MERDEKAKAH KITA?

Semalam saya pergi ke GIANT Seksyen 13 kerana ada urusan di Pejabat Pos di sana. Sementara menunggu giliran, saya sempat berlegar-legar di ruang jualan buku-buku second hand yang dijual dengan harga yang murah.

Saya telah membeli 3 buku. Tajuk buku-bukunya ialah PILIH BELAIAN ATAU PUKULAN (Karangan Drs. Wahid Litfullah), HORIZON BARU DALAM PENDIDIKAN ISLAM (Karangan Syed Ali Ashraf dan Seyyed Hussein Nasir diterjemah oleh Ismail Ahmad) dan RUH TAUHID DALAM GERAKAN ISLAM (karangan Ustaz Ramli Awang).

Sekarang saya sedang bertumas mengkhatamkan buku RUH TAUHID DALAM GERAKAN ISLAM. Buku ini diterbitkan pada tahun 1989 oleh Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Hari ini saya ingin mengkoreksi satu tajuk berkait rapat dengan ISU SEMASA hari ini khususnya di MALAYSIA. Tarikh 31 Ogos sememangnya ditunggu oleh segenap lapisan masyarakat kerana tarikh bersejarah. Tarikh Penjajah meninggalkan Tanah Air kita.

Tajuk tersebut ialah dalam BAB 3: MENGHIDUPKAN KEMBALI RUH AL-TAUHID DALAM MASYARAKAT UMAT ISLAM (MS 109) dalam fasal 1: Ruh al-Tauhid dan Kemerdekaan Hakiki (ms 109). Anda boleh membuat rujukan pada buku tersebut jika anda memilikinya.

Saya hanya memetik beberapa point penting dalam buku tersebut sahaja untuk kita perbahaskan bersama. Ianya juga boleh dibawa perbincangan lanjut dalam USRAH-USRAH kita. Saya memetik pada perenggan ke-5 dalam fasal ini iaitu :

“Sesungguhnya kami merasakan begitu kesal dan kekesalan ini dirasakan juga oleh setiap du’at(pendakwah) yang benar-benar ingin memerdekakan manusia, bilamana kita melihat berpalingnya fahaman tauhid dari hakikat dan realiti yang sebenarnya di  zaman kita ini. Kefahaman yang mendasari kandungan asas keagamaan sebenar sudah tidak diberi perhatian lagi sebagai suatu kefahaman kearah mendalami tujuan pembebesan ummat manusia serta menyedarkan mereka terhadap sifat-sifat kemanusiaan yang kini sedang ditindas dengan begitu hebat”.

KEMERDEKAAN HAKIKI

Teruskan membaca