Entry saya kali ini bertajuk otak kreatif.
Pada mulanya saya cuba membawa anda semua kepada apakah maksud kreatif.
having the ability or power to create; “a creative imagination” promoting construction or creation; “creative work”
wordnet.princeton.edu/perl/webwn
Saya cuba mendapatkan definisi kreatif dalam bahasa melayu daripada googles tapi tiada yang memuaskan hati. Saya hanya letakkan definisi dalam bahasa melayu.
Otak kreatif. Kenapa perlu? Otak yang kreatif akan dapat menyelesaikan banyak masalah dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Sesiapa yang berfikir secara kreatif melihat sesuatu daripada sudut yang lain. Contohnya ialah “bagi kebiasaan orang masalah dianggap masalah, bagi yang kreatif masalah adalah cabaran!”.
Cabaran yang mesti disahut untuk mencari penyelesaiannya.
creativity: the ability to create
wordnet.princeton.edu/perl/webwn
Creativity (or creativeness) is a mental process involving the generation of new ideas or concepts, or new associations between existing ideas or concepts. …
en.wikipedia.org/wiki/Creative thinking
Setiap masalah yang kita hadapi merupakan ujian daripada Allah SWT bagi orang-orang yang beriman. Allah SWT telah kurniakan kita suatu yang amat berharga iaitu akal fikiran untuk menyelesaikan segala permasalah kita.
Kekadang permasalahan kehidupan, kesempitan hidup, kelemahan dan sebagainya begitu menghantui kita. Namun, kita orang beriman menanggapi itu semua sebagai satu ujian Allah. Jika kita bersabar maka Allah SWT Maha Pembantu!