Negara Islam vs Negara Sekular

Topik ini saya suka hendak panjangkan kerana ia salah satu isu hangat yang diperkatakan sejak dulu lagi sehingga kini.

Kenyataan Karpal Singh

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti karpal singhitu untuk menubuhkan negara Islam.Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP.

 

“Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam”

Ada juga kenyataan lain daripada beberapa individu yang menolak secara total negara Islam. Mereka lebih selesa berada dalam sistem sekular sekarang ini walaupun sudah terbukti negara sekular tidak mampu mengawal kerakusan manusia.

Saya menyatakan ” Jika telah terbukti sistem sekular tidak mampu mengawal kerakusan manusia, maka adakah masih logik untuk mempertahankannya?”

“Adakah jika kita menukar pemimpin sedia ada dan digantikan dengan pemimpin baru, tetapi sistem masih sama. Adakah kita masih dapat menjamin kronisme, nepotisme, rasuahnisme, zalimisme dan pelbagai lagi tidak akan berulang?”

“Saya jamin jika sistem sedia ada dikekalkan masalah yang sama yang wujud! Sebaik manapun manusia, jika terdedah kepada wang dan kekayaan dia boleh berubah serta-merta”

Nah, jika Negara Sekular penuh dengan permasalahan, ayuh kita sama-sama memberi laluan kepada Islam untuk mentadbir. Bila Islam mentadbir, semua akan merasa aman. Ini telah terbukti melalui sejarah-sejarah Islam yang dibaca dengan penuh ikhlas bukan penuh curiga.

Ayuh bawakan lagi pada saya contoh negara-negara Sekular yang tiada mempunyai masalah kronik? Walaupun tidak dinafikan negara Islam yang mempunyai isu tertentu tetapi ini bukan disebabkan Islam. Ini disebabkan mereka tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s