CINTA ISLAM : MUSLIM keturunan vs MUSLIM mualaf

Seperti biasa saya ingin berkongsi dengan pembaca budiman semua khususnya Muslim yang lahir daripada keturunan Muslim. Saya mengambil inisiatif untuk menulis satu tajuk iaitu “ MUSLIM keturunan VS Muslim mualaf” selepas membaca buku yang dibeli oleh isteri saya yang bertajuk ISLAM PILIHANKU, Pengucapan Syahadah 39 Insan di Malaysia’ susunan Mazuen Yahaya.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah apabila kita telah lahir dalam keluarga muslim maka secara automatiknya kita adalah ISLAM. Ini suatu hakikatnya.

Namun setelah saya membaca buku ‘ISLAM PILIHANKU, Pengucapan Syahadah 39 Insan di Malaysia’ susunan Mazuen Yahaya terdetik di dalam hati saya ingin melontarkan soalan ini pada kalian semua. Sejauh mana anda mendalami ISLAM?’

Saya mengambil keputusan untuk menulis semua nama-nama yang telah memilih ISLAM sebagai cara hidup mereka. Saya rujuk kepada buku ISLAM PILIHANKU. Semoga memberi pengertian buat kita MUSLIM yang berasal daripada keluarga MUSLIM.
Senarai 39 mengikut dalam buku tersebut ialah :
1. Ewan Yap Abdullah memeluk Islam pada 1978 ketika berusia 20 tahun.
2. Jason Anthony, 31 tahun.
3. Dynamic Siti Mariam Abdullah, 41 nama asal Dynamic Selvamani a/p Periasamy
4. Mr. Hajah Helena Abdullah
5. Datuk Shaiful Nizam Abdullah
6. Muhammad Amin Leong Abdullah, 27 memeluk islam pada disember 1999.
7. Rohani Poh Abdullah (Rose Poh)
8. Natasya Abdullah (Yvone Gabriel), 43
9. Muhammad Asyriel Foo
10. Khadijah Abdullah (Py Anak Mat)
11. Norman Ragu Abdullah, 37 menganut islam 1995.
12. Iman Wah, 37
13. Abdul Aziz Jehat Abdullah (Jehat Lubi)
14. Nur Elaine Aisyah
15. Ustaz Hussein Yee memeluk islam 1968
16. Haji Amran Abdullah
17. Sittie Aisyah Abdullah, 40 memeluk islam pada 22 tahun
18. Noraini Chong, 34 tahun
19. Khazawari Abdul Karim
20. Arif Peter Abdullah memeluk islam ketika 17 tahun.
21. Muhammad Fahmee Tan Abdullah
22. Maung Than Naing, 35
23. Farhan Abdullah (Tangya a/l Arumugam)
24. Chong Sau Kenji
25. Mohammad Amir Daniel januari 2001
26. Noriahtul Azian Choong Abdullah, 43 memeluk islam pada 21 tahun.
27. Suhaimi Lua Abdullah, 28 tahun
28. Hafiz Paramasivam Abdullah, 43 tahun
29. Mohd Amir Al-Karim Ng Abdullah, 23
30. Nur nabila Hidayah Abdullah memeluk islam pada 27/2/2001
31. Jasmeen Tay Abdullah (Tay Siew Choo)
32. Mohd Firdaus memeluk islam awal 2004
33. Nur Syafinas bt Abdullah, 33 memeluk islam hujung 2000.
34. Markus Abdullah
35. Noraisyah Abdullah memeluk islam awal 2004
36. Tee Chuan Seng (Rihduan Tee) memeluk islam pada 1985.

Saya sempat membaca beberapa pengalaman daripada 36 orang ini yang asalnya dalam keluarga yang bukan ISLAM tetapi mengisi saki baki kehidupan dengan ISLAM.

Alangkah indahnya kehidupan mereka. Kehidupan sebelum ISLAM menyebabkan jiwa mereka kosong dan resah. Pencarian mereka akhirnya bertemu dengan ISLAM. Mereka sanggup menempuh apa-apapun cabaran demi menjaga aqidah dan keyakinan.
Proses mempertahankan dan menempuh cabaran demi mempertahankan ISLAM menyebabkan ISLAM begitu mereka cintai. Mereka sedaya upaya memahami dan mendalami ISLAM secara bersungguh-sungguh.

Apakah perbezaannya dengan majoriti MUSLIM yang lahir dari keluarga MUSLIM?

Pertamanya, kita sebagai seorang MUSLIM yang lahir daripada keluarga MUSLIM sepatutnya mengucap berbanyak-banyak syukur kepada Allah SWT di atas anugerah besar ini. Tidak dapat dibayangkan andainya kita lahir bukan daripada keluarga MUSLIM, di manakah duduk letaknya aqidah dan keyakinan kita. Mungkin dalam keluarga Kristian, Budhha, Hindu, Sikh ataupun sebagainya. Kelahiran dalam keluarga MUSLIM sepatutnya disyukuri sebanyak-banyaknya.
Keduanya, saya ingin mengajak kita memahami kelemahan ummat ISLAM hari ini. Apakah puncanya? Saya berpendapat antara puncanya ialah kurangnya perasaan CINTA kita terhadap ISLAM.

Kita melihat ISLAM daripada sudut yang berbeza daripada mualaf yang memeluk ISLAM. Mereka dengan daya juang, penuh iltizam, penuh keyakinan, penuh dorongan, penuh kajian, penuh kecintaan untuk mengenal ISLAM dan memilih ISLAM sebagai car hidup.

Berbeza dengan kita yang lahir sudah ISLAM. Kita melalui kehidupan sebagai ISLAM sejak lahir lagi sehingga dewasa. Kita beranggapan ISLAM itu ISLAM yang kita anuti sekarang. Perasaan CINTA terhadap ISLAM itu ‘mungkin’ kurang kerana sudah menjadi kebiasaan.

Kita hanya menerima ISLAM tanpa membuat kajian lanjut. Tidak banyak tenaga yang diperlukan. Tidak banyak cabaran untuk mempertahankan aqidah suci ini. Akhirnya, ada di antara ummat ISLAM Melayu khusunya sanggup menukar aqidah dan keyakinan mereka. Mengapa? Jelasnya mereka tidak menCINTAi ISLAM walaupun mereka lahir dalam keluarga MUSLIM.

Perjuangan mempertahankan dan memperjuangkan ISLAM mewujudkan keCINTAan terhadap ISLAM.
Hari ini kita melihat sendiri betapa ramai yang mengaku ISLAM namun disebalik itu tidak mahu ISLAM diamalkan dalam dirinya hatta lebih-lebih lagi dilaksanakan dalam Negara.
Ini kerana melibatkan soal CINTA terhadap ISLAM. Mereka MUSLIM tetapi tidak CINTA ISLAM. Mereka mengaku ISLAM, tetapi disebalik itu menolak ISLAM.

Kita para pemuda ISLAM khususnya juga tidak akan menCINTAi ISLAM jika takut, lemah dan malas dalam memperjuangkan dan mempertahankan ISLAM. Tahukah kita betapa ramai orang ISLAM khususnya sebangsa dengan kita (orang Melayu) yang telah memilih selain daripada ISLAM walaupun sudah 20 hingga 40 tahun mereka berada di dalam ISLAM? Sensitif atau tidak kita dengan ISU ini?

KeCINTAan terhadap ISLAM semakin pudar dalam hati setiap MUSLIm hari ini. Mereka malas mengkaji mendalam berkenaan ISLAm. Cukuplah apa yang mereka telah laksanakan sekarang. Malas nak ambil tahu lebih lanjut. Semuanya itu menjurus kepada ketidakCINTAan mereka terhadap ISLAM.

Apa kewajipan kita sebagai seorang muslim?
Mereka yang bermujahadah mendalami, mempertahankan dan memperjuangkan ISLAM akhirnya akan menatijahkan keCIntaan yang mendalam terhadap ISLAM. Mereka akan Nampak dengan terang kebaikan dan kelebihan ISLAm yang diturukan oleh ALLAh SWT melalui RAsulullah SAW. Mereka ini tidak goyah dengan dakyah jahat golongan yang tidak menCINTAi ISLAM.

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.
H.R al-Baihaqi

Keterangan
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa

Petikan daripada buku ISLAM PILIHANKU.
Sebenarnya bukan senang bagi seseorang itu membuat keputusan untuk menukar agama. Apatah lagi agama asal yang dianuti sudah sebati dalam diri. Pelbagai tentangan dan halangan terpaksa dihadapi demi membuktikan agama yang dipilih adalah agama yang sebenar-benarnya.
Islam tidak pernah menggunakan sistem paksaan untuk menambah bilangan penganutnya tetapi sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara baru dengan hati terbuka. Ini dinyatakan di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat : 256, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya tiada paksaan dalam beragama”.
ISLAM PILIHANKU adalah himpunan pengalaman beberapa orang yang telah memilih ISLAM sebagai agama pegangan mereka. Ikuti kisah suka duka mereka sewaktu sebelum dan selepas memeluk ISLAM.
Ada yang mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan ada pula keluarga menerima dengan baik. Sesungguhnya ISLAM tidak pernah mengajar umatnya memutuskan ikatan silaturahim, baik dengan yang bukan beragama Islam apatah lagi yang sudah Islam sejak azali.
Semoga apa yang dipaparkan dapat dijadikan pengajaran dan direnung bersama, MUhasabah diri supaya kita dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang tidak menderhaka pada agamaNya. Pada yang sudah memilih Islam sebagai agama penyuluh hidup, Alhamdulillah! Sesungguhnya penghijrahan yang anda lakukan bukan satu sia-sia. Di sebaliknya…terdapat satu nikmat yang memang sudah dijanjikan!
Selamat membaca buku ISLAM PILIHANKU!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s