Kenali Tokoh Politik Semasa Malaysia

Tn Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Hj Nik Mat

Tn Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang

Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

Dato’ Seri Abdullah Badawi

Tun Dr Mahathir Mohd

Ulasan : Setiap tokoh dan pemimpin mempunyai aura kepimpinan masing-masing. Mana satu pilihan anda?

Advertisements

Keliru Dengan Islam Hadhari

Seperti kebiasaan saya menjenguh berita-berita online. Tajuk utama muka depan Sinar Harian iaitu Ulama Pas dakwa Islam Hadhari mengelirukan. Islam Hadhari terkenal setelah PM kita memperkenalkannya beberapa tahun yang lepas.

Adakah anda keliru dengan Islam Hadhari? Jika ya nyatakan kenapa anda keliru?

Proses Pembodohan

Saya berkesempatan menghadiri ceramah umum disampaikan oleh YB Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Ir Khalid Samad di TTDI. Mulanya YB IR Khalid Samad menyampaikan satu firman Allah SWT yang mengaitkan bagaimana firaun yang memperbodohkan rakyatnya untuk kekal sebagai penguasa.

Strategi memperbodohkan rakyat akan berterusan sehingga kini jika sesuatu kerajaan yang zalim untuk kekal berkuasa. Ironisnya proses ini telah berlangsung selama 50 tahun sejak kemerdekaan.

YB Dato’ Dr Hassan Ali pula menyentuh soal yang sama bahkan melanjutkan perbincangan berkaitan Proses Pembodohan. Proses pembodohan ini berlaku dengan cara rakyat ditipu dan tidak dibenarkan mendapat maklumat tepat berkaitan sesuatu isu. Akibatnya mereka terus dalam keadaan yang sama, takut untuk berubah walaupun keadaan sebenar adalah begitu teruk.

Ulasan : Alhamdulillah Islam telah mengajarku untuk keluar daripada kepompong kebodohan ini. Anda?