PERSIAPKAN JENTERA MENJELANG RAMADHAN

Ramadhan semakin hampir. Hanya tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk kita menyambut ramadhan al-mubarak. Saya sendiri sedang mencari rentak untuk memulakan langkah-langkah mengisi Ramadhan.

Cerita panas politik di Malaysia nampaknya sedikit sebanyak menenggelamkan bulan Ramadhan yang semakin hampir. Namun, sebagai seorang mukmin kita mestilah bersiap siaga dalam segenap aspek kehidupan.

Ramadhan 1429H sudah tentu akan meninggalkan kenangan manis buat saya sekeluarga. Tahun ini adalah tahun pertama kami berpuasa dengan kehadiran permata hati kami, Muhammad Fatih yang kini menjangkau 6 bulan.

Tahun lepas, saya telah memulakan puasa di atas platform Abu Cluster. Lihat posting saya di blogspot. Pengalaman berpuasa di laut memberi makna yang tersendiri buat diri saya. Saya pasti semua antara kita mempunyai kenangan manis setiap kali berpuasa.

PENGISIAN RAMADHAN

Ramadhan merupakan markaz tarbiyyah/tarbawi buat orang beriman mempertingkatkan lagi keimanan kepada Allah SWT.

APAKAH PERSIAPAN UNTUK RAMADHAN?

Saya kadang-kadang tertarik dengan persiapan PRK (Pilihanraya Kecil) P044 Permatang Pauh. Seluruh jentera BN dan PR bertungkus lumus untuk mencapai kemenangan. Segala gerak-kerja untuk memastikan kemenangan calon masing-masing digerakkan secara maksima.

Alangkah indahnya ‘gerak-kerja persiapan’ ini diimplementasikan bagi persiapan ramadhan mengikut garis panduan Rasulullah SAW. Banginda dan para sahabat begitu menekankan persiapan ramadhan. Antara yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW apabila menghampiri ramadhan ialah perbanyakkan mohon keampunan daripada Allah SWT.

Persiapan yang digerakkan seolah-olah membina satu JENTERA yang rapi untuk menghadapi hari besar. JENTERA itu adalah segala anggota tubuh badang kita termasuklah yang ZAHIR (mata, telinga, tangan, kaki, mulut, hidung, kulit) dan BATIN (Hati).

PENUTUP

Pastikan JENTERA kita semuanya bersedia memaksimakan amalan ubudiyyah kepada Allah SWT untuk menatijahkan KETAQWAAN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s