21 GEMPA DI BUKIT TINGGI

SEPERTI BIASA HARI INI SAYA MEMBACA UTUSAN MALAYSIA. DI HADAPAN TERTERA TAJUK BERITA “21 GEGARAN DI BUKIT TINGGI MENJADI TANDA TANYA”. RUPA-RUPANYA SEMENJAK NOVEMBER 2007 TELAH BERLAKU GEGARAN KECIL DI BUKIT TINGGI.

TERBARU KAWASAN ITU DIGEGARKAN DENGAN SATU GEGARAN BERUKURAN 3.1 PADA SKALA RICHTER PADA PUKUL 9.36 PAGI INI. SEBELUM INI PADA 15 MAC LALU, TIGA GEMPA BUMI KECIL DENGAN UKURAN ANTARA DUA DAN 3.2 PADA SKALA RICHTER TELAH DIKESAN DI SEKITAR BUKIT TINGGI DAN JANDA BAIK.

SETERUSNYA MEMETIK KATA-KATA JABATAN METROLOGI MALAYSIA :

 

 

BAGAIMANAPUN JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA DALAM KENYATAAN AKHBARNYA DI SINI MEMBERITAHU, GEMPA BUMI ITU HANYA BERMAGNITUD KECIL. OLEH ITU, IA TIDAK MEMBAHAYAKAN PENDUDUK DI KAWASAN BERKENAAN DAN ORANG RAMAI TIDAK PERLU BIMBANG.PADA SAYA, SEPATUTNYA ORANG KAWASAN DI SITU BIMBANG. MEREKA MESTI MENDAPATKAN MAKLUMAT TEPAT AGAR BOLEH SENTIASA BERWASPADA DARI SEGI MENTAL DAN ROHANI. JIKA TIDAK, JIKA GEMPA LEBIH BESAR BERLAKU MEREKA TIDAK SEMPAT BERBUAT APA-APA.

BAGI ORANG ISLAM KHUSUSNYA DI KAWASAN ITU, BANYAKKAN TAUBAT DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH SWT. KITA TIDAK TAHU GEMPA BUMI YANG SEBENAR BILA BERLAKU DI MALAYSIA.

LIHAT BERITA LANJUT DI UTUSAN :

 

 

21 gegaran di Bukit Tinggi cetus tanda tanya

 

 

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sebanyak 21 kali sejak November tahun lalu menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Walaupun Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan.

Terbaru kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.

Sebelum ini pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil.

Oleh itu, ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berkenaan dan orang ramai tidak perlu bimbang.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, gegaran itu dipercayai ancaman berterusan ekoran gempa bumi tidak menentu yang melanda negara jiran dan kesannya turut diterima Malaysia.

“Namun, dalam kesemua kejadian itu, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan kejadian gempa bumi kecil itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s