Muhasabah Siri-1

Muhasabah merupakan elemen penting dalam memastikan setiap individu ataupun organisasi sentiasa kuat dan cekal dalam menghadapi ujian-ujian dalam kehidupan.

Seringkali elemen muhasabah diabaikan dalam diri setiap individu dan juga organisasi. Muhasabah berasal daripada perkataan arab ‘hisab’ iaitu bermaksud kira ataupun hitung.

Muhasabah memberi pengertian hitung/mengira/menilai tahap kekuatan dan kelemahan. Bagi individu muslim, muhasabah sepatutnya ditekankan dalam beberapa aspek termasuk tahap iman, dosa dan pahala, amal harian dan beberapa aspek lain yang penting.

Perlunya muhasabah iman

Iman ataupun keyakinanan kita terhadap Allah SWT perlu diberi muhasabah. Bagaimana hendak muhasabah iman? Saya petik daripada ayat al-Quran yang menyatakan ciri-ciri orang beriman yang berjaya :

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

الَّذِينَ هُمْ فِى صَلاَتِهِمْ خَـشِعُونَ

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُّعْرِضُونَ

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَـوةِ فَـعِلُونَ

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَـفِظُونَ

Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

إِلاَّ عَلَى أَزْوَجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَـنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

فَمَنِ ابْتَغَى وَرَآءَ ذلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

وَالَّذِينَ هُمْ لاًّمَـنَـتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَعُونَ

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوتِهِمْ يُحَـفِظُونَ

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.

Berdasarkan ayat al-Quran di atas (Surah al-Mu’minun Ayat 1 hingga 9), setiap individu mu’min mesti membuat penilaian prestasi mereka. Dalam ayat ini nilai kejayaan setiap mu’min mesti mencapai ciri-ciri berikut :

1.Khusyuk dalam sembahyangnya.

2.Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia

3.Berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).

4. Menjaga kehormatannya

5. Menjaga amanah dan janjinya

6. Tetap memelihara sembahyangnya

Ayat ini mempunyai tafsiran yang khusus. Di sini saya tidak bermaksud membuat tafsiran lanjut. Saya hanya membentangkan maksud dhazir ayat untuk kita sama-sama renungkan.

Saya cuma mengambil beberapa tafsiran dengan merujuk kepada tafsir al-azhar:

Pengertian Khusyu’. “(Khashi`un) means those with fear and with tranquillity.” This was also narrated from Mujahid, Al-Hasan, Qatadah and Az-Zuhri. It was reported from `Ali bin Abi Talib, may Allah be pleased with him, that Khushu` means the Khushu` of the heart. This was also the view of Ibrahim An-Nakha`i. Al-Hasan Al-Basri said, “Their Khushu` was in their hearts.” So they lowered their gaze and were humble towards others. Khushu` in prayer is only attained by the one who has emptied his heart totally, who does not pay attention to anything else besides it, and who prefers it above all else. At that point it becomes a delight and a joy for eyes, as in the Hadith recorded by Imam Ahmad and An-Nasa’i from Anas, who said that the Messenger of Allah said:

«حُبِّبَ إِلَيَّ الطِّيبُ وَالنِّسَاءُ، وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاة»

(Fragrance and women have been made dear to me, and Salah was made the joy of my eye.)

Bersambung dalam siri ke-2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s