Dunia dan tamadun manusia ini berapakah usianya?

Sumber : http://www.harakahdaily.net 
Ali Bukhari Amir
Tue | Mar 25, 08 | 2:05:13 am
Di antara topik yang menjadi minat saya ialah mengkaji asal-usul Melayu serta asal-usul manusia seluruhnya. Di universiti, mungkin bidang ini dikenali sebagai Antropologi dan Sosiologi. Daripada renungan, menungan dan tenungan, saya dapat rumus beberapa hal.Antaranya, bangsa Nabi Adam a.s masih lagi wujud ke hari ini dan kedua, banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s tidak melibatkan satu dunia, tapi hanya di sebuah tempat saja atau di beberapa tempat sahaja. Tapi, kalau mahu dibahaskan semua ini, kita perlu 100 halaman.Kembara mencari pengertian hidup sangat penting. Manusia hari ini semakin biadap serta kehilangan punca apabila panduan sejarah mereka terbabas. Malcolm-X, seorang pejuang Islam di Amerika dalam penjara pernah berceramah ketika berusaha meniupkan semangat kebangsaannya yang ketika itu disalut ajaran agama yang tersasar daripada Islam sebenar.

“Kita adalah kaum kulit hitam yang paling gagah di Afrika, iaitu kaum Syabaz,” katanya. Dalam penjara, beliau memeluk Islam dengan nama Abdul Malek as-Syabaz. Gelaran as-Syabaz itu merujuk kepada nama kaum asalnya. Akhirnya, Malcolm-X kenal dirinya.

Beliau kemudiannya menjadi pengikut Elijah Muhammad yang membawa fahaman aneh. Di sinilah yang menyebabkan Islam yang beliau fahami sedikit tersasar. Bagaimanapun, semua ini mungkin tidak sama dengan ajaran Islam Hadhari betul ajarannya, tetapi salah bawaan tafsirannya kerana imam Abdullah Ahmad Badawi tidak lurus fikirannya.

Tahap kedua Malcolm-X mengenal Islam yang sebenar adalah ketika mana beliau pergi menunaikan ibadah fardhu haji di Mekah. Perjalanan kerohanian kali kedua ini telah pun menyebabkan beliau menukar corak perjuangannya selama ini yang melihat Islam dalam citra perjuangan kulit hitam menentang penghinaan kaum kulit putih di Amerika.

Di Mekah, Abdul Malek melihat kaum kulit hitam dan putih malah berlainan warna kulit telah bertawaf bersama-sama dan mereka makan setalam bersama-sama. Semua makhluk Allah. Ini semua bertentangan dengan ajaran Islam bawaan Elijah Muhammad.

Sekembalinya dari Mekah, pengaruh Malcolm-X mengatasi Elijah sehingga hal ini telah menyebabkan cemburu di hati Elijah. Malcolm kemudiannya mati ditembak ketika beliau menyampaikan ucapannya. Antara anak didik Malcolm-X adalah Muhammad Ali, bekas peninju terkenal di Amerika. Demikian kembara Abdul Malek mencari Islam sejati.

Kekuatannya ditemui setelah berusaha keras dalam usaha kembara mencari asal-usulnya.

Negara kita tiada falsafah?

Teruskan membaca