MELAYU VS JEPUN

Hari ini saya sempat YM dengan seorang senior yang sedang menyelesaikan PHD di Japan.

Antara yang dinyatakan sikap jepun ialah :

bersih,cekap,amanah,jujur,sabar,x rasuah, dll yg islam suruh….

Antara yang dinyatakan sikap melayu :

Tapi pun kalau kita tengok…..banyak org yang beriman pun…tak boleh tanding dgn budaya jepun….kadang-kadang kita cakap saja…..masa pun kita tewas….kita tengok meeting org PAS…..cukuplah…..kebersihan masih jauh ……pi saja masjid….tandas pun kotor…….banyak lagi yang kita tak ikut…..utk tunjukkan imej islam itu baik ….terutamanya kat org jepun…..

Teringat satu hadist akhir zaman:

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.

H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa

Islam tidak lagi dilaksanakan secara menyeluruh. Islam hanya diamalkan jika berkenan dengan hati sahaja.

Itulah reality yang berlaku dalam dunia Islam. Kita punya rujukan yang baik, tetapi sebahagian besar antara kita merujuk kepada BARAT LIFESTYLE. Kita kini hilang identity.

Bila sebut ummat Melayu Islam, bagaimana orang bleh membayangkan ciri dan perlakuan kita? Bila sebut ummat Jepun, tergambar akan kegigihan mereka dan punch time dan sebagainya.

Kesimpulan saya

Teruskan membaca

Advertisements