Ilmuwan Islam syor guna Saat Makkah ganti GMT

 

Waktu Tanah Suci paling tepat kerana terletak di pusat bumi

MAKKAH: Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa ‘Greenwich Meridian Time’ atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi.

Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.

Teruskan membaca

Penangan blog



Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@nstp.com.my

MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.

Teruskan membaca

Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah mungkar dengan kekuasaan

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Thu | Jan 24, 08 | 12:18:52 pm MYT
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu.”Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”
Teruskan membaca

Tafsir al-Maidah 80-82: Ilmu di kalangan orang fasik

 

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sumber : harakahdaily.net

Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik.Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.?Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu.Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya. Teruskan membaca

Kuliah Habib Zeid bin Yahya daripada Yaman

 

Tarikh  : 22/4/2008 Tempat : Surau al-Ikhlas Bukit Jelutong

 

Isi-isi kuliah :

1.       Habib membawa satu hadith Rasulullah SAW berkaitan dengan   manhajatul baida’.

2.       Rasulullah SAW telah meninggalkan jalan yang selamat (manhajatul baida’) kepada ummatnya.

3.       Ciri-ciri orang yang berada pada jalan manhajatul baida’

3.1   Orang yang menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

3.2   Orang tidak menghadapi sebarang kesulitan kerana Allah SWT akan sentiasa memudahkan urusan mereka.

3.3   Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan Allah SWT.

3.4   Orang yang dapat mengawal dirinya daripada sifat marah.

3.5   Orang yang zuhud dengan keduniaan.

3.6   Orang yang sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT.

 

KISAH ANTARA IMAM AHMAD DAN IMAM SYAFEI

Habib juga menceritakan kisah antara Imam Ahmad dan Imam Syafei. Imam Ahmad merupakan murid kepada Imam Syafei. Suatu hari Imam Ahmad menjemput Imam Syafei bertamu di rumahnya.

Sebelum Imam Syafei tiba, Imam Ahmad telah memberitahu kepada anaknya, bahawa ada seorang yang mulia akan bertamu di rumah mereka.

Apabila Imam Syafei tiba, anak Imam Ahmad telah memerhatikan gerak geri Imam Syafei. Ada beberapa persoalan yang bermain-main dalam fikirannya. Lantas beliau berjumpa dengan ayahnya Imam Ahmad.

“Wahai ayahku engkau mengatakan bahawa Imam Syafei begitu hebat. Tetapi aku tidak melihat kehebatnya” adu anak Imam Ahmad.

“Kenapa engkau berkata demikian wahai anakku?” Tanya Imam Ahmad

“Saya lihat Imam Syafei setibanya waktu makan, beliau makan begitu banyak. Kemudian saya melihat beliau solat subuh tanpa wudhu’. Saya juga tidak melihat dia bangun tahajjud di tengah malam. Mana mungkin wudhu’nya kekal?” jawab anak Imam Ahmad.

Setelah itu Imam Ahmad lantas berjumpa dengan Imam Syafei. Beliau menyatakan apa yang disuarakan oleh anaknya kepada Imam Syafei.

Imam Syafei menjawab “Saya makan banyak di rumah saudara ada beberapa sebab. Pertama saya tidak makan seharian sebelum tiba di rumah kalian. Kedua, saya tidak berapa sihat. Saya pernah mendengar hadith Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa makanan yang disediakan oleh orang yang mulia adalah ubat. Maka aku makan dengan mengharapkan tubuhku kembali cergas.

Kemudian aku sebenarnya tidak tidur semalaman. Fikiranku sedang memahami hadis Rasulullah SAW sehinggakan wudhu’ku masih ada. Lantas aku solat subuh dengan wudhu’ waktu Isya’.