Ibu Tercinta
Ibu Tercinta
Catatan ini saya tulis sempena ketibaan syawal yang semakin hampir.
Saya cuba mengubah ucapan SELAMAT HARI RAYA kepada SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH. (IDULFITRI).
Perbezaan ucapan SELAMAT HARI RAYA dan ucapan SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH.
Ucapan SELAMAT HARI RAYA selalunya ;
1)Terbayangkan suasana gembira
2)Terbayangkan kueh muih pelbagai
3)Terbayangkan duit raya
4)Terbayangkan nyanyian lagu2 raya
ucapan SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH (IDULFITRI):
1)Menilai semula apa itu FITRAH insan?
2)Sudahkah kita kembali kepada FITRAH selepas RAMADHAN?…
3)Ataupun sebaliknya?
FITRAH INSAN
Saya cuba mencari beberapa penjelasan daripada beberapa sesawang.
Tertarik dengan satu penjelasan mengenai fitrah;
1)Allah menegaskan bahawa ‘fitrah’ adalah ‘ketetapan’ Allah yang ditentukan kepada umat manusia sejak awal penciptaannya. Imam al-Ghazali, Ismail Raji al-Faruqi dan Sayyed Naquib al-Attas adalah kalangan sarjana Islam yang membincangkan secara terperinci berkaitan fitrah dalam karya ilmiah mereka.
2)Secara umumnya, mereka menyimpulkan bahawa fitrah sebagai suatu potensi dalam diri manusia yang cenderung kepada nilai
positif sejagat meliputi kecenderungan kepada kehidupan beragama dan nilai dipegang agama.
3)Dalam konteks ini, al-Quran menjelaskan fitrah sebagai agama Hanif, agama yang lurus, agama pertama ditakdirkan untuk dianuti seluruh manusia. Tidak hairanlah mengapa manusia mempunyai potensi yang asli terhadap nilai positif sejagat yang sememangnya didukung agama pertama ini.
http://nurjeehan.wordpress.com
PANDANGAN SAYA TERHADAP FITRAH
Saya masih terkial-kial mencari mood untuk menulis setelah seminggu memberi fokus yang maksima kepada projek yang hendak disiapkan.
Alhamdulillah hari ini ada sedikit kekuatan untuk menyambung penulisan saya.Sejak kebelakangan ini saya menghadapi masalah untuk copy and paste daripada word kepada wordpress.
Bila copy and paste, ada semacam script yang keluar. Saya pun tak tahu apa masalahnya. Jika anda ada solution tunjukkan saya! 🙂
Pada 23/9/2008 sekali lagi saya memberi kuliah di CIAST. Saya bawakan tajuk umur manusia yang dipetik daripada buku Renungan Tentang Umur Manusia karangan ahli sufi Sayyid Abdullah bin Alwi Alhaddad yang disunting oleh Hasanain M.Makhruf (mantan mufti mesir).
Buku ini telah diterbitkan pada Januari 1984.
Buku ini saya telah pinjam daripada bapa saudara saya di Johor. Saya hanya mengambil point2 penting dalam buku ini untuk disampaikan kepada pelajar CIAST dalam muka surat 21. Saudara boleh merujuk buku berkenaan.
Tajuk iaitu ialah 5 umur manusia.
Ada 5 umur manusia
Teruskan membaca
Alhamdulillah semalam adalah kali ke-2 saya menyampaikan kuliah di CIAST Shah Alam. InsyaAllah saya akan berkongsi apa yang saya sampaikan kepada anda semua.
BUAT PEMBACA SETIA SEMUA, SAYA MEMOHON MAAF KERANA TIDAK DAPAT POSTING SECARA KERAP DARI TARIKH 16/9 – 23/9. INI KERANA SAYA SEDANG MENGURUSKAN FAT UNTUK PROJEK SAYA. INSYAALLAH JIKA BERKESEMPATAN SAYA AKAN MENULIS SEMULA.
SEMPENA RAMADHAN YANG SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA. SAYA MENYERU DIRI SAYA SENDIRI DAN PEMBACA SEMUA AGAR TERUSKAN PERJUANGAN KITA SEHINGGA BEROLEH TAQWA. INSYAALLAH.
JANGAN LUPA DOAKN KESEJAHTERAAN SAUDARA KITA DI PALESTIN.
AMIN AL-KALANTANI @ ABU FATIH
Suatu pandangan
Malam ini di kesempatan cuti hujung minggu, saya membelek-belek HARAKAH edisi Jumaat. Sebenarnya sejak banyak akhbar online, saya sudah jarang membeli akhbar hardcopy. Saya rasa saudara/I pun sama.
Permasalahan
Masalah yang dihadapi setiap orang ialah dalam banyak2 lambakan isu di dalam akhbar, yang mana patut didahulukan? Bahagian mana yang patut dibaca dengan penuh perhatian dan yang mana dilihat sepintas lalu ataupun mungkin tak dilihat langsung.
Skill ini mungkin berbeza-beza di antara setiap orang. Saya sendiri mengakui diri masih lemah untuk membaca akhbar mengikut garis panduan yang sebenar.
Saya cuma berkongsi bagaimana saya membaca akhbar. Akhbar online yang saya terjah setiap hari ialah http://harakahdaily.net, http://malaysiakini.net, http://klpos.com dan http://utusan.com.my.
Pastinya kita tidak mampu menghadam kesemua maklumat yang dipaparkan di dalam akhbar. Mungkin hambatan masa dan kekangan tanggungjawab yang menyebabkan kita tiada kesempatan membaca satu persatu isu-semasa.
Saya ambil contoh HARAKAH. Jika diteliti HARAKAh, ia dibahagikan kepada beberapa bahagian : Teruskan membaca
RAMADHAN & LAILATUL QADR
MATAHARI 30 SYABAN 1429
RAMADHAN
KAU HADIR LAGI TAHUN INI
HADIRMU PENUH PENGHARAPAN
SEGUNUNG HARAPAN BUAT PECINTA TUHAN
HADIRMU MEMBERI NAFAS BARU BUAT PEJUANGRAMADHAN
SILIH BERGANTIN SETIAP TAHUN
HADIRMU SEPI BUAT YANG BERJIWA MATERIALISMA
HADIRMU TIADA MAKNA BUAT YANG ALPA
HADIRMU TIADA ERTI PADA YANG LEKA
HADIRMU TIDAK TERASA OLEH MEREKA
RAMADHAN
AKU TERUS MEMASANG HARAPAN
AGAR RAMADHAN TAHUN INI
TERCATAT SATU PERUBAHAN
DALAM HIDUPKU YANG PENUH NODA DAN TITIK HITAM
KEMBALI KEPADA FITRAH
ITULAH YANG AKU HARAPKAN
RAMADHAN
TAWARANmu SUNGGUH BESAR
LAILATUL QADR MENJADI HARAPAN
SEMUA INSAN YANG BERIMAN
SEPANJANG RAMADHAN
HADAPILAH UJIAN DAN CABARAN
SEMOGA LAILATUL QADR MENJADI GANJARAN
RAMADHAN
MOGA RAMADHAN TAHUN INI CUKUP BEERTI
MENJADI TITIK MULA PERUBAHAN
PERUBAHAN KEPADA MUKMIN SEJATI
YANG MAMPU BERJIHAD MENEGAKKAN KEBENARAN
DI DALAM DIRIKU SENDIRI
KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA INI
YA ALLAH JADIKANLAH RAMADHAN
KALI INI RAMADHAN BEERTI BUATKU
8 RAMADHAN 1429
5.02 PM DI TRISYSTEM
Alhamdulillah sehingga kini dapat lagi kita menghirup udara ramadhan 1429. Cukup bersyukur kerana peluang untuk bertaubat dan membersihkan diri dari noda dan dosa terbuka luas.
Saya tertarik dengan beberapa pengisian yang saya ikuti sepanjang ramadhan yang berlalu terutamanya kuliah Ustaz Kamal Shaari dan Ustaz Nik Abduh. Mereka masing-masing menyampaikan kuliah dengan cara masing-masing yang begitu menarik.
Saya tidak bermaksud ingin menyatakan isi kuliah mereka. Saya ingin membawa suatu tajuk yang boleh memaksimakan taubat anda di bulan barakah ini. Iaitu peringatan tentang kematian.
Tidak ramai yang suka berbincang tentang persiapan menghadapi kematian. Ramai yang sering kita dengar berbincang berkaitan dengan keduniaan semata-mata. Bagaimana nak menambah pendapatan? Bagaimana nak dapat duit banyak ? dsbgy.
Pernahkah kita bertanya kepada rakan kita. Anda sudah bersedia untuk menghadapi mati? Sudah tentu jarang berlaku. Takpun orang yang menyoal pasti akan dimarahi. “ Apa kamu ingat aku dah nak mati ke?”
Satu lagi sering kita takut ialah apabila terlintas di fikiran kita perihal nak mati. Kita sendiri tiba-tiba berperangai pelik. Memohon maaf atas segala kesalahan. Ampunkan saya. Dan pelbagai lagi yang kita laksanakan kita takut untuk buat sedemikian kerana menganggap seolah-olah diri kita sendiri sudah dekat dengan ajal.
Pemikiran sebegini kadang2 juga mengacau minda saya. Tak tahulah bagaimana dengan saudara/I pembaca. Mungkin ada yang berfikiran sebegini. Akhirnya kita takut untuk tazkiratul maut kerana ‘takut’ itulah penanda ajal kita sudah hampir.
Kenapa berfikiran sebegini? Kita sering membaca majalah-majalah dan berita-berita. Bila seseorang sudah meninggal, timbullah cerita daripada saudara-maranya. Sebelum mati sipolan sudah memberi tanda2 yang pelik seperti nak makan sesuatu yang pelik, bercakap-cakap yang pelik, perangai yang pelik2 dan sebagainya……Inilah menatijahkan berfikiran sempit seperti itu.
Penyelesaian
PENGALAMAN SAYA BERBLOG
Sudah hampir genap setahun blog https://amin1982.wordpress.com ini di alam siber. .
BILA SAYA MEMULAKAN PENULISAN ?
Saya telah menulis blog menggunakan alamat http://amin1982.blogspot.com pada may 2006 setelah tamat pengajian. Pada 9/9/ 2007, saya mendapati domain http://wordpress.com lebih cantik dan mudah toolsnya, maka saya pun bertukar kepada wordpress. Saya sebenarnya telah mula menggunakan alamat percuma menggunakan GEOCITIES.COM seawal tahun 1999. Kemudian CJB.NET, FRIENDSTER.COM dan BLOGSPOT.COM pada may 2006.
APAKAH PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG PENULISAN?
Antara pencapaian terbaik ialah pelawat di https://amin1982.wordpress.com :
Tarikh yang paling banyak blog ini dilawati ialah pada 10-04-2008 dalam tajuk Negara Islam seramai 744 lawatan.
KENAPA SAYA BERBLOG?
Minat saya dalam penulisan sebenarnya sudah bermula di sekolah menengah. Saya pernah menulis novel untuk mengisi masa lapang. Tujuan saya berblog juga ialah untuk mengasah minat menulis dan menjadikan penulisan saya mudah difahami oleh segenap pembaca. Selain itu, blog menjadi medan dakwah yang berkesan sejak akhir-akhir ini.
BERAPA BLOG YANG SAYA KENDALIKAN?
Setakat ini yang benar-benar saya aktif kendalikan ada empat iaitu https://amin1982.wordpress.com , http://amin1982.blogspot.com, http://anakkusoleh.wordpress.com, http://anakkusoleh.blogspot.com. Minat saya dalam soal pendidikan anak-anak telah mendorong saya membina blog anakkusoleh untuk panduan bersama.
BAGAIMANA DAN BILA MASA SAYA MENULIS?
Saya menulis dahulu di Microsoft Word dan keesokkannya barulah saya update dalam blog. Dengan kaedah ini boleh memastikan setiap penulisan kita mempunyai backup jika wordpress suatu hari nanti ditutup. Saya menulis jika ada masa lapang dan ruang-ruang lapang sewaktu bekerja di siang hari.
MOTTO SAYA
Menulis Untuk Mewaris
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. LIPAT
GANDAKAN AMALAN IBADAH DI BULA PENUH
BARAKAH INI!
PUTERI SOLEHAH MUJAHIDAH UMMAH
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]
Baik Kawan Menunjuk Jalan