Negara Islam, MCA perlu bertemu dengan PAS

Isu negara Islam dan perpaduan Melayu nampaknya menjadi isu yang dikedepankan sejak akhir-akhir ini. Antaranya kenyataan MCA dalam Malaysiakini bertajuk MCA: Tolak Negara Islam PAS. Jelas MCA menolak negara Islam yang dicadangkan oleh PAS kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

MCA juga menolak kenyataan Tengku Mohamed Faris tentang perpaduan Melayu dalam utusan hari ini.

MCA juga sebagaimana UMNO. Parti ini dilihat mewakili bangsa Cina di Malaysia sebagaimana dengan MIC. Parti yang berasaskan bangsa semata sejak akhir-akhir ini nampaknya di tolak oleh masyarakat Malaysia umumnya.

Perjuangan bangsa akan menyemarakkan lagi perpecahan dan perpaduan dalam masyarakat. Orang Melayu, Cina dan India tidak akan menemui satu formula yang padu jika keutamaan diberikan kepada bangsa masing-masing.

Sebelum ini Gerakan telah mencadangakan agar BN dijadikan satu parti yang terdiri daripada semua kaum. Ini dilihat sebagai satu cadangan yang begitu kritis dan berani selepas PRU 12.

Jika UMNO memperjuangkan bangsa, PAS memperjuangkan semua bangsa. PAS yang bertunjangkan Islam jelas mengambarkan perihal ini. Lihat sahaja sejak akhir-akhir ini masyarakat India dan Cina boleh menerima PAS.

PAS yang memperjuangkan Islam. Islam merupakan cara hidup untuk semua bangsa. Islam agama keadilan, keamanan, keselamatan dan kesaksamaan hatta kepada yang bukan Islam.

Jika Islam memerintah, semua bangsa dan agama akan mendapat pembelaan sewajarnya. Islam melarang umatnya untuk menganggu agama lain. Dalam Islam jika penganutnya menggangu orang bukan Islam tanpa sebab yang jelas, mereka akan juga dihukum.

ISLAM bukan milik PAS. ISLAM adalah milik semua. Jangan terpedaya dengan maklumat palsu tanpa mengkaji. MCA seharusnya bukan menerima maklumat negara Islam daripada UMNO. MCA seharusnya mengkaji dan meneliti dan berdiskusi dengan PAS apakah itu negara ISLAM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s