya mendahului ke depan untuk menawarkan kepada bangsa-bangsa lain, bahawa Islam ada penyelesaiannya untuk perpaduan, keamanan, kesatuan, keselamatan dan segenap aspek.

Saya pemuda berbangsa Melayu, menyeru semua bangsa khususnya Melayu agar kita kembali menghayati dan berusaha mendalami formula yang telah diberikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan As-sunnah untukkembali bersatu!

Lihat tajuk berita dalam Harakahdaily.net bertajuk Perpaduan Melayu tidak lagi bergantung kepada Umno – Presiden PAS  dan berita bertajuk Melayu tidak, Umno yang tercabar di Malaysiakini.com/bm

Perpaduan Melayu tidak lagi bergantung kepada Umno – Presiden PAS
Azamin Amin
Sun | Apr 13, 08 | 10:07:41 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) – Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu membuktikan bahawa Umno sudah tidak layak lagi menerajui bangsa dan umat Melayu setelah parti itu menghakis dan memupuskan keperibadian dan identiti Melayu selama memegang tunggak kuasa. <!––><!––>Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang berkata perpaduan dan survival Melayu sebenar akan dapat dipupuk bukannya melalui perubahan di dalam Umno sebaliknya melalui perubahan drastik terhadap sikap dan pendirian kerajaan Persekutuan yang masih di dalam tangan parti berkenaan.

“Umno ditolak dalam pilihan raya lalu kerana umat Melayu mahukan perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dibuat dari Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu pagi tadi.

Kata Ustaz Hadi segala bentuk penjajahan minda orang Melayu yang dibelenggu oleh kehadiran peraturan dan perundangan yang dicipta oleh Umno perlulah segera dihapuskan bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.

Antaranya peraturan yang perlu dihapuskan ialah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat kemajuan dan kebebasan berfikir mahasiswa dan pensyarah serta ahli akademik Melayu selama ini, katanya.

“Begitu juga media arus perdana, perlu dibebaskan agar orang Melayu dapat berfikir dengan lebih matang dan kritikal.

“Kerajaan perlu membenarkan wujudnya lebih banyak media yang bersifat ilmiah dan bukannya menjurus kepada hiburan yang menghayalkan semata-mata, yang banyak mencorakkan budaya dan pemikiran bangsa Melayu kini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan di bidang ekonomi, orang-orang Melayu jauh tercicir dan sering terpinggir apabila amalan-amalan ekonomi digunakan sebagai umpan dan rasuah untuk memperolehi sokongan dan kuasa.

“Pemberian subsidi dan bantuan kerajaan seolah menjadi hak dan percaturan Umno sehingga orang Melayu akhirnya tidak maju sebaliknya lesu dan tertipu,” katanya.

Ustaz Hadi menjelaskan bahawa perpaduan dan kekuatan Melayu akan terbina jika orang-orang Melayu sentiasa disuntik dengan kesedaran beragama malah penyebaran dan dakwah serta kesedaran Islam perlulah dipulihkan segera.

“Selama ini jabatan-jabatan dan institusi agama diperkudakan oleh Umno untuk kepentingan dan kelangsungan politik mereka.

“Orang-orang Melayu yang tidak menerima kefahaman Islam sebenar akhirnya tidak menguntungkan bangsanya malah menjadi liabiliti kepada ummah,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang.

Melayu tidak, Umno yang tercabar
Chan Kok Leong | Apr 13, 08 7:45pm
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu ketuanan Melayu semakin dimainkan oleh Umno bagi mengalih perhatian umum daripada masalah dalaman ekoran prestasi buruknya dalam pilihanraya umum lalu.

bbpm tengku faris 120408 crowdBeliau, yang juga mantan timbalan presiden Umno, menegaskan demikian ketika ditanya mengenai berita muka depan Mingguan Malaysia bertajuk ‘Ketuanan Melayu tercabar’ hari ini.

Ketika bertitah dalam Perhimpunan Perpaduan Melayu semalam, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, tidak wajar bagi kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan yang sama dengan orang Melayu.

“Kita tidak mendengar mengenai isu (hak Melayu) ini bulan lalu atau sebelum pilihanraya umum. Saya percaya niat mereka adalah untuk mengalih pandangan umum,” kata Anwar.

Katanya, apa yang lebih penting ialah memperjuangkan ‘ketuanan rakyat’.

“Dan apabila kita sebut ‘rakyat’, ia termasuklah orang Melayu… terutama yang yang tertindas dan bukannya yang kaya,” kata Anwar, yang juga bekas menteri kewangan.

“Pendekatan kita seharusnya untuk membantu rakyat yang dipinggirkan, yang dinafikan peluang dan hak mereka. Oleh itu, ia termasuklah orang Melayu, Cina, India dan rakyat Malaysia yang lain,” katanya.

Anwar berkata, beliau yakin bahawa Pakatan Rakyat akan terbukti lebih berkesan dalam membantu rakyat, berbanding dengan Umno ataupun BN sebelum ini.

Jawab kritikan Dr M

Mengulas mengenai kritikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan beliau dengan Yahudi, Anwar menolak dakwaan itu sebagai “tidak masuk akal”.

mahathir hulu langat 120408 press conferenceBercakap kepada pemberita pada forum kepimpinan Melayu di Kajang semalam, Dr Mahathir berkata hanya orang Israel yang akan mengundi Anwar jika beliau mahukan jawatan Perdana Menteri.

“Beliau (Dr Mahathir) nampaknya semakin letih dan keliru. Saya tidak pernah bertemu mana-mana pemimpin Israel, tetapi beliau ada berjumpa… secara diam-diam, ketika beliau menjadi perdana menteri,” katanya.

Anwar berkata, Dr Mahathir berurusan dengan pihak Yahudi, membabitkan AS$1.2 juta yang didakwa telah dibayar kepada pelobi Amerika Syarikat, Abramoff untuk mengatur pertemuan beliau (Dr Mahathir) dengan presiden negara kuasa besar itu George W Bush pada 2002.

Anwar menasihati Dr Mahathir supaya memberikan tumpuan  menjaga kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada rakyat atas kezaliman yang telah dilakukannya.

Dr Mahathir juga, tambah Anwar, perlu menjelaskan tentang bagaimana beliau telah memusnahkan badan kehakiman, mengawal media, bagaimana beliau menahan beratus-ratus orang bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ketika Operasi Lalang 1987.

Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu menjelaskan pembabitannya dalam pelbagai amalan rasuah, salah urus, mencuri dana kerajaan melalui banyak syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian seperti Perwaja Steel.

“Saya fikir lebih baik beliau menjawab isu-isu berkenaan,” tegas Anwar.

Hadiri perhimpunan esok

Mengenai desakan Dr Mahathir supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, Anwar berkata:

anwar election reforms parliament voting ballot 210707“Sejak dulu lagi saya tidak pernah mengambil serius pandangan Dr Mahathir.”

“Sudah tentulah perdana menteri tidak boleh mengelak daripada bertanggungjawab terhadap kekalahan BN, tetapi beliau mengetuai kempen pilihanraya bersama dengan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” kata Anwar.

“Najib yang menerajui kempen dan Abdullah adalah perdana menteri, jadi kedua-dua mereka perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk mereka,” katanya.

Mengenai rancangannya untuk bertanding kerusi parlimen, Anwar sekali lagi berkata, ia tidak penting sekarang kerana beliau mahu menumpukan kepada usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

“Kerjaya (politik) peribadi saya bukan satu keutamaan kerana saya masih ada masa,” tambahnya.

Ditanya mengenai pelan peralihan kuasa Abdullah kepada timbalannya, Anwar berkata:

“Umno dan parti-parti komponen utama (BN) dalam keadaan huru-hara sekarang. Pilihan terbaik untuk mereka ialah menyertai Pakatan Rakyat.”

Anwar dijadual menghadiri satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru esok untuk menandakan tamat larangan ke atas beliau aktif dalam politik.

Larangan selama lima tahun itu berakhir pada Selasa depan.

ISLAM ADALAH PENYATUAN SEMUA BANGSA! ISLAM IS A CONGLOMERATE FOR ALL RACE!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s