MERDEKAKAH KITA?

Semalam saya pergi ke GIANT Seksyen 13 kerana ada urusan di Pejabat Pos di sana. Sementara menunggu giliran, saya sempat berlegar-legar di ruang jualan buku-buku second hand yang dijual dengan harga yang murah.

Saya telah membeli 3 buku. Tajuk buku-bukunya ialah PILIH BELAIAN ATAU PUKULAN (Karangan Drs. Wahid Litfullah), HORIZON BARU DALAM PENDIDIKAN ISLAM (Karangan Syed Ali Ashraf dan Seyyed Hussein Nasir diterjemah oleh Ismail Ahmad) dan RUH TAUHID DALAM GERAKAN ISLAM (karangan Ustaz Ramli Awang).

Sekarang saya sedang bertumas mengkhatamkan buku RUH TAUHID DALAM GERAKAN ISLAM. Buku ini diterbitkan pada tahun 1989 oleh Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Hari ini saya ingin mengkoreksi satu tajuk berkait rapat dengan ISU SEMASA hari ini khususnya di MALAYSIA. Tarikh 31 Ogos sememangnya ditunggu oleh segenap lapisan masyarakat kerana tarikh bersejarah. Tarikh Penjajah meninggalkan Tanah Air kita.

Tajuk tersebut ialah dalam BAB 3: MENGHIDUPKAN KEMBALI RUH AL-TAUHID DALAM MASYARAKAT UMAT ISLAM (MS 109) dalam fasal 1: Ruh al-Tauhid dan Kemerdekaan Hakiki (ms 109). Anda boleh membuat rujukan pada buku tersebut jika anda memilikinya.

Saya hanya memetik beberapa point penting dalam buku tersebut sahaja untuk kita perbahaskan bersama. Ianya juga boleh dibawa perbincangan lanjut dalam USRAH-USRAH kita. Saya memetik pada perenggan ke-5 dalam fasal ini iaitu :

“Sesungguhnya kami merasakan begitu kesal dan kekesalan ini dirasakan juga oleh setiap du’at(pendakwah) yang benar-benar ingin memerdekakan manusia, bilamana kita melihat berpalingnya fahaman tauhid dari hakikat dan realiti yang sebenarnya di  zaman kita ini. Kefahaman yang mendasari kandungan asas keagamaan sebenar sudah tidak diberi perhatian lagi sebagai suatu kefahaman kearah mendalami tujuan pembebesan ummat manusia serta menyedarkan mereka terhadap sifat-sifat kemanusiaan yang kini sedang ditindas dengan begitu hebat”.

KEMERDEKAAN HAKIKI

Apa yang kita dapat fahami daripada penulisan ini? Ada beberapa elemen penting yang mesti kita fahami pengertian MERDEKA HAKIKI mengikut pandangan ISLAM.

 

 

 

1)Kemerdekaan hakiki manusia ialah apabila mereka BERIMAN KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA. Para Nabi dan Rasul diutuskan untuk memerdekakan semua manusia daripada kejahilan. Sebagaimana Allah SWT telah berfirman:

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّ نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ أَنَاْ فَاعْبُدُونِ

Maksudnya : Dan Kami tidak mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami Wahyukan kepadanya : “Bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; Oleh itu beribadatlah kamu kepadaku”

(Surah Al-Anbiyaa’ : 25)

2) Kemerdekaan hakiki manusia ialah apabila mereka menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasululullah SAW sebagai pegangan.

3)Kemerdekaan hakiki manusia ialah apabila mereka melaksanakan dan patuh segala PERINTAH dan LARANGAN Allah SWT.

4) Kemerdekaan hakiki manusia ialah apabila mereka berjaya terlepas daripada azab api neraka di akhirat kelak.

Itulah beberapa pandangan saya berkaitan dengan MERDEKA HAKIKI. Jika itulah yang kita fahami, tiada lagi sambutan MERDEKA yang diisi dengan acara maksiat dan hiburan yang melalaikan.

APA KELEBIHAN 31 OGOS TAHUN INI?

Pada orang MUKMIN, kegembiraan jelasnya ialah kerana sudah menghampiri RAMADHAN al-Mubarak. Sambutan 31 Ogos akan dimeriahkan dengan zikirullah dan tazkirah peringatan.

Pada saya mungkin tanggal tarikh kelahiran saya J. Genap saya berada di bumi selama 26 tahun. Suatu masa yang agak lama telah Allah SWT kurniakan pada saya untuk mencari kebenaran.

Pada ahli POLITIK, 31 Ogos tahun ini penuh bermakna kerana DSAI telah berjaya meraih kemenangan majority yang banyak di P044 (Permatang Pauh). Langkah PAKATAN RAKYAT semakin kuat dan bersemangat untuk MEMERDEKAKAN RAKYAT.

Pada matrempit pula dan ready nak merempit jika ada sambutan pada malam 31 Ogos. Maaf jika ada di antara pembaca blog ini juga dikalangan mat rempit.

Pastinya 31 Ogos ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang berbeza-beza bagi setiap rakyat Malaysia.

PENUTUP

Kemerdekaan HAKIKI ialah apabila ummat manusia mempunyai AQIDAH TAUHID dengan menyaksikan “Tiada Tuhan Selain Allah SWT, Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah”. Sebagai seorang yang beriman, kita tidak seharusnya melihat kemerdekaan itu dalam KONTEKS SEKULAR dan pelbagai FAHAMAN yang bertentangan dengan ISLAM. Ayuh sahutlah KEMERDEKAAN HAKIKI dengan kembali kepada ISLAM YANG SYUMUL tanpa berdolak dalih!

Wallahua’lam.

Amin Al-Kalantani

27/08/2008@ 26 Sya’ban 1429

Shah Alam

 

 

Advertisements

2 thoughts on “MERDEKAKAH KITA?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s