KEMBALILAH KEPADA FITRAH

Dipetik dari buku Bisikan Sirr
NASIHAT UST HJ IBRAHIM MUHAMMAD

Dunia bukanlah syurga. Mereka yang mencintai dunia adalah mencintai penderitaan.
Penderitaan berpunca dari nafsu dan akal. Mereka yang tiada memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku.

Akal menangkap peristiwa, hati menerima dan mengolahkannya. Jika hati bernafsu ammarah, segala peristiwa akan diolah oleh nafsu ammarah. Maka jiwanya tidak pernah kenal diam dari merungut, kecewa , dengki, marah, dendam dan kesedihan. Hatinya tidak akan tenang walaupun memiliki segunung emas.

Nafsu ammarah adalah punca penderitaan insan. Lihatlah dunia hari ini yang penuh penderitaan. Ia adalah lontaran nafsu ammarah yang ada dalam diri ramai manusia dan pemimpin dunia.
Nafsu tamak, angkuh dan gilakan kekuasaan, tiada belas kasihan adalah pendorong kepada kemusnahan alam.

Nafsu ammarah adalah sebahagian nyalaan api neraka yang ada dalam diri insan. Ia sentiasa membakar hati dan aqal, maka lahirlah tekanan dalam kehidupan.

“apakah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya?” (al-Furqan : 4)

Mereka menyimpan neraka dalam dirinya, sudah merasai kepanasannya di dunia ini lagi, kehidupan sentiasa dalam resah dan gelisah, tiada ketenteraman, dirasakan bagai pesalah yang diburu.

Allah tidak akan memberi ketenangan dalam kehidupan selagi engkau menyimpan musuh kederhakaan dalam dirimu.

Nafsu ammarah adalah tunggangan syaitan, memeliharanya menyebabkan syaitan begitu mudah menunggang dirimu, maka tiada tempat yang dituju melainkan ke lembah penderitaan dan kesesatan.

Semakin jauh dirimu dari Allah, maka semakin musnahlah hidupmu, semakin deritalah hidupmu, bahkan engkau tidak akan menemui setitik pun cahaya kebahagiaan di dunia apatah lagi di akhirat.

Kembalilah kepada fitrah, sucikanlah dirimu dari ammarah dengan penawar al-Quran.

“Dan kami turunkan (dengan beransur-ansur) dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya…..” (al-Isra’:82)

Berzikirlah mengikut petunjuk dari para guru sufi, palukan qalbi dengan cemeti mujahadah, nescaya akan bersinarlah mentari makrifat, tenggelamlah di dalamnya dan di situlah hakikat dirimu akan menghirup kebahagiaan.

2 thoughts on “KEMBALILAH KEPADA FITRAH

  1. Assalamualaikum wrt., wbh.,

    Ana sedang membuat penyelidikan PhD berkaitan ‘pertukaran agama’ (conversion) yang bertajuk “Pembelajaran transformatif dan pengalaman ‘pertukaran agama’ dalam kalangan Cina Muslim”. Kajian ini memfokuskan kepada 4 persoalan kajian iaitu;

    1. apakah peristiwa pencetus transformasi perspektif terhadap Islam?
    2. Apakah peristiwa pencetus ‘pertukaran agama’ kepada agama Islam?
    3. Apakah faktor pendorong ‘pertukaran agama’ kepada Islam?
    4. Bagaimana proses pertukaran agama berlaku dalam kalangan individu terpilih?

    Persoalannya adalah…apakah istilah ‘pertukaran agama’ boleh digunakan dalam kajian ini…jika berdasarkan sorotan kajian dari sumber Barat istilah yang digunakan adalah ‘conversion’ dan namun begitu dalam perspektif Islam tidak ada istilah ‘conversion’ tetapi lebih tepat adalah ‘reversion’ iaitu ‘kembali kepada fitrah. Oleh yang demikian, penyelia ana mencadangkan dicari istilah lain yang tidak mengundang perdebatan….seperti transformasi spiritual (spiritual transformation)…namun begitu istilah ini setelah dibuat sorotan…mengandungi pelbagai makna seperti ‘pengalaman spiritual’ dalam konteks sekular…justeru itu, dapatlah sekiranya ustaz memberi pandangan dalam kes kajian ana ini?

    Sekian.

    Jazaka Allah..

    Yang benar,

    MOHD. AZHAR ABD. HAMID
    UTM, SKUDAI.
    013-7872801

  2. Waalaikumussalam,

    Pertamanya alhamdulillah al-akh Azhar kerana sudi bertanya dan memohon pandangan kepada ana yang cetek ilmunya ini.

    Sebagai seorang muslim, ana sangat bangga dgn nta kerana memilih tajuk ini sebagai tajuk kajian.

    Mengikut saudara:
    Persoalannya adalah…apakah istilah ‘pertukaran agama’ boleh digunakan dalam kajian ini…jika berdasarkan sorotan kajian dari sumber Barat istilah yang digunakan adalah ‘conversion’ dan namun begitu dalam perspektif Islam tidak ada istilah ‘conversion’ tetapi lebih tepat adalah ‘reversion’ iaitu ‘kembali kepada fitrah.

    Pada pandangan ana, Allah SWT berfirman “Masukklah Kedalam ISLAM secara menyeluruh (syamil)”.

    Terms MASUKKLAH itu pada pandangan ana lebih sesuai digunakan untuk kajian anda.

    Ana cadangkan “Pembelajaran transformatif dan pengalaman ‘masuk ISLAM’ dalam kalangan Cina Muslim”.

    Pada pandangan ana penggunaan masuk itu lebih menepati kehendak tajuk nta.

    Syukran atas pertanyaan.

    Pandangan hamba yang dhaif.
    Wassalam.

    Amin Al-Kalantani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s