Pengumuman

Untuk pengetahuan pembaca setia semua, saya akan berada di sekitar negeri Johor dan Kelantan daripada 21/6 hingga 29/6. Saya, isteri dan anak mengambil peluang bercuti ke kampung setelah lebih kurang 6 bulan tidak menginjak bumi johor dan Kelantan.

Anak kami, Muhammad Fatih yang kini masuk 4 bulan dilahirkan di Selangor walaupun ayahnya berasal dari Kelantan dan ibunya dari Johor. Kami berdua juga bercadang membawa Muhammad Fatih berziarah ke rumah sanak saudara.

Mudah-mudahan ziarah kali ini bermakna buat kami sekeluarga. Jika ada peluang, ingin berjumpa dengan sahabat seperjuangan semua. Doakan keselamatan kami sekeluarga. Salam perjuangan!

Advertisement

Dialog Antara Artis dan PAS

Isu hangat di Selangor hari ini ialah apabila Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) telah menghantar memorandum bantahan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana bercadang menjemput artis Mas Idayu dan Ella sempena program Sambutan 100 hari Kerajaan Selangor dan Pesta Bola Sepak.

Saya sempat membaca beberapa respon artis berkaitan dengan usaha DPPNS ini untuk membantah tindakan kerajaan Selangor menjemput artis-artis ini. Ada yang respon begitu marah kerana PAS telah berusaha menghijaukan semua orang. Ada unsur-unsur politik dalam hal ini.

Masa membaca komen artis ini di Malaysiakini.com/bm yang bertajuk BANTAH KONSERT ‘EGO ORANG AGAMA’ saya mulanya ‘naik angin’ juga. Adalah dalam hati sebut jahil benar artis ini, tak belajar ISLAM ke apa. Tapi saya cepat-cepat beristighfar mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada artis ini. Saya yakin mereka masih belum faham terhadap message PAS yang terasnya ISLAM. Mereka Nampak kalau teguran dari PAS, semuanya itu semata-mata politik.

Respon mereka ini bagi saya berpunca daripada kejahilan yang dihasilkan oleh tarbiah UMNO dan BN. Artis telah diberikan tempat yang tertinggi berbanding mufti, ulama’, pemimpin dan cendiakawan. Tiada satu program khusus untuk memberikan kefahaman yang jelas dan terang kepada artis-artis kita tentang ISLAM dan kehidupan. Akhirnya mereka tidak faham dengan CARA HIDUP ISLAM.

Lantaran kejahilan itu, saya berpendapat inilah masanya PAS mencadangkan satu dialog terbuka antara PAS dan artis-artis. Dialog ini adalah bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang akan dilontarkan oleh artis-artis. Boleh menjemput sama artis-artis seperti Amy Search, Akhil Hay, para nasyid, Ramli Sarip, Mawi dan lain-lain.

Dialog ini mestilah ditetapkan beberapa perkara. Objektif dialog. Susun atur dialog. Garis panduan dialog. Soal-jawab dan sebagainya yang difikirkan perlu. Usaha ini pada pandangan saya mesti bermula daripada Dewan Pemuda PAS Selangor itu sendiri. Selepas menghantar memorandum, DPPNS perlu menyatakan kepada artis secara ‘face to face’ kenapa mereka membantah artis tersebut, bukan menolak secara total seni dan kesenian itu sendiri.

LIHAT BERITA BERKAITAN :

PEMUDA PAS BANTAH KONSERT BABITKAN MAS IDAYU DAN ELLA

BANTAH KONSERT ‘EGO ORANG AGAMA’

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BERSAMA NON-MUSLIM

BENTUK SYARIAH YANG DIJAHILI OLEH PKR DAN DAP

Bowling Terbuka Shah Alam

15/6/2008, Bukit Jelutong- Seramai 5 orang pemuda pas bukit jelutong telah mewakili Pemuda Pas Bukit Jelutong ke pertandingan Bowling Terbuka Shah Alam yang berlangsung di Ole-Ole Sekyen 20. Program telah dihadiri oleh YB IR Khalid Abdul Samad dan YB Rodziah merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun tidak berjaya mendapat apa-apa hadiah, 5 orang pemuda tetap membawa balik semangat berpasukan.

Muktamar DPPNS

14/6/2008, Bukit Jelutong-Muktamar DPPNS telah berlangsung di Dewan Guthrie Bukit Jelutong dengan jayanya. Muktamar telah dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh pemenang Akademi Al-Quran. Muktamar telah dirasmikan oleh KP DPPP, YB Salehudin Ayyub.

Salehudin Ayyub sewaktu merasmikan majlis ini telah menyentuh faktor-faktor peralihan kuasa daripada BN kepada PR yang dikatakan akan berlaku pada September 2008. Antara faktor-faktor itu ialah kekuatan Pakatan Rakyat dan juga kelemahan dan kekuatan UMNO yang menjadi teras kepada BN.

Salehudin Ayub juga menyentuh tentang pendekatan yang harus di buat oleh PAS. Pertama ialah pimpinan mesti jelas dengan fikrah jemaah. Kedua, pemuda mesti menegaskan kepada pimpinan perkara-perkara yang dilihat longgar. Ketiga, mesti kemaskan perkara yang tersasar. Keempat, pemuda mesti berani melontarkan pandangan dan teguran kepada pimpinan pusat.

Beliau juga mengimbas kembali sejarah PAS dalam membina muafakat dalam arena politik tanah air. PAS pernah bergabung dengan BN, bergabung dengan S46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bergabung dengan PKR, DAP membentuk Barisan Alternatif (BA) dan kini bergabung dengan PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR).

Beliau juga mengulas berkaitan satu tulisan ahli politik MCA yang membuat analisis siapakah ‘king maker’ dalam politik Malaysia. Ahli politik itu mengatakan PAS paling berpengaruh. PAS mampu mewarnai suasana politik tanahair.

Di akhir ucapan, beliau telah memberi 3 saranan kepada DPPNS supaya dibahaskan. Pertama, DPPNS hendaklah membuat suatu analisis/kajian sejauh mana PAS diberikan perana penting dan dapat memainkan peranannya dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Kedua, pemuda mesti berani memberi teguran kepada pimpinan menggunakan setiap peluang untuk menguatkan jemaah. Ketiga, supaya DPPNS mengusulkan dalam muktamar supaya apa-apa program Pakatan Rakyat diputuskan secara konsesus (saling muafakat)-AL-Kalantani melaporkan untuk BeritaBukitJelutong.

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Artikel Oleh husamjr

 Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

  1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
  2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
  3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
  5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah  mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Sumber : http://www.tranungkite.net

Di sisi mujahid, ada mujahidah…

Di sisi mujahid, ada mujahidah…. PDF Print E-mail
Written by Firdaus Shah
Monday, 19 November 2007

Oleh: Seruan

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

Jaminan Rezeki dan Tuntutan Untuk Bekerja

Allah SWT telah memberi jaminan rezeki kepada seluruh makhluk yang hidup di muka bumi. Allah SWT berfirnan:

Terjemahan : Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya (akhirat).

(Surah Hud 11 : 6)

Allah SWT telah menjadikan anugerah kebaikan kepada manusia sebagai salah satu di antara tanda ketuhanan Allah Yang Maha Memelihara.

Terjemahan : Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.

(Surah Ghafir 40:64)

Anugerah kenikmatan yang dilimpahkan Allah kepada manusia itu juga merupakan bukti kemuliaan manusia di sisi Allah. Firman Allah SWT :

Terjemahan : Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

(Surah al-Isra’ 17:70)

Namun sunatullah dan kebijaksanaan-Nya menentukan bahawa rezeki yang dijamin oleh-Nya itu tidak dapat diperolehi kecuali dengan usaha dan kerja serta dengan cara menjelajahi muka bumi yang luas untuk mencari kurnia Allah SWT :

Terjemahan : Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

(Surah al-Mulk 67:15)

RAHMAT DI SEBALIK NEGARA MAJMUK

Sebagaimana yang diketahui Negara kita berbilang bangsa dan berbilang agama. Ada bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Ada beragama Islam, Kristian, Budhha, Hindu, Sikh dan pelbagai lagi.

Kemajmukan dalam Negara kita hari ini hasil daripada strategi penjajah British. Mereka membawa masuk seramai mungkin pekerja asing dari Negara China, India dan beberapa tempat lain sebagai pekerja di Tanah Melayu.

Taktik sebegini mungkin ada beberapa matlamat penjajah:
1) Jika Tanah Melayu hanya daripada terdiri daripada Melayu Islam, maka mudahlah Islam bertapak utuh kembali di Tanah Melayu (Malaysia). Jika Tanah Melayu di‘majmuk’kan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, maka Islam menghadapi cabaran dan tentangan untuk kembali utuh.
2) Masyarakat tempatan akan menjadi bangsa terjajah di halaman sendiri sekiranya mereka tidak bersaing dengan bangsa lain. Hakikatnya, walaupun mereka telah melepaskan Tanah Melayu untuk merdeka tetapi penjajahan diteruskan dengan strategi yang lain.

Kafirun merancang, Allah SWT juga merancang. Allah sebaik-baik Perancang. Rupanya tindakan memajmukkan Tanah Melayu dianggap strategi oleh pihak kuffar nampaknya telah makan diri.
Hari ini gerakan Islam khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan bersungguh-sungguh menampilkan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

Islam tidak mengutamakan bangsa, tetapi menerima semua bangsa satu ummah. Yang membezakan mereka ialah beriman ataupun tidak kepada Allah SWT.

Penampilah muslim yang sejati dengan akhlak yang luhur hari ini telah membuktikan generasi baru
Kaum Cina, India dan lain-lain dapat menerima Islam walaupun hanya dalam bentuk sokongan tanpa memeluk Islam.

Namun penubuhan kelab Penyokong PAS jelas menunjukkan bangsa lain yang dulu allergic dengan PAS yang teras utamanya ialah ISLAM kini mula jinak mendekati ISLAM.

Jika PAS dan para daie yang mukhlis mengambil ini sebagai peluang, saya percaya bahawa taktik 60 tahun lepas para penjajah hanya memakan diri mereka sendiri.

Inilah rahmat di sebalik masyarakat majmuk. Kita pendokong dan pejuang Islam mestilah menonjolkan Islam dengan sepenuhnya melalui praktikal.

Tidak mustahil nanti, yang menjadi pendokong kuat gerakan Islam bukan hanya terdiri daripada Melayu sahaja, tetapi daripada India, China, Bidayuh, Kadazan dan lain-lain lagi. InsyaAllah…Islam tetap tinggi dan tetap menang!

Syabas Kerajaan BN!

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.
H.R.Baihaqi

Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya mengucapkan syabas kepada kerajaan BN kerana telah berjaya dalam beberapa perkara :
1. Hilang majorti 2/3 di parlimen selepas pru12.
2. Berjaya menaikkan harga beras.
3. Berjaya menaikkan harga petrol kepada RM 2.70 /liter daripada RM 1.92/liter (hari ini)
4. Berjaya menaikkan tariff elektrik.
5. Berjaya meyusahkan rakyat yang susah bertambah susah.
6. Berjaya menghuru-harakan rakyat jelata.
7. Dan banyak lagi kejayaan yang bakal ditempa oleh kerajaan BN dalam masa terdekat.

Dalam banyak-banyak kejayaan, kejayaan yang paling manis dikecapi ialah menaikkan harga petrol daripada RM 1.920/liter kepada RM 2.70/liter dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Saya sendiri mendapat tahu kenaikan minyak petang semalam setelah mendapat sms daripada rakan. Saya pada awalnya macam tak percaya. Betulka? Malam itu terjawab dengan pegumuman kenaikkan.

Katanya setiap kereta 2000cc akan diberikan imbalan RM650 dan RM150 bagi motor sebagai imbalan kepada subsidi. Persoalanya ialah :
1) Kita tahu sikap orang kita, bila dapat sedepuk RM650, haritu juga boleh habis beli benda lain. Bayar sewa rumah ke. Bayar hutang ke. Lepas tu habis. Kemudian sengkek balik dan terus tertekan dengan kenaikan minyak. Takkan nak beli minyak sedepuk RM650 untuk buat stok selama setahun?
2) Cukup ke dengan RM650? Beras naik. Api naik. Benda lain pun turut naik. Pening-pening.
3) Senyum kambing dalam UTUSAN hari ini. A: Minyak dah naik. B: Sudah sampai masa berjimat cermat. Memang kartun kat UTUSAN ni dari dulu lagi asyik-asyik senyum KAMBING bukan senyum lagaknya seperti MANUSIA. Kambing takpalah tak tertekan dengan kenaikkan minyak. Rakyat jelata nak berjimat cermat macamna? Gaji sebelum ni pun cukup-cukup makan aje. Yang berjimat cermat tu orang kaya bolehlah. Sebelum mewah bila minyak naik kena berjimat cermatlah sikit. Orang miskin? Nak berjimat jugak? Duit pun tak cukup makan. Fikirlah wahai KAMBING.

Apa tindakan kita dengan kenaikkan minyak?
1) Demonstrasi? Kerajaan tak bagi
2) Berpiket ? Kerajaan tak bagi
3) Minta kompeni naikkan gaji? Belum tentu dapat
4) Jimat cermat? Bleh ka?
5) Jalan kaki ke tempat kerja atau kayuh basikal? Dekat ke tempat kerja?

Akhirnya rakyat yang memilih BN sebagai wakil rakyat mereka sepatutnya bermuhasabah sekali lagi. Inilah hadiah ‘terlampau’ daripada kerajaan BN untuk rakyat. (mengambil kata-kata mahfuz, ketua penerangan PAS).

Walaupun PRU13 belum tentu lagi tarikhnya, rakyat keseluruhannya sepatutnya bermuhasabah secara besar-besaran. Nyatakan anda tidak menyokong kenaikan harga minyak melalui apa cara sekalipun. Nyatakan anda tidak bersetuju dengan kenaikan mendadak harga minyak oleh kerajaan BN.

Saya teringat kembali suatu hadis akhir zaman yang telah disabdakan oleh RAsulullah SAW yang bermaksud “
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.
H.R.Baihaqi
Keterangan Hadis
Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

Maka petanda akhir zaman sudah jelas terpampang di depan mata. Muhasabahlah diri anda semua…

CINTA ISLAM : MUSLIM keturunan vs MUSLIM mualaf

Seperti biasa saya ingin berkongsi dengan pembaca budiman semua khususnya Muslim yang lahir daripada keturunan Muslim. Saya mengambil inisiatif untuk menulis satu tajuk iaitu “ MUSLIM keturunan VS Muslim mualaf” selepas membaca buku yang dibeli oleh isteri saya yang bertajuk ISLAM PILIHANKU, Pengucapan Syahadah 39 Insan di Malaysia’ susunan Mazuen Yahaya.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah apabila kita telah lahir dalam keluarga muslim maka secara automatiknya kita adalah ISLAM. Ini suatu hakikatnya.

Namun setelah saya membaca buku ‘ISLAM PILIHANKU, Pengucapan Syahadah 39 Insan di Malaysia’ susunan Mazuen Yahaya terdetik di dalam hati saya ingin melontarkan soalan ini pada kalian semua. Sejauh mana anda mendalami ISLAM?’

Saya mengambil keputusan untuk menulis semua nama-nama yang telah memilih ISLAM sebagai cara hidup mereka. Saya rujuk kepada buku ISLAM PILIHANKU. Semoga memberi pengertian buat kita MUSLIM yang berasal daripada keluarga MUSLIM.
Senarai 39 mengikut dalam buku tersebut ialah :
1. Ewan Yap Abdullah memeluk Islam pada 1978 ketika berusia 20 tahun.
2. Jason Anthony, 31 tahun.
3. Dynamic Siti Mariam Abdullah, 41 nama asal Dynamic Selvamani a/p Periasamy
4. Mr. Hajah Helena Abdullah
5. Datuk Shaiful Nizam Abdullah
6. Muhammad Amin Leong Abdullah, 27 memeluk islam pada disember 1999.
7. Rohani Poh Abdullah (Rose Poh)
8. Natasya Abdullah (Yvone Gabriel), 43
9. Muhammad Asyriel Foo
10. Khadijah Abdullah (Py Anak Mat)
11. Norman Ragu Abdullah, 37 menganut islam 1995.
12. Iman Wah, 37
13. Abdul Aziz Jehat Abdullah (Jehat Lubi)
14. Nur Elaine Aisyah
15. Ustaz Hussein Yee memeluk islam 1968
16. Haji Amran Abdullah
17. Sittie Aisyah Abdullah, 40 memeluk islam pada 22 tahun
18. Noraini Chong, 34 tahun
19. Khazawari Abdul Karim
20. Arif Peter Abdullah memeluk islam ketika 17 tahun.
21. Muhammad Fahmee Tan Abdullah
22. Maung Than Naing, 35
23. Farhan Abdullah (Tangya a/l Arumugam)
24. Chong Sau Kenji
25. Mohammad Amir Daniel januari 2001
26. Noriahtul Azian Choong Abdullah, 43 memeluk islam pada 21 tahun.
27. Suhaimi Lua Abdullah, 28 tahun
28. Hafiz Paramasivam Abdullah, 43 tahun
29. Mohd Amir Al-Karim Ng Abdullah, 23
30. Nur nabila Hidayah Abdullah memeluk islam pada 27/2/2001
31. Jasmeen Tay Abdullah (Tay Siew Choo)
32. Mohd Firdaus memeluk islam awal 2004
33. Nur Syafinas bt Abdullah, 33 memeluk islam hujung 2000.
34. Markus Abdullah
35. Noraisyah Abdullah memeluk islam awal 2004
36. Tee Chuan Seng (Rihduan Tee) memeluk islam pada 1985.

Saya sempat membaca beberapa pengalaman daripada 36 orang ini yang asalnya dalam keluarga yang bukan ISLAM tetapi mengisi saki baki kehidupan dengan ISLAM.

Alangkah indahnya kehidupan mereka. Kehidupan sebelum ISLAM menyebabkan jiwa mereka kosong dan resah. Pencarian mereka akhirnya bertemu dengan ISLAM. Mereka sanggup menempuh apa-apapun cabaran demi menjaga aqidah dan keyakinan.
Proses mempertahankan dan menempuh cabaran demi mempertahankan ISLAM menyebabkan ISLAM begitu mereka cintai. Mereka sedaya upaya memahami dan mendalami ISLAM secara bersungguh-sungguh.

Apakah perbezaannya dengan majoriti MUSLIM yang lahir dari keluarga MUSLIM?

Pertamanya, kita sebagai seorang MUSLIM yang lahir daripada keluarga MUSLIM sepatutnya mengucap berbanyak-banyak syukur kepada Allah SWT di atas anugerah besar ini. Tidak dapat dibayangkan andainya kita lahir bukan daripada keluarga MUSLIM, di manakah duduk letaknya aqidah dan keyakinan kita. Mungkin dalam keluarga Kristian, Budhha, Hindu, Sikh ataupun sebagainya. Kelahiran dalam keluarga MUSLIM sepatutnya disyukuri sebanyak-banyaknya.
Keduanya, saya ingin mengajak kita memahami kelemahan ummat ISLAM hari ini. Apakah puncanya? Saya berpendapat antara puncanya ialah kurangnya perasaan CINTA kita terhadap ISLAM.

Kita melihat ISLAM daripada sudut yang berbeza daripada mualaf yang memeluk ISLAM. Mereka dengan daya juang, penuh iltizam, penuh keyakinan, penuh dorongan, penuh kajian, penuh kecintaan untuk mengenal ISLAM dan memilih ISLAM sebagai car hidup.

Berbeza dengan kita yang lahir sudah ISLAM. Kita melalui kehidupan sebagai ISLAM sejak lahir lagi sehingga dewasa. Kita beranggapan ISLAM itu ISLAM yang kita anuti sekarang. Perasaan CINTA terhadap ISLAM itu ‘mungkin’ kurang kerana sudah menjadi kebiasaan.

Kita hanya menerima ISLAM tanpa membuat kajian lanjut. Tidak banyak tenaga yang diperlukan. Tidak banyak cabaran untuk mempertahankan aqidah suci ini. Akhirnya, ada di antara ummat ISLAM Melayu khusunya sanggup menukar aqidah dan keyakinan mereka. Mengapa? Jelasnya mereka tidak menCINTAi ISLAM walaupun mereka lahir dalam keluarga MUSLIM.

Perjuangan mempertahankan dan memperjuangkan ISLAM mewujudkan keCINTAan terhadap ISLAM.
Hari ini kita melihat sendiri betapa ramai yang mengaku ISLAM namun disebalik itu tidak mahu ISLAM diamalkan dalam dirinya hatta lebih-lebih lagi dilaksanakan dalam Negara.
Ini kerana melibatkan soal CINTA terhadap ISLAM. Mereka MUSLIM tetapi tidak CINTA ISLAM. Mereka mengaku ISLAM, tetapi disebalik itu menolak ISLAM.

Kita para pemuda ISLAM khususnya juga tidak akan menCINTAi ISLAM jika takut, lemah dan malas dalam memperjuangkan dan mempertahankan ISLAM. Tahukah kita betapa ramai orang ISLAM khususnya sebangsa dengan kita (orang Melayu) yang telah memilih selain daripada ISLAM walaupun sudah 20 hingga 40 tahun mereka berada di dalam ISLAM? Sensitif atau tidak kita dengan ISU ini?

KeCINTAan terhadap ISLAM semakin pudar dalam hati setiap MUSLIm hari ini. Mereka malas mengkaji mendalam berkenaan ISLAm. Cukuplah apa yang mereka telah laksanakan sekarang. Malas nak ambil tahu lebih lanjut. Semuanya itu menjurus kepada ketidakCINTAan mereka terhadap ISLAM.

Apa kewajipan kita sebagai seorang muslim?
Mereka yang bermujahadah mendalami, mempertahankan dan memperjuangkan ISLAM akhirnya akan menatijahkan keCIntaan yang mendalam terhadap ISLAM. Mereka akan Nampak dengan terang kebaikan dan kelebihan ISLAm yang diturukan oleh ALLAh SWT melalui RAsulullah SAW. Mereka ini tidak goyah dengan dakyah jahat golongan yang tidak menCINTAi ISLAM.

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.
H.R al-Baihaqi

Keterangan
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa

Petikan daripada buku ISLAM PILIHANKU.
Sebenarnya bukan senang bagi seseorang itu membuat keputusan untuk menukar agama. Apatah lagi agama asal yang dianuti sudah sebati dalam diri. Pelbagai tentangan dan halangan terpaksa dihadapi demi membuktikan agama yang dipilih adalah agama yang sebenar-benarnya.
Islam tidak pernah menggunakan sistem paksaan untuk menambah bilangan penganutnya tetapi sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara baru dengan hati terbuka. Ini dinyatakan di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat : 256, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya tiada paksaan dalam beragama”.
ISLAM PILIHANKU adalah himpunan pengalaman beberapa orang yang telah memilih ISLAM sebagai agama pegangan mereka. Ikuti kisah suka duka mereka sewaktu sebelum dan selepas memeluk ISLAM.
Ada yang mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan ada pula keluarga menerima dengan baik. Sesungguhnya ISLAM tidak pernah mengajar umatnya memutuskan ikatan silaturahim, baik dengan yang bukan beragama Islam apatah lagi yang sudah Islam sejak azali.
Semoga apa yang dipaparkan dapat dijadikan pengajaran dan direnung bersama, MUhasabah diri supaya kita dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang tidak menderhaka pada agamaNya. Pada yang sudah memilih Islam sebagai agama penyuluh hidup, Alhamdulillah! Sesungguhnya penghijrahan yang anda lakukan bukan satu sia-sia. Di sebaliknya…terdapat satu nikmat yang memang sudah dijanjikan!
Selamat membaca buku ISLAM PILIHANKU!

KEMBALILAH KEPADA FITRAH

Dipetik dari buku Bisikan Sirr
NASIHAT UST HJ IBRAHIM MUHAMMAD

Dunia bukanlah syurga. Mereka yang mencintai dunia adalah mencintai penderitaan.
Penderitaan berpunca dari nafsu dan akal. Mereka yang tiada memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku.

Akal menangkap peristiwa, hati menerima dan mengolahkannya. Jika hati bernafsu ammarah, segala peristiwa akan diolah oleh nafsu ammarah. Maka jiwanya tidak pernah kenal diam dari merungut, kecewa , dengki, marah, dendam dan kesedihan. Hatinya tidak akan tenang walaupun memiliki segunung emas.

Nafsu ammarah adalah punca penderitaan insan. Lihatlah dunia hari ini yang penuh penderitaan. Ia adalah lontaran nafsu ammarah yang ada dalam diri ramai manusia dan pemimpin dunia.
Nafsu tamak, angkuh dan gilakan kekuasaan, tiada belas kasihan adalah pendorong kepada kemusnahan alam.

Nafsu ammarah adalah sebahagian nyalaan api neraka yang ada dalam diri insan. Ia sentiasa membakar hati dan aqal, maka lahirlah tekanan dalam kehidupan.

“apakah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya?” (al-Furqan : 4)

Mereka menyimpan neraka dalam dirinya, sudah merasai kepanasannya di dunia ini lagi, kehidupan sentiasa dalam resah dan gelisah, tiada ketenteraman, dirasakan bagai pesalah yang diburu.

Allah tidak akan memberi ketenangan dalam kehidupan selagi engkau menyimpan musuh kederhakaan dalam dirimu.

Nafsu ammarah adalah tunggangan syaitan, memeliharanya menyebabkan syaitan begitu mudah menunggang dirimu, maka tiada tempat yang dituju melainkan ke lembah penderitaan dan kesesatan.

Semakin jauh dirimu dari Allah, maka semakin musnahlah hidupmu, semakin deritalah hidupmu, bahkan engkau tidak akan menemui setitik pun cahaya kebahagiaan di dunia apatah lagi di akhirat.

Kembalilah kepada fitrah, sucikanlah dirimu dari ammarah dengan penawar al-Quran.

“Dan kami turunkan (dengan beransur-ansur) dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya…..” (al-Isra’:82)

Berzikirlah mengikut petunjuk dari para guru sufi, palukan qalbi dengan cemeti mujahadah, nescaya akan bersinarlah mentari makrifat, tenggelamlah di dalamnya dan di situlah hakikat dirimu akan menghirup kebahagiaan.