Hina Nabi Muhammad, warga Singapura didakwa

Hari ini seperti kebiasaan, saya menerewang ke Utusan Online. Tertarik dengan satu tajuk berita iaitu Hina Nabi Muhammad, Warga Singapura Didakwa. Lihat berita di bawah :

Hina Nabi Muhammad, warga Singapura didakwa

SINGAPURA 16 April – Sepasang warga Singapura didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut kerana mengedar bahan penerbitan yang berbentuk negatif mengenai Nabi Muhammad SAW, lapor sebuah akhbar hari ini.

Akhbar The Straits Times, melaporkan Ong Kian Cheong, 49, dan pasangannya Dorothu Chan Hien Leng, 44, telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan dan Akta Penerbitan Larangan.

Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut laporan itu, sementara pegawai mahkamah pula gagal dihubungi.

Laporan itu tidak menyatakan maklumat lanjut tentang bahan penerbitan berkenaan, tetapi menjelaskan, pasangan terbabit telah mengedarkannya kepada dua orang pada bulan Mac dan bulan Oktober tahun lalu.

Singapura, sebuah negara pulau yang mempunyai penduduk daripada pelbagai etnik, menentang sebarang cubaan mewujudkan ketegangan antara kaum.

Pada tahun 2005, dua lelaki keturunan Cina telah dipenjara kepada mewujudkan blog anti-Islam.

Sementara seorang penulis blog pula telah diberi amaran keras tahun lalu kerana menyiarkan karikatur Nabi Isa.

Majoriti penduduk Singapura terdiri daripada kaum etnik Cina, sementara selebihnya merangkumi etnik Melayu Islam, India dan lain-lain.

– AFP

Ulasan : Semakin hari semakin ramai orang kafir menyerang Islam, Al-Quran, dan peribadi Nabi Muhammad SAW. Di manakah usaha kita untuk menjawab balik persoalan mereka ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s